Muslimat Usul Tubuh ‘Puteri PAS’

Dewan Muslimat PAS bercadang membawa usul menubuhkan pergerakan wanita muda seumpama Puteri Umno dalam muktamar tahunannya minggu ini.

Setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi memberitahu Malaysiakini hari ini, usul menubuhkan “Dewan Muslimat Muda” telah diterima dan akan dibahaskan oleh perwakilan dewan itu.

“Besar kemungkinan usul tersebut akan dibawa ke muktamar penuh nanti,” katanya, sambil menambah usul itu dibawa oleh Dewan Muslimat Melaka.

aiman atirahKeanggotaan pergerakan baru ini khusus buat mereka berusia 18 hingga 40 tahun sebagai satu lagi sayap politik untuk memantapkan perjuangan parti itu.

“Dewan Muslimat yang baru (dicadangkan) ini bukan untuk lawan sesiapa tetapi pelengkap gerak kerja PAS selama ini,” kata Aiman Athirah.

Pendekatan dewan baru ini untuk membawa wawasan anak muda dengan gaya orang muda “untuk menjadikan generasi muda lebih terarah dalam politik dan pentadbiran negara”, tambahnya.

Beliau menjelaskan, kira-kira 300 perwakilan termasuk barisan ahli jawatankuasa Muslimat dijangka hadir ke muktamarnya pada 14 Ogos di Ipoh.

Cadangan ini termasuk daripada lima usul yang diterima dan dibahaskan minggu ini, sementara enam lagi usul diterima tanpa perbahasan.

Dewan Muslimat sendiri membawa tiga usul – pertama menggesa kerajaan menetapkan tarikh berbeza untuk sambutan hari kekeluargaan seperti hari ibu dan hari bapa yang dianggap lebih sesuai dengan konteks Malaysia.

Aiman Athirah menambah, penetapan tarikh dan bentuk sambutan hari-hari tersebut haruslah bersesuaian dengan budaya negara kita  yang tidak mengambil kira konteks khusus Malaysia.

“Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama Islam adalah agama rasmi. Adakah kita nak sambut (hari-hari tersebut) sama dengan sejarah negara-negara luar?” katanya.

Dewan Muslimat juga mencadangkan penubuhan Akademi Pembantu Rumah Tempatan untuk mengatasi kebergantungan negara kepada pembantu rumah asing.

Jelas Aiman Athirah lagi, dewan itu turut mengusulkan peranan mereka untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Dewan itu juga menerima usul untuk dibahaskan daripada Selangor berkaitan keanggotaan bukan Islam dalam PAS sebagai ahli bersekutu.

Mengenai persiapan persidangan pada Khamis ini, Aiman Athirah berkata ia berjalan lancar dan semua usul dari negeri-negeri telah diterima.

Dewan Muslimat PAS bersidang di Hotel Hill City, Jalan Gopeng, mulai jam 8 pagi.

Naib presiden parti Mohamad Sabu dijadual merasmikan persidangan dewan tersebut.

[Sumber : Malaysiakini]

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, August 12th, 2008 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites