Bila Nak Tamat Silibus Peralihan Kuasa

Apa kena mengena proses peralihan kuasa dengan menunda tarikh Perhimpunan Agong UMNO ni…? Kalau nak cepatkan peralihan kuasa pun kenapa mesti tunda PAU? Susahlah macam ni. Kalau tunda PAU tapi umumkan serentak bila nak main alih-alih ni nampaklah rasional disebalik penundaan tarikh PAU ni.

Buat keputusan tunda persidangan tapi masih berteka-teki tentang tarikh peralihan kuasa. Jadi apa guna ketetapan Mesyuarat Khas MKT untuk tangguh persidangan kalau status kisah peralihan kuasa tu sama saja dengan status sebelum mesyuarat….masih juga sama-samar. Malulah kita kat ahli UMNO. Malu dengan rakyat dah tak boleh nak cakap macam mana dah….tak tau nak letak muka kat mana…Buat pertama kali saya endorse, memang sahlah orang cakap flip-flop.

Sampai bila kisah ni nak dihidangkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kalau nak cover silibus bab peralihan kuasa pun mengambil masa berbulan-bulan tak selesai-selesai, agaknya macam manalah untuk kita harapkan mereka-mereka ni untuk kemuka pelan ekonomi, pelan mengatasi kemelesetan dunia, pelan memperkasa semula hubungan antara parti komponen BN, pelan untuk menangkis serangan pembangkang dan macam-macam pelan lain yang lebih penting?

Cakap orang-orang tuo Negori Nan Sembilan ‘abih waktu dek panjang eh azan’. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan al-kisah peralihan kuasa yang meleret-leret dan berjela-jela panjangnya tapi tak juga selesai!

Rakyat nak tengok credibility mereka untuk selesaikan masalah negara tapi mereka lebih focus macam mana dari segi teknikalnya kuasa dapat terus dipertahankan. Rakyat harap mereka cekap untuk buat keputusan-keputusan penting untuk tamatkan cepat segala silibus yang tidak kena mengena dengan mereka mengenai masalah alih kuasa yang meleret-leret tapi mereka asyik bersilat kuntau dan bersilat pulut sesama mereka menunjukkan kemahiran mereka mengatur politik dalam menyelamatkan survival politik masing-masing.

Takut nanti bila rakyat tengok mereka asyik mengalun azan dari waktu ke waktu tapi tak juga sembahyang-sembahyang, akhirnya rakyat cari imam, cari jemaah dan masjid lain baru dia orang tahu tinggi rendahnya langit….sedar-sedar masjid dah kosong. Hanya tinggal bilal dan tok siak. ..

Salam terakhir… – kkamdias.blogspot.com

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Saturday, September 27th, 2008 dalam kategori artikel umum. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites