Kenyataan Abdullah semalam membidas Dr Mahathir yang dianggap berlagak sebagai Pengarah Pemilihan parti mendapat reaksi kurang baik dari para pemerhati. Beliau memberi reaksi kepada tulisan blog Tun bertarikh Oktober 17hb, 2008 bertajuk Pemilihan UMNO.
Di dalam blognya, Dr Mahathir menyarankan bahawa orang-orang Abdullah tidak harus dilantik di dalam pentadbiran Najib. Nama khusus yang disebut adalah Khairi Jamaluddin dan Dato Azalina Osman Said. Beliau memuji beberapa orang, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Dato Shafie Apdal yang lantang berani bersuara.
Bagi menangkas pujian Tun, Abdullah telah mengkritik Muhyiddin dan Rafidah. Reaksi ini mendedahkan beliau mempunyai perancangan dan kepentingan untuk menaikkan orang pilihannnya khususnya Dato Seri Ali Rustam, Dato Azalina Osman Said dan menantunya Khairi.
Walaupun ada ahli politik yang ikhlas bersimpati dengan Abdullah, cara ia menyuarakan pasti dilihat secara negatif oleh rakyat dan akarumbi UMNO yang sudah bosan dan muak dengan kedegilan dan tipu helahnya untuk enggan berundur segera.
Azalina, Pilihan Abdullah
Sebelum ini, Rafidah ada dituduh oleh Dato Musa Sheikh Fadzir, seorang penyokong Abdullah sebagai tidak konsisten. Menurut Musa, beliau mengadakan sekim peralihan kuasa yang hampir sama tetapi menuntut Abdullah mempercepatkan peralihan kuasa dan tidak bertanding. Tuduhan Musa diperakui seorang Dato Ketua Wanita Bahagian.
Menurutnya Rafidah bertanding untuk menyekat kemaraan Azalina. Walaupun Dato Shahrizat Jalil kononnya beregu dengan Azalina, dia telah dicalunkan dan kini cukup pencalunan untuk kedua-dua jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita. Kemungkinan yang berlaku adalah Shahrizat boleh membuat pilihan yang perlu.
Dengan kemasukkan pencalunan untuk pakar ekonomi Dr Noraesah sebagai Naib Ketua Wanita, Azalina menghadapi masaalah untuk mendapat pencalunan. Apabila dia gagal, Rafidah akan memberi jalan.
Azalina, yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO, adalah ahli politik yang penuh kontroversi dan “keperibadian” yang susah diterima oleh akarumbi Wanita. Jika tidak kerana permintaan Abdullah, Azalina tidak minat untuk terlibat dengan pergerakan Wanita UMNO dan bertanding Naib Ketua Pemuda.
Komplot yang dipercayai diatur bertujuan untuk menahan Azalina dari menggunakan kuasa wang untuk mempengaruhi perwakilan. Azalina menjadi bualan di cafe-cafe “UMNO” yang rata-rata mempersoalkan kebolehannya untuk menang tanpa bertanding sebanyak dua kali untuk jawatan-jawatan ahli Parlimen Pengerang dan Ketua Bahagian UMNO, setelah mengakhiri tempoh sebagai Ketua Puteri UMNO.
Sumber-sumber yang rapat dengan Azlina dan dari PKR memperakui beliau “membeli” mana-mana calun parti-parti pembangkang yang ingin bertanding di pilihanraya umum.
Pelbagai pendedahan demi pendedahan salahguna kuasa telah dibuat terhadap Azalina. Baru-baru ini pendedahan yang pernah dibuat mengenai salahguna perbelanjaan untuk membiayai stafnya telah juga didedahkan oleh Sun.
Akhbar yang sama juga pernah mendedahkan rancangan pelik beliau untuk membina pusat latihan sukan di Brickendonbury, London yang memakan belanja hampir setengah billion semasa menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.
Ali Rustam dan Khairi
Dalam Abdullah mengkritik Muhyiddin, beliau telah tidak sengaja memberi sokongan terbuka untuk Ali Rustam. Bagaimana pula kedudukan Tan Sri Muhammad Muhamamd Taib yang dilihat ramai sebagai orang Pak Lah?
Kecenderungan Abdullah kepada diketahui ramai kerana Ali Rustam merupakan sebahagain dari rangkaian gelap Abdullah yang dipanggil Sahabat dan melibatkan BTN, NGO seperti GPMS yang diketuai oleh Reezal Merican dan Majlis Belia Malaysia yang diketahuai oleh Ali Rustam, kunmpulan Pekida, dan lain-lain. Jaringan ini merupakan kekuatan Ali Rustam yang berjaya memenangi jawatn Naib Presiden ter atas pada pemilihan yang lepas.
Anihnya Malaysia Insider menyentuh mengenai kelemahan-kelemahan Ali Rustam termasuk ketidak upayaan berbahasa Inggeris . Walaupun ini membuatnya popular, Ali Rustam dilihat ramai mempunyai cara berkomunikasi yang agak “kekampungan”, seperti juga Abdullah. Dia dilihat sebagai ahli kumpulan korus yang mengikut mengkakaktuakan kenyataan orang lain.
Buah fikiran, pandangan dan kenyataan yang sering diutarakan oleh Ali Rustam, seperti Abdullah juga, tidak mencerminkan beliau sebagai seorang yang tinggi pemikiran intelek dan mendalami dalam memahami satu-satu isu.
Dato Nazri Aziz merasakan sebagai hanya ahli Dewan Undangan Negeri, beliau tidak sesuai menyandang jawatan yang juga memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri
Khairi pula sudah ketinggalan jauh belakang Mukhriz. Terkini, beliau masih belum lepas dan tidak mendapat satu pun pencalunan dari Negeri Sembilan yang merupakan negeri home base. Kubu kekuatan beliau di Kelantan, Sabah, Pahang dan Perak telah ditembusi berkecai oleh Mukhriz dan Dr Khir Toyo.
Permainan wang, ugutan dan manipulasi mesyuarat telah terdedah. Gelang Patah dan Rantau Panjang yang telah dimenangi boleh batalkan.
Dalam usaha untuk meredakan imej buruknya, Khairi cuba memutarbelit untuk menuduh orang lain dibawa untuk merosakan mesyuarat. Sebenarnya Khairi yang terlibat dan telah didedah kehadhiran Pekida, kumpulan yang dikepalai Abdullah di Mesyaurat Pemuda di Pulau Pinang dan Perak.
Lebih memalukan, Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya tidak memberi pencalunan kepada Khairi dan Reezal. Khairi hanya menerima 22 undi berbanding jumlah undian Mukhriz dan Dr Khir melebihi 60 undi.
Anihnya, Dato Zaki Zahid, pemain utama Tingkat empat boleh mengalahkan Tun Faizal yang disenangi penyokong-penyokong Mukhriz dan Dr Khir dengan 3 undi. Ada pihak memberitahu Ketua Bahagian, Tengku Dato Adnan telah menyatakan kecenderungan kepada Zaki.
Apa Akibat Kenyataan Abdullah?
Usaha Abdullah untuk memberi wahyu sana sini untuk membantu Khairy tidak berjaya. Melaka dan Perak masih memberi pencalunan untuk Mukhriz. Walaupun ada usaha untuk menafikan pencalunan oleh Bahagian-Bahagian, usaha tersebut melalui “bagi floor” hanya berpihak kepada Muhyiddin, Mukhriz dan Dr Khir.
Adakah Abdullah sudah desperado hingga memberi kenyataan yang emosional dan menjatuhkan maruahnya sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri?
Banyak SMS yang diterima menyatakan demikian. Kenyataannya dilihat tidak konsisten dan tidak memahami keadaan sebenar, khususnya salahlaku orang-orangnya. Abdullah dilihat menunjukkan sifat semulajadinya kuat berdendam yang sering diceritakan oleh mereka-mereka yang rapat dengannnya.
Kenyataan Abdullah pada hari Sabtu tersebut menjadi tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar perdana hari Ahad. Anihnya TV3 masih mengulang-ulang berita semalam hingga ke rancangan berita petang Ahad.
Sejak propaganda Kalimullah ini, Ali dan Muhammad Taib telah berjaya menambahkan pencaluan kepada 8 dan 9 daripda 3 dan 1 pada mesyuarat hari Ahad. Muhyiddin mendapat hanya 4 pencalunan untuk meningkat kepada 44.
Bolehkah kenyataan Abdullah dan propaganda Kalimullah menyekat kemaraan Muhyiddin?
—————————————————
Laporan Berita
PM bidas Mahathir
KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.
Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.
“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?
“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.
“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.
“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.
Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.
“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.
“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.
Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
“Inikah “reform” yang diharapkan…Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.
“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik…Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.
“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding… tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.
Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.
“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.
“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.
Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.
“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.
“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.
“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.
Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.
“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?
Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya. – Bernama
———————————————-
Reaksi SMS
Dari UMNO PJS 14 >> Izinkan kami di peringkat akar umbi nyata yang penundaan PAU ke MAc 08 HANYA persetujuan MT. Terima kasih kepada TSMY suarakan isi hati kami. Membidas beliau tanda Pak Lah tidak faham rasa hati rakyat. SUDAH LAH DIAM LAH.
Dari Tan Sri xxx >> Dia dah gelabah kerana menantunya d tinggal jauh d belakang anak Tun M. Dan dia salah tafsir apa yang xxx maksudkan mengenai tempoh kempen. xxx tak sentuh tentang peralehan kuasa. Tetap Mac. Apa dah jd dgn PL skrang?
Dari ex-Merchant Banker >> If Pak Lah wants to talk of reform ask him 2 talk about transparency in the many dubious corporate deals such as ECM Libra, MV Agusta, Monsoon Cup, Maybank- BII, Eurocopter.
Dari penggiat politik >> Congratulations to TSMY! TSMY has received above the requisite numbers. The five months of campaigning are way too long. Badawi has tailed TSMY by emotionally stamped that TSMY is impatiance and not abiding to the decision made by MT. I think Badawi has revealed his political and personal thoughts about TSMY. Badawi has charged TSMY of stopping him for making that reforms.
I think the paper reforms are laws on the formation of the judicial appointment commission prevent corruption commission and special complaint commission to be recorded as Badawi’s legacy. These bills must be highly and horizontally debated among Malaysians and more time is an essence. The sovereignty of the Malays and other communities rights which stipulated in the constitution will be at stake if they are not well studied and thought off. Crushing and rushing in these important bills for February parliament sessionis just a desperate moved before Badawi relinquihsed his post in March.






















Leave a Reply