IKLAN


Apabila Majlis Fatwa dipersendakan oleh penganut agama lain

Baru sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan perlakuan ‘pengkid’ atau wanita yang menampilkan diri menyamai lelaki, sama ada dari segi pergaulan, tingkah laku atau berpakaian. Saya melihat gejala ini semakin menjadi-jadi khasnya dikalangan wanita Melayu di kawasan-kawasan bandar. Mereka berani berperwatakan demikian secara terbuka, kerana mungkin tiada siapa yang berani melarang. Lebih malang lagi ada gadis-gadis yang terpikat dan selesa berpasangan dengan mereka yang jenis ini.

Artikel saya ini sebenarnya bukan banyak mahu mengulas darihal isu berkenaan. Saya mengharapkan ianya akan segera ditangani dengan penguatkuasaan memandangkan fatwa telah pun dikeluarkan. Apa yang mahu saya tonjolkan di sini adalah satu trend yang sangat tidak menyenangkan kebelakangan ini, khasnya dengan keprihatinan badan dan institusi agama dalam mahu memelihara aqidah dan moral umat Islam.

Saya melihat ada pihak tertentu khasnya kawan-kawan masyarakat bukan Islam yang seakan mempermain dan menyenda-nyendakan perkembangan yang melibatkan majlis fatwa ini. Oleh kerana hampir semua isu kebelakangan ini dipolitikkan, malangnya apabila majlis fatwa membuat pengumuman seumpama ini ada pihak yang tidak terlibat pun mahu menggatal mulut dan tangan untuk turun memberi komen dan pandangan.

Kalau sesama orang Islam yang berbuat demikian, tahulah kita bagaimana mahu menanganinya, akan btetapi apabila yang bukan Islam pun masuk campur, saya kira ianya sudah keterlaluan dan perlu dinsasihatkan agar tidak berterusan demikian.

Setelah isu “pengkid” kini majlis fatwa dikatakan akan mengeluarkan pula fatwa berkenaan “yoga”, iaitu kaedah senamana berbentuk meditasi yang diperkenalkan oleh orang-orang India dan kini menjadi amalan antarabangsa. Seorang pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM, Prof Zakaria Stapa sebelum itu telah menasihatkan umat Islam yang mengamalkan yoga ini agar menghentikannya kerana bimbang amalan-amalannya boleh memsongkan aqidah.

Majlis Fatwa dikatakan akan mengeluarkan fatwa berkenaannya dalam waktu terdekat.

Apabila muncul isu “yoga” ini setelah keluar isu “pengkid” saya perhatikan sudah ada kawan-kawan kita mula berani mahu mengambil bahagian memberi ulasan termasuklah mempersendakan isu yang melibatkan umat Islam itu. Ini isu fatwa, dan fatwa seumpama ini punya kuasa undang-undang dan terpakai dikalangan umat Islam sahaja, mengapa ianya mahu dipolitikkan sehingga menjadi bahan oleh golongan yang tidak sama-sekali terlibat dengannya.

Seorang blogger G. Krishnan dalam blognya “IMAGINE” contohnya mempersendakan kerja-kerja majlis fatwa dengan membuat posting bertajuk:

“Fatwa on football”

Dalam mahu terlibat mengulas isu “yoga” ini beliau telah menyinggung keahlian majlis fatwa dan ulamak Islam sekaligus mencerminkan betapa beraninya beliau mempersenda agama lain sedangkan sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab beliau sewajarnya tahu akan batas dalama hubungan kaum dan agama yang telah sama –sama kita bina dan hormati sejak merdeka.

Contohnya beliau menulis:

You see the fact is, these Taliban like characters who very likely know next to nothing about the origins of the science of yoga – let alone its practice – seem completely at ease to cast aspersions about a complex and scientifically oriented method of mind and body conditioning. Indeed, these characters likely know as much about yoga as they do about quantum physics. Quite transparently, what we see unfolding here is more intent on regulating the lives of others than in respecting the rights of people to pursue their faith as they see it. Specifically, the subtext in these developments about potential fatwas against yoga and ‘tomboys’ seem to be more about patriarchal dominance – not religious sensibilities.

Saya tidak tahu apa pandangan anda, tetapi bagi saya penulis perlu sedar yang beliau telah melangkah masuk ke alam yang sangat sensitive dan mampu mencetuskan kemarahan umat Islam yang merupakan sebahagian besar dari rakyat dalam negara ini. Mungkin ada yang berpandangan bahawa penulis tidak tahu berkenaan Islam lalu kita perlu mendidiknya, saya tidak berapa setuju. Sebagai rakyat Malaysia penulis perlu akur dan tahu akan sensitivity kaum dan agama lain. Saya tidak bersetuju jika ada mana-mana orang Melayu atau penganut Islam yang mempersenda atau mempermain-mainkan fahaman dan kepercayaan penganut Hindu contohnya, lalu saya juga mengharapkan yang orang lain juga sepatutnya begitu.

Artikel beliau kini terselit di ruangan Top Blogs di Malaysiakini dan saya pasti kini telah dibaca oleh puluhan ribu manusia ! Tahniah G. Krishnan you are a good example of a tolerant and understanding Malaysian, hope you are happy with what you have stirred.

n32.blogspot.com

Share |




Maklumat ini telah diterbitkan pada Friday, October 31st, 2008 dalam kategori artikel umum. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.