Harap2 artikel di bawah (yg kita sendiri tatau ye ke pembaca yg menghantar surat ni) dijadikan alasan utk melaksanakan pembenterasan besar2an ke atas laman2 web anti kerajaan.
Zaman tun dulu lagi berlambak laman2 web anti kerajaan, tp tun masih cool, takde mengambil apa2 tindakan atas nama kebebasan bersuara di internet, kecuali yg betul2 melampau. tp zaman paklah yg terbuka sgt ni la yg dah start tangkap bloggers la, nak ban laman web anti kerajaan dulu tu sehingga tun bangkang kat blognya n akhirnya tak jadi.
instead nak blok internet, paklah seharusnya berusaha utk deny berita2 fitnah kononnya di internet tu melalui tindakannya. spt paklah dikatakan balaci s’pore psl terlalu berlembik dgn s’pore di wpi, penjualan aset2 strategik negara ke s’pore, hal subsidi minyak, jambatan bengkok etc, so paklah kena buktikan dgn tidak atau jgn lagi berbuat demikian.
apatah lagi bila paklah sendiri yg menyebabkan laman2 anti kerajaan makin popular kerana decision flip flopnya serta tabiat suka menipu sehingga internet lebih dipercayai drp apa yg keluar drp mulutnya. spt penafiannya terhadap hubungannya dgn bekas adik iparnya sendiri yg telah berbulan2 dihidu even sebelum arwah isteri pertamanya meninggal dunia, n akhirnya dimeterai perkahwinan?
atau yg lebih popular, paklah yg menafikan malah bercakap yg pemberita suka dengar khabar angin time pemberita tanya psl tarikh pembubaran parlimen time pru lps, only to mengiyakannya keesokan harinya? cmon paklah, awk tu tinggal bbrp bulan je nak jadi pm. make it a memorable ones la.
[quote] Atasi segera kelantangan laman web antikerajaan
Saya ingin menarik perhatian pihak yang menjaga ketenteraman awam negara ini kepada berita-berita di laman web sebuah portal berita yang terlalu menjurus kepada antikerajaan dan menyemai perasaan benci rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Telah lama saya mengamati laman web tersebut dan mendapati setiap hari pelawat disajikan dengan laporan yang penuh dengan sindiran dan cemuhan terhadap pemimpin negara yang bertujuan menanam kebencian terhadap kerajaan.
Janganlah dibiarkan keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Meneri disalah guna sebegitu rupa. Patutlah BN kalah teruk dalam PRU12 lepas.
Kerajaan dilihat sangat lembab dan lambat bertindak, tapi akan cepat bertindak dalam isu-isu terpilih sahaja dalam keadaan kerosakan (damage) telah pun berlaku.
Saya berpendapat tiada masalah apa-apa dengan kerajaan BN, polisi kerajaan masih relevan dalam pembangunan negara tapi mengapa pihak pembangkang dilihat begitu agresif? Jawapannya hanyalah kuasa.
Disebabkan pemimpin pembangkang yang kemaruk kuasa sejak 10 tahun lepas dan baru sekarang dibenarkan masuk semula ke arus perdana politik negara, maka negara sering kali diancam keadaan yang tidak tenteram.
Berbagai-bagai isu yang bukan-bukan ditimbulkan yang mewajarkan kerajaan bertindak tegas tetapi pemimpin kerajaan lambat bertindak.
Keadaan akan menjadi lebih serius jika kerajaan masih dengan sikap sedemikian. Lihat-lihatlah laman web atau portal berita yang tidak putus-putus melaporkan perkara yang tidak betul dan boleh meracuni fikiran rakyat.
Ambil tindakan pantas dan tegas untuk menentukan negara kita sentiasa aman dan jangan teragak-agak untuk haramkan semua laman web yang menyemai kebencian rakyat terhadap kerajaan yang dipilih rakyat.
Ambil iktibar dari negara jiran kita Singapura. Lihatlah betapa teraturnya kehidupan di Singapura. Rakyat sangat berdisiplin dan takut melakukan perkara yang salah.
Hantar emel yang bukan-bukan pun dah boleh didakwa di mahkamah. Kita perlukan peraturan dan undang-undang yang tegas barulah aman negara ini.
Jangan sekali-kali menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Jangan sekali-kali ikut rentak pembangkang sebab yang memerintah adalah BN bukan mereka.
AZIZ ABDULLAH
Sitiawan, Perak





















Leave a Reply