Jangan samakan pribumi Sabah dengan Orang Asli Semenanjung : Pairin

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata kedudukan pribumi Sabah mesti dilihat dari perspektif yang betul kerana mereka membentuk majoriti penduduk negeri ini.

Berikutan itu,katanya adalah silap menyamakan pribumi Sabah dengan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

“Pribumi Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama selani menguasai kedudukan utama dalam susur galur politik negeri dan perkhidmatan awam.

“Oleh itu tanggapan meminta Jabatan Orang Asli diperluaskan ke Sabah,sebagaimana dicadangkan oleh Menteri Pembanguan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak timbul,” katanya di sini kelmarin.

Muhammad disebut sebagai berkata semalam di Nabawan,kira-kira 140 kilometer dari sini,yang kementeriannya mungkin menimbang memperluas peranan Jabatan itu ke Sabah jika ada permintaan untuk itu.

Pairin,yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri,berkata pribumi Sabah,sebagai penduduk majoriti luar bandar negeri ini,adalah kumpulan sasaran utama program pembangunan Persekutuan dan negeri,

“Apa yang diperlukan ialah melipatgandakan usaha dalam mencapai tahap pembangunan infrastruktur dan pembasmian kemiskinan secara optimum.

“Terdapat jabatan dan agensi negeri dan Persekutuan yang cukup di negeri ini bagi mencapai sasaran itu,” kata beliau.

Pairin,yang merupakan Huguan Siou (Pemimpin Utama Komuniti Kadazandusun), berkata kerajaan negeri yakin dengan peruntukan kewangan sewajarnya dari Persekutuan dan perlengkapan kuasa jabatan dan agensi negeri,matlamat mempertingkat pembangunan di kawasan luar bandar termasuk pembasmian kemiskinan tegar secara total akan dapat dicapai menjelang 2010. – NewSabahTimes

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, October 8th, 2008 dalam kategori sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites