Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah

BELUM pun selesai skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak terpalit dalam satu lagi skandal: kontrak perolehan Eurocopter menggantikan helikopter Nuri.

Merasmikan sesi terakhir penggal pertama Persidangan Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membongkar kecurigaan-kecurigaan serius dalam perolehan helikopter berdaya tinggi ini.

Anwar berkata demikian dengan merujuk kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, kepada Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Surat tersebut mendedahkan kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter, walhal pembida lain menawarkan helikopter berkeupayaan sama pada nilai yang jauh lebih menjimatkan.

Pada 26 September lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan akan menggantikan angkatan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Bagi tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1.93 bilion untuk membeli 12 unit helikopter baru.

Helikopter Eurocopter Cougar EC725 adalah satu dari empat jenis helikopter yang disenarai pendek oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Keempat-empat syarikat terbabit dalam bidaan tersebut menawarkan spesifikasi memenuhi kehendak Kementerian Pertahanan (Mindef).

Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

“Persoalan yang berbangkit adalah, syarikat Eurocopter adalah pembida tertinggi, berbanding pembida Rusia yang menawarkan RM1.4 bilion jauh lebih murah. Mungkin ini adalah dasar kerajaan memilih pembida paling tinggi, supaya komisyen yang mereka dapat pun tinggi.”

Sepanjang Dewan Rakyat bersidang, Menteri Kewangan Najib Razak dan Menteri Pertahanan Abdullah Ahmad Badawi serta timbalan mereka tidak hadir dalam sesi tersebut, lantas menggagalkan sebarang usaha menuntut penjelasan dari mereka.

Namun skandal kali ini tidak terhenti setakat itu. Cara pemilihan helikopter dibuat amat mencurigakan. Pengerusi Mentari Services, Kapten (B) Zahar Hashim, mempersoalkan kebijaksanaan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan meluluskan perolehan Eurocopter tanpa melalui fasa percubaan sepenuhnya.

Dalam hal ini, kerajaan dilaporkan tergesa-gesa meluluskan tender Eurocopter walhal ujian penilaian ke atas keempat-empat helikopter belum selesai dijalankan. Bahkan, kerajaan enggan melakukan ujian penerbangan ke atas helikopter Kelowna dan Sikorsky.

Menurut Kapten (B) Zahar, Kelowna sudi menyediakan sebuah helikopter Mi-172KF secara percuma untuk tempoh ujian enam bulan namun kesudian itu ditolak kerajaan. Manakala wakil Sikorsky langsung tidak dihubu-ngi sama-sekali.

“Belum pun proses penilaian selesai dijalankan dengan tiba-tiba arahan diberi pihak tertentu supaya Letter of Intent (LOI) dikeluarkan kepada Eurocopter. LOI ini ditandatangani seorang pegawai menengah di Kementerian Pertahanan pada 15 September 2008, iaitu dua hari sebelum Najib Tun Razak berpindah ke Kementerian Kewangan,”

Dua unit Mi-17 telah dibeli dan digunakan oleh Bomba Malaysia yang dilaporkan amat berpuas hati dengan prestasi helikopter itu. Helikopter buatan Rusia itu digunakan secara meluas dalam konflik peperangan di merata dunia, dan ketahanannya terkenal di kalangan komuniti ketenteraan. Sebanyak 12,000 unit Mi-17 telah dijual dan digunakan di 60 buah negara.

Manakala S-92 buatan Amerika Syarikat pula antara yang terbaik dan termaju dalam kelasnya, menjadi pilihan negara-negara Barat khususnya Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta negara-negara Timur Tengah.

Hanya Perancis, selaku pemilik saham terbesar dalam syarikat Eurocopter, yang mengendalikan Eurocopter EC 725.

Meneruskan ucapan beliau, Anwar menegaskan unsur-unsur mencurigakan dalam pembelian Eurocopter ini menjustifikasikan penyiasatan menyeluruh. Kerajaan telah bersikap sangat tidak profesional, sangat tidak telus, dan tidak memikirkan beban ekonomi yang ditanggung rakyat.

“Secara logik, adalah tidak munasabah Kementerian Pertaha- nan membuat keputusan membeli helikopter pada harga dua ratus juga ringgit tanpa menemui wakil penjualnya dan melakukan ujian penerbangan.”

Tambah beliau, sikap tergesa-gesa Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan sememangnya luar biasa. Di saat negara diancam kemelesetan, sikap tidak bertanggungjawab Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan dalam perolehan aset tentera amat dikesalkan.

“Soalnya, apakah negara kita boleh terus menelan dan menerima kecurangan-kecurangan sedemikian yang cukup mengaibkan?” –SK

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, October 14th, 2008 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

12 Responses to “Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah”

  1. hola on October 15th, 2008 at 7:46 am

    what can you give us? so far just say here and there and accusation withour basis that i heard…..grow up…..i am tired …….give me proof…..16 sept??? where?? 16th oct coming…i am going to vote BN next GE!!

  2. sabahdaily » RANJAU DAN DURI KE MERCU KUASA on October 15th, 2008 at 10:00 am

    [...] Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah [...]

  3. Menarik hari ini…malaysiakini « Abufaiz70’s blog on October 15th, 2008 at 10:50 am
  4. Pinkturtle on October 15th, 2008 at 11:13 am

    [...] dalam portal berita Sabahdaily dengan tajuk Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah. Sila rujuk http://www.sabahdaily.com/2008/10/pembelian-eurocopter-skandal-najib-didedah/ [...]

  5. gk on October 15th, 2008 at 11:24 am

    To hola;
    PR doesn’t need supporter like u..go and vote BN next GE. BN need people like u..maybe u can be rich at a blink….so that u can support the your next generation without care about others

  6. gusdur on October 15th, 2008 at 4:57 pm

    si anu ar ni memang macam ni. tak habis2 nak rosakkan reputasi najib…dah la tu…banyak sangat menipu orang pun jadi bosan…tunjuk bukti lah kalau ada…pm in waiting konon..cheh!

  7. Ridwan on October 15th, 2008 at 5:21 pm

    Bukankah yang mambuat aduan tu jugak ahli umno yang sedang bertanding utk dipilih jadi MT ..cuba tgk list umno dlm BH…kalau tak silaplah…

  8. dolah anak kati on October 16th, 2008 at 9:21 am

    Jangan hanya bercakap di parlimen .cari publisiti 5 jam . ikuti lah dengan laporan BPR. Mungkin ada dendam ,atau mau menutup kesalahan yang dulu 2×5 saja . Pada zaman nya ada dikalangan kawannya kaya hingga tak berani balik negeri sendiri tinggal di luar negara , kaya raya harta sini sana . sneduduk.

  9. orang kerdil on October 16th, 2008 at 10:46 am

    Siapa yang ada skandal sebenarnya, Najib atau Anwar. Jangan lupa Anwar pernah paksa Mindef bagi projek bina 6 buah kapal ronda pada Amin Shah menerusi syarikat PSN- Naval Dockyard walaupun Panglima Tentera Laut ketika itu, menentang habis-habisan.

    Akhirnya, PSN Naval Dockyard lingkup dan terpaksa di diselamatkan oleh Bousted Naval Shipyard. Dalam hal ini, Anwar buat fitnah pula, kononnya ini kecuaian Najib padahal Najiblah yang terpaksa bertungkus lumus utk selamatkan projek ni.

    Sekarang Anwar nak jadi hero lagi. Tapi orang Mindef tentunya takkan lupa taik yang dibuat Anwar waktu jadi Menteri Kewangan dulu.

    Dalam hal helikopter ni, ia belum pun dibeli lagi. Baru keluar LoI atau surat hasrat. Kalau dah kena beli dalam euro dan bukan dolar US tentulah mahal. Berapa pertukaran ringgit dengan euro?

    Kapten (B) Zahar ni yang nak jadi hero sangat ni pasal apa. Kononnya helikopter Russia ni bagus sangat. Dia lupakah yang Mindef dah tubuhkan Tim Projek MI-17 sejak beberapa tahun lalu untuk menilai heli Russia yang kononnya maha hebat tu.

    Penelitian orang-orang TUDM, jelas menampakkan yang diaorang tak happy dengan helikopter Russia ni. Ada banyak juga kebimbangan yang timbul termasuk masalah alat ganti. Peralatan dan sistem pesawat ini juga cikai sangat, sebab itu harga murah.

    Pengalaman TUDM sebelum ni jelas menunjukkan soal alat ganti paling susah nak diuruskan dan penghantaran dari Russia adalah amat lembab.

    Orang yang tahu, dan pernah naik, naik heli ni, hakikatnya rasa macam naik bas jenama TATA buatan India sahaja. Bentuk heli ni pun nampak hodoh. Yang pakai pun kebanyakannya di negara miskin.

    Memang ramai yang pakai tetapi sejauh mana berkesannya. Kononnya surat tu kata bomba happy guna heli ni. Cuba tanya krew heli ni, gementar atau tak sebaik heli ni terbang? Gerenti gementar habis sebab diaorang tahu standard heli ni macam mana.

    Lagi satu, kalau betul bagus, kenapa polis batal beli 2 unit heli ni dan mahu serahkan pada bomba pula. Moralnya, jangan buang sampah, angkat bakul sendiri.
    Sedar dirilah. Kerana surat dia, Najib lagi sekali jadi mangsa fitnah. Apa nak jadi Malaysia ni.

  10. dodoi on October 16th, 2008 at 4:33 pm

    Cuba kita lihat fakta, jangan emosi. Kalau ada orang tanya atau kesangsian kepada kita, jawab je lah habis cerita. Biarlah orang yang ditanya jawab, kenapa oarang lain pula tolong jawab, ad ape-ape ke?

  11. samarkand on October 17th, 2008 at 7:58 pm

    Assalamualikum WBH…

    Biasa la dalam BE END/AMNO memang ramai pembodek macam kat atas ni ha.. ada dapat habuan jugak ka…. kalau ada bagi la sikit..

  12. kimran on October 18th, 2008 at 3:28 pm

    wah! harga sebijik helicopter sebanyak RM193juta….betui ka nie? Agak-agak berapa sekarang harga boeing 737-900 series sebijik? takkan harga helicopter yang bole carry maksimum 12orang boleh sama harga dengan jet boeing? Ini kena siasat nie? Macamana bole terjadi? Cuma saudara sekalian bayang sebanyak RM193juta bole buat? ini baru sebijik? bayangkan kalau 12bijik?

    Wah! kaya,kaya,kaya…….tapi siapa?????

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites