Pilihanraya Kampus – Pelajar UiTM Paling Lesu..?

SHAH ALAM – Ura-ura yang didengari oleh pihak GMM dari kampus-kampus utama Lembah Klang, Pilihanraya Kampus (PRK) bakal berlaku sekitar pertengahan bulan oktober ini.

Namun apa yang mengecewakan, pelajar-pelajar UiTM masih tiada kesedaran akan terjadinya PRK dalam masa terdekat ini. Sedang kampus lain mengadakan persiapan menghadapi PRK, pelajar-pelajar UiTM masih terpinga-pinga, bagaikan meraba-raba di dalam gelap mencari lampu suluh.

Menurut laporan PRK 2007/2008 yang lepas, UiTM mencatat kemenangan 100% dari Pro-ASPIRASI dan ini terjadi adalah berikutan tiadanya parti pembangkang yang wujud di UiTM. Sememangnya UiTM sebuah kampus yang sangat berlainan dari kampus-kampus lain terutamanya kampus besar di Lembah Klang yang mempunyai Parti Pembangkang dan Pro-Aspirasi.

 Ini menggambarkan sistem yang diamalkan di UiTM adalah sistem yang tidak mempunyai hak kebebasan mengundi atau lebih tepat demokrasi. Agak lucu apabila melihat calon dari Pro-Aspirasi bertanding sesama mereka, tiada perdebatan dan kempen besar-besaran diadakan.

Cuma yang ada, sekadar menggantung dan menampal poster calon sahaja. Calon-calon pula, berkempen dari bilik kuliah ke bilik kuliah dan diekori 4 hingga 5 orang ‘tukang kempen’.

Pelajar-pelajar UiTM terperangkap di dalam kepompong ciptaan pentadbirannya sendiri, maka lahirlah pelajar yang kurang daya tahan juangnya dan nilai kepimpinan yang sangat minima.

Adakah ini tandanya pelajar UiTM tidak mempunyai jiwa demokrasi yang sememangnya diamalkan di Malaysia? atau mungkin juga pelajar UiTM telah didoktrin oleh pihak pentadbiran supaya pelajar-pelajarnya tidak tahu apa-apa tentang demokrasi. GMM akan mengupas isu ini untuk paparan yang lebih telus untuk pelajar-pelajar UiTM-GMM – Tranungkite

Oleh pondokaje

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, October 8th, 2008 dalam kategori artikel umum, selangor & kl. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites