Suka mencari salah orang lain boleh memakan diri sendiri..

Sekiranya kita menoleh kebelakang iaitu sebelum PRU 12, kita boleh dapati salah satu punca kegagalan BN memperolehi majoriti 2/3 ialah kerana serangan keterlaluan kerajaan kepada pembangkang melalui media massa. Pada masa itu, BN dibuai perasaan angkuh kerana mereka berjaya memperolehi mandat rakyat dalam PRU 11 hampir 90% dari undi rakyat.

Tetapi BN terleka kerana serangan keterlaluan telah menyebabkan rakyat ‘beralih arah’ dari meragui keupayaan pembangkang kepada perasaan simpati. Siapa sangka Pakatan Rakyat yang terkapai-kapai berjuang diberi peluang oleh rakyat. Padahal ketika itu, nama Anwar pun tiada dalam senarai calon yang betanding. BN mengatakan mereka kalah kerana undi protes tetapi mereka tidak sedar salah satu faktor rakyat memprotes adalah kerana perbuatan mereka sendiri yang menganiayai PR.

Tetapi kini kita boleh melihat keadaan sudah terbalik.. Pakatan Rakyat pula yang menjadi angkuh dan BN pula yang terkial-kial untuk meneruskan ’survival’ mereka. BN dituduh dengan pelbagai tohmahan dan disertai caci-maki dan kata nista, keaiban pemimpin dicari dan diperbesar-besarkan, mencari salah kerajaan sudah menjadi agenda utama berbanding matlamat asal untuk memenuhi manifesto pilihanraya.

Membangkang kerana kerajaan membuat kesilapan adalah baik untuk mencari kaedah yang lebih baik demi kesejahteraan negara, tetapi jika niat membangkang sudah bertukar kerana mahu mengaibkan orang lain sudah jadi tersasar dan boleh mengembalikan aib kepada kita sendiri.

Allah suka kepada hambanya yang besederhana dan bukannya yang suka berlebih-lebihan melakukan sesuatu perkara.

Ingatlah kita kepada ‘Hukum Jari’.. satu jari menuding kepada orang lain, empat jari menuding balik kepada diri sendiri. Sebarang cacian, tohmahan, kata nista dan fitnah kita kepada orang lain akan dinilai semula oleh si pendengar. Siapakah pendengar itu? ..mereka ialah rakyat. Hukum ini sudah terpakai kepada BN semasa kempen PRU 12, dan sekarang PR cuba meniru balik kegagalan strategi tersebut.

Saya selalu mengatakan kepada sahabat samada yang pro-BN atau pro-PR, kegagalan BN dalam PRU 12 adalah ‘rahmat’ kepada UMNO dan orang Melayu, manakala kejayaan PR dalam PRU itu merupakan satu ujian perjuangan kepada mereka. Kegagalan BN akan menjadi ‘rahmat’ jika BN mahu belajar dari kegagalan, manakala ‘ujian’ kepada PR agar tidak leka dan angkuh.

Sedarkah Pakatan Rakyat bahawa BN sekarang sedang mengalami proses evolusi? Sedarkah PR bahawa serangan bertali-arus mereka telah menguatkan ikatan sesama parti komponen BN? Sedarkah PR bahawa BN telah kenal siapa ‘musuh dalam selimut’ mereka? Sedarkah PR caci-maki mereka telah memberi kunci jawapan kepada permasalahan BN selama ini? Sedarkah PR bahawa rakyat sedang menilai prestasi dan peribadi mereka sendiri?

Rakyat bukan bodoh, samada mereka suka kepada BN atau PR.. mereka ada keutamaan peribadi yang mahu dipenuhi. Jangan PR berasa angkuh dan merasakan diri mereka sudah menang kerana sikap pengecut BN. Bersikap pengecut bukan bermakna mereka bodoh, tetapi berundur setapak untuk melompat lebih tinggi lagi. Rakyat suka mendengar cerita sensasi, skandal dan pembongkaran rahsia-rahsia besar.. tetapi perkara ini tidak mengenyangkan perut mereka, tidak memberi apa-apa faedah untuk peningkatan taraf hidup kecuali sebagai penyedap kepada telinga yang mendengar.

Jika PR masih dibuai kejayaan PRU 12, suka mencari salah orang berbanding bekerja untuk rakyat, menuduh BN penipu padahal janji mereka pun tidak tertunai.. jangan salahkan rakyat jika rakyat akan kembali ‘beralih arah’ kepada BN. Orang yang bercakap banyak memang menjadi tumpuan, bercakap lebih tapi ‘habuk pun tarak’ pun akan dinilai kembali oleh si pendengar.

Kuat berjanji tapi tidak tertunai juga boleh menghakis kepercayaan orang lain. Cubalah kita perhatikan realiti kehidupan sekeliling kita sehari-hari, lihatlah sendiri penerimaan masyarakat terhadap orang yang suka bercakap tapi kerja suka bertangguh.

Sukalah saya memperingatkan kawan-kawan saya yang pro-reformasi.. jika anda rasa anda benar, teruskan perjuangan anda tapi jangan hanyut dengan mencari salah orang lain. Akhirnya kredibiliti sendiri menjadi tumpuan untuk dipertikaikan. Semakin ramai kita mencari orang untuk mengumpat hal orang lain, semakin ramailah orang yang akan memerhatikan kita. Ingatlah kepada Allah kerana hati seseorang itu milik-Nya.. jika mahu dibalikkan hati dari benci kepada simpati, maka terbaliklah ia dengan kehendak-Nya. –Politik sumbang

Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, October 20th, 2008 dalam kategori artikel umum. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites