Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusun strategi baru - menggegarkan Sarawak sebagai langkah baru menuju Putrajaya dalam merealisasikan ‘projek 16 September’ menukar kerajaan persekutuan.
Katanya, beliau akan ke Sarawak pada 14 Disember ini dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana pilihanraya negeri, selewat-lewatnya diadakan 2010.
“Langkah pertama, gegarkan [...]
Written on November 30, 2008 | Posted in
berita utama,
sarawak |
Leave a comment
Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan pagi ini meningkat kepada 3,484 orang berbanding 1,743 orang petang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata mangsa yang terlibat dengan perpindahan itu membabitkan 679 keluarga.
“Setakat ini empat daerah di Terengganu terlibat dengan banjir iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang,” katanya [...]
Written on November 30, 2008 | Posted in
berita utama,
kelantan,
terengganu |
Leave a comment
Permohonan permit konsert Inul yang tidak diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan suatu tindakan tepat.
Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kelmarin.
“Ia suatu yang mungkar dan sebagai seorang Islam ia wajib dihalang.” tegas Herman.
Mengulas kenyataan Pengarah IMS yang menganjurkan konsert Inul, Nasir Abu Bakar semalam dalam The Star, Herman [...]
Written on November 30, 2008 | Posted in
berita utama |
Leave a comment
Blog berbahasa Sepanyol asal Kuba, Generacíon Y, telah berjaya meraih penghargaan tertinggi “Best Weblog” dalam pertandingan blog Deutsche Welle The BOBs tahun 2008. Sementara penghargaan Reporter Without Borders Award diberikan bersama kepada blog asal Iran, 4equality, dan blog asal Cina, Zengjinyan.
Blogger yang menjadi juri utama pada kompetisi itu, acara pengumuman pemenang The BOBs ke 5 [...]
Written on November 30, 2008 | Posted in
artikel umum,
berita utama |
Leave a comment
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee terus mencetuskan persoalan mengenai fahaman politik mereka apabila muncul membuat kejutan di majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.
Bagaimanapun Zaid yang ditemui selepas itu tetap menafikan penyertaannya sebagai ahli parti [...]
Written on November 30, 2008 | Posted in
berita utama |
Leave a comment
Pasukan Komando India, menyatakan berhasil menumpas kelompok teroris yang menyerang Kota Mumbai dan menewaskan 150 orang lebih.
Tentara India menembak mati dua teroris di Hotel Taj Mahal. Serangan ini mengakhiri 60 jam insiden mengerikan di kota pusat bisnes India tersebut yang menghebohkan dunia.
Kelihatan api dan asap hitam mengepul dari Hotel Taj Mahal, Sabtu pagi, semasa pasukan [...]
Written on November 29, 2008 | Posted in
berita utama,
world |
Leave a comment
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim turut menjadi tetamu yang hadir dalam Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam pagi ini.
Kehadiran Zaid bersama beberapa lagi tokoh politik termasuk Dato’ Yong Teck Lee dari SAPP dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar mendapat tepukan gemuruh kalangan perwakilan yang [...]
Written on November 29, 2008 | Posted in
berita utama |
1 Comment
“PAS gagal laksanakan agenda Islam di Selangor”, demikianlah tajuk laporan berita muka 5 Utusan Malaysia hari ini. Ia memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Rahman Palil yang juga ADUN Sementa (yang memenangi kerusi tersebut secara percuma dalam PR lalu).
Kata beliau walaupun PAS kini berkuasa di negeri Selangor melalui kerajaan Pakatan Rakyat namun seakan tidak [...]
Written on November 29, 2008 | Posted in
berita utama |
2 Comments
Berikutan kematian anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Muhamad petang tadi, kini Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Dan pertembungan impian adalah antara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid.
Wan Mutalib adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi calon PAS di Kuala Terengganu [...]
Written on November 29, 2008 | Posted in
berita utama,
terengganu |
1 Comment
PILIHANRAYA kecil (PRK) bagi kerusi Kuala Terengganu ekoran pemergian ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dijangka menjadi titik tolak sama ada keutuhan BN didalangi Umno mampu dipertahankan atau sebaliknya akan diketahui tidak lama lagi.
Walaupun bermacam-macam kaedah dan tolenrasi dipamerkan kepemimpinan BN untuk melembutkan hati rakyat selepas kekalahan teruk pada pilihanraya kebangsaan ke-12 lalu [...]
Written on November 29, 2008 | Posted in
berita utama,
terengganu |
1 Comment