Bermati-matian Khairy mahu dapatkan pencalunan Rembau

Satu pesanan ringkas diterima pada pukul 2 tadi yang berbunyi:

Pencalonan kj d rembau dbuat oleh setiausaha bhg selaku wakil bhg ke mesy pemuda. Pencalunan mukhriz dhalang dgn menarik pwakilan2 yg cuba calonkan mukriz jauh dr pembesar suara. Satu lg kehebatan kj mguna cara tidak umno utk jd pmimpin umno.

Apabila jurublog bertanya kepada seorang pemegang jawatan UMNO Bahagian mengenai peristiwa ini, dia merasa lucu mendengar Setiausaha Pemuda Bahagian yang membuat pencalunan.
FOTO : Kononnya bergema nama Khairy dilaungkan semasa pencalunan, tapi kenapa ramai juga tidak ikut sama bangun berteriak

Dia bertanya, “Tidak adakah wakil Jawatankuasa Pemuda Bahagian lain atau perwakilan dari floor yang boleh mengemukakan pencalunan? Pelik cara demikian kerana Setiausaha dilantik dan bekerja langsung di bawah arahan Ketua Pemuda.”

Memang mungkin ada kebenaran. Episod pencaluan untuk jawatan Ketua Pemuda di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Rembau sungguh melucukan.

Malaysiakini.com melaporkan peristiwa ini dan versi laporan mereka adalah seolah-olah diatur ‘kekecohan’ supaya tidak ada pencaluan lain.

Dari kumpulan laman-laman blog pro-Khairy, yang telah dipadusuara propaganda blog-blog mereka minggu ini, dilaporkan seolah-olah ianya satu kemenangan besar buat Khairy di Rembau. Satu blog melaporkan bergema nama Khairy dilaungkan.

Hairan bin takjub, apa perlu dibesar-besarkan kemenangan Khairy di Rembau? Bukankah lumrah seseorang calun tempatan mendapat pencalunan dari Bahagian sendiri?

Cuba bayangkan

Untuk memenangi pencalunan Bahagian sendiri, Khairy telah bermatian-matian bermesyuarat dan mengatur strategi, bermodal, muncul dua kali berturut-turut di Astro, mendapat temuramah Malay Mail, mungkin meminta laporan ditulis mengenai Rembau di beberapa akhbar perdana dan tabloid politik, dan berhabis-habisan blog-blog pro-Khairy (yang antaranya adalah jurublog pro-Anwar) memuji diri, dan mengkritik dan memfitnah Mukhriz dan Dr Khir.

Mungkin pasukannya percaya orang ramai akan termakan kata-kata bahawa Khairy tidak ada lagi bantuan dari Abdullah yang akan meletakkan jawatan.

Dengan memburuk-burukkan Mukhriz dan Dr Khir - melalui cara fitnah balas Mukhriz main duit, melekatkan gambaran Mukhriz sebagai tikus, dan mempermainkan rupa wajah Dr Khir -, jurublog tidak pasti itu akan berjaya memperbaiki persepsi ke atas dirinya dalam masa terdekat.

Ini jelas kelihatan reaksi balas kumpulan Khairy terhadap gambaran buruk terhadap Khairy yang dipaparkan oleh pelbagai blog. Reaksi berdendam tidak bijak dan matang kerana realiti persepsi terhadap Khairy adalah ia sudah terbina bertahun-tahun di blog-blog pembangkang dan laman web seperti Malaysia Today.

Khairy selama ini dia tidak ambil hirau dan peduli kritikan dan teguran yang berasas terhadapnya. Dia sering melakukan aksi dan ’stunt’ yang terlalu mudah dibaca terjemah politik tersirat dan menimbulkan kemarahan dan kebencian ramai. Pelbagai kontroversi dijawab secara letak bawah karpet dan bukan dijelaskan dengan terang. Salah siapa?

Akhirnya ini dimanifestasikan di blogosphera melalui tulisan blog peribadi dan para komentar berbilang kaum yang jauh lebih banyak dari blog-blog partisan. Melawan pandangan awam dengan cara kasar boleh memakan diri dan menguatkan lagi persepsi sifat angkuh dan sombong Khairy.

Keanihan

Penulis faham Khairy tidak boleh ambil mudah dan perlukan kemenangan di Rembau untuk menjaga maruah air muka. Jika Bahagian yang diketuai sepupunya boleh dapat pencalunan, tentu memalukan kalau Bahagian sendiri tidak mencalunkan.

Namun begitu, usaha berlebih-lebihan Khairy di Rembau agak anih sekali, kerana “game over” untuk perlumbaan mendapat pencalunan.

Hairan, Khairy takut ada pencaluanan lain di tempat sendiri. Kalau Mukhriz dan Dr Khir dicalunkan, tentu mereka akan kalah dan undi yang diperolehi sangat sedikit berbanding ‘calun tempatan’.

Kalau difikirkan, tidak patut ‘budak-budak penyokong’ Mukhriz atau Dr Khir bersungguh-sungguh mahu menewaskan Khairy di Rembau. Janganlah sampai menjatuhkan maruah orang di tempat sendiri. Selepas ini, kiambang perlu bertaut kembali.

Adakah ini dendam penyokong Mukhriz atas usaha memalukannya pada hari pertama di Machang yang diketahui ramai adalah kampung sahabat baiknya dan kampung angkat Mukhriz di Kelantan?

Undi tidak percaya

FOTO : “Pasukan kempen PRU Khairy di Rembau dengan kereta Rexton seragam megah hitam ke sana ke mari menaikkan meluat orang kampung

Atau ini hanya sebenarnya masaalah dalaman Rembau? Jangan lupa bahawa undi majoriti UMNO di Rembau semasa PRU12 merudum jatuh banyak sekali kepada calun PKR, Chegu Bard kerana faktor Khairy.

Pada tahun lepas, Khairy menghadapi usul undi tidak percaya. Difahamkan ia berpunca dari tindakan Khairy mengubah nama perwakilan ke PAU yang telah ditetapkan Mesyuarat Bahagian.

TEkanan terhadap Khairy begitu besar hinggakan Khairy memerlukan bantuan luar - dari UMNO Bahagian dan Negeri, termasuk Menteri Besar - untuk mengenepikan usul oleh Azman Mohd Shah. Usul tersebut dapat dimatikan dengan satu undi dan cara pun tidak beretika.

Semasa proses mendapatkan pencalunan cawangan untuk Ketua Pemuda Bahagian Rembau, Khairy terpaksa berhempas pulas dan bermodal besar, katanya untuk memastikan Azman tidak cukup pencalunan. Kenapa Khairy bermati-matian takut untuk hadapi Azman, seorang pegawai syarikat insurans, yang tidak berkemampuan dan jauh lebih rendah tahap pelajaran dan tahap intelek? Adakah jika lepas pencalunan, Azman mampu mengalahkan Khairy?

Mingguan Watan terbaru dan beberapa blog pro-Khairy melaporkan Azman dibiayai Mukhriz untuk menafikan Khairy pencalunan. Laporan itu agak berlainan dari sumber-sumber yang diperolehi dari Rembau.

Jurublog ini pernah diperkenalkan dengan Azman. Dari yang penyelidikkan yang dijalankan, dia lebih cenderung membantu pencalunan Zahidi atau mungkin Dr Khir. Dia tidak ada masaalah dengan Mukhriz tetapi tidak mahu dilihat berpihak dalam perlawanan yang dianggapnya proksi dua pembesar.

Ini seolah-olah tersirat satu usaha untuk memalukan Azman dan membunuh terus kerjaya politiknya dalam UMNO.

Syabas Khairy, akhirnya dapat menambah pencalunan dari Negeri Sembilan, selepas Bahagian Tampin yang diketuai sepupunya mencalunkannya. Tetapi pencalunan terakhir Negeri Sembilan ia-itu Seremban diperolehi oleh Dr Khir Toyo.

Mukhriz, yang isterinya berasal dari Kuala Pilah, mendapat lima dari lapan pencalunan Negeri Sembilan.

http://anotherbrickinwall.blogspot.com

Maklumat ini telah diterbitkan pada Sunday, November 9th, 2008 dalam kategori artikel umum, negeri sembilan. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply

BERITA SEMASA

LAIN-LAIN

GALERI

Kota Kinabalu Plaza dsc06503 dsc063732 dsc063862 dsc064551 dsc064272

SPONSOR


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Suara Keadilan
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# Sabahkita.net
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Anda digalakkan untuk mengirim dan berkongsi sebarang berita, informasi,

artikel dan apa sahaja perkara yang berkaitan kepada kami melalui email.

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites