“Makcik sudah tunggu dari pukul 4 pagi lagi dik, akhirnya tak jadi malah dihalau lagi kita!” Inilah antara jeritan marah yang saya dengar ketika bersama ribuan yang berkumpul pagi ini di perkarangan bangunan persekutuan yang menempatkan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Tawau. Saya menerima panggilan telefon dari seorang sahabat yang telah berada di tempat kejadian sekitar pukul 7.45 pagi. Ribuan manusia berkumpul di hadapan bangunan malah berbaris dari muka pintu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara sehingga pintu keluar masuk utama bangunan persekutuan sebelum dihalau keluar oleh polis yang menaiki sebuah kereta peronda.

Lautan manusia yang membanjiri perkarangan bangunan ini rata rata begitu bersemangat untuk merebut peluang yang ada untuk memiliki sekeping kad pengenalan hijau (atau lebih sinonim dengan gelaran “ic hijau” di kalangan penduduk), kad identiti sebagai warga berstatus pemastautin sementara di negara Malaysia yang tercinta ini.
Ada yang sanggup datang dari jauh dan menunggu seawal 4pagi dan tidak mustahil jika ada yang lebih awal lagi . Berbaris seawal 6pagi dan berlapar,berdiri di bawah panahan terik matahari demi memenuhi hajat di ini. Begitulah secebis pengalaman merasai kesusahan atau kepayahan yang perlu dihadapi rakyat di Tawau ini.
Untuk maklumat semua, Kad Pengenalan Hijau (Pemastautin Sementara) adalah untuk mereka yang tidak dapat ditentukan latar belakang ibu bapa masing-masing dan daripada segi kriterianya masih sama seperti mereka mesti dilahirkan di Malaysia dan memiliki sijil kelahiran Malaysia.
Sebelum ini, pengeluarannya telah dihentikan sejak tahun 2004 sehinggalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengharap pengeluaran semula kad hijau akan dapat mengatasi masalah sejumlah 38,672 orang yang tidak mempunyai kad ganti ekoran pengeluarannya dihentikan dan membantu mengatasi masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di setiap negeri. Dan menyatakan bahawa pihak JPN akan membuka kaunter pada hari Sabtu dan Ahad mulai 15hb November 2008 dari pukul 8 pagi sehingga pukul 1 petang di ibu pejabat JPN dan semua ibu pejabat JPN di peringkat negeri.
Malangnya, harapan menggunung rakyat dikecewakan begitu sahaja tanpa sebarang maklumat penangguhan dari JPN Tawau, tiada notis walau sekeping pun dilekatkan di pintu hadapan untuk memaklumkannya sehingga rakyat terpaksa menunggu berjam jam sebelum di halau oleh pihak polis yang bertugas.
Diharap keadaan pada hari Isnin minggu hadapan akan menjadi lebih terkawal. InsyaAllah.





















Terima kasih bab siarkan entri ni di sini… diharap akan ada kerjasama di masa akan datang .. insyaAllah… aminn
sya adalah salah seorang pmengang ic hijau dan saya bersyukur kerana pihak kerajaan memberi peluang kepada saya dan juga penduduk yang senasib dengan saya. walaubagaimanapun, kerana terlalu banyak khabar angin saya menjadi bingung dan keliru. adakah benar pembaharuan ic hijau ada tarikh tutup iaitu sehingga hujung bulan Nov’08 dan benarkah nombor giliran bagi pengurusan pembaharuan dihadkan hanya kepada 20 ribu orang sahaja yang berada di Malaysia. Saya sangat mengharapkan ada pihak yang tampil untuk membuat penjelasan bagi meredakan kekeliruan ini.
sy setuju dgn pendpt Penulis diatas,warganegara @ bukan mereka ttp Hamba ALLAH yang tiada bezanya dgn kita jadi pihak2 berkenaan seharusnya bertimbangrasa dan layanlah mereka semua sebagai ‘Manusia’ seperti anda juga…
deasy abayon, kalau nak tahu pergi ke pejabat pendaftaran ek.