Dua usul yang cuba di-bentangkan masing-masing oleh Wakil Rak-yat dan Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) telah ditolak Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan juga Dewan Rakyat kelmarin.
Kedua-dua usul itu yang dibentangkan oleh yang dibentangkan pembangkang itu bagi me-nangguhkan perjalanan persidangan DUN dan Parlimen untuk membolehkan isu pembinaan projek saluran paip gas dari Kimanis ke Bintulu di bahasakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas, Datuk Liew Teck Chan selepas sesi soal jawab bagaimanapun ia ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Juhar Mahiruddin kerana mendapati usul berkenaan tidak perlu disegerakan.
Katanya, usul yang dikemukakan mestilah mematuhi peraturan tetap Dewan perkara 23 (1) bagi membolehkan usul dibincang hari ini (kelmarin), iaitu ianya mematuhi tiga syarat, pertama usul atas perkara tertentu, kedua usul berkenaan kepentingan orang ramai dan ketiga usul tersebut melibatkan perkara yang perlu disegerakan.
“Saya telah meneliti usul yang dibentangkan oleh Likas (Lew Teck Chan) dan mendapati bahawa usul itu adalah atas perkara tertentu dan kepentingan orang ramai.
“Walau bagaimanapun bagi pandangan saya usul tersebut tidak perlu disegerakan sehingga menangguhkan perjalanan mesyuarat DUN hari ini,” katanya ketika menolak usul tersebut
Ini katanya, disebabkan Ahli Yang Berhormat berkenaan (Liew) mempunyai peluang secukupnya dalam membangkitkan perkata yang berkenaan dalam perbahasaan Bajet 2009 yang bermula hari ini sehingga 20 November ini.
Liew yang juga Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) ketika membentangkan usul itu berkata, isu pembinaan saluran paip gas dari Kimanis ke Bintulu itu perlu dibahaskan kerana ianya melibatkan kepentingan orang ramai.
Katanya, kerajaan hendaklah prihatin khususnya kepada rakyat Sabah dan bukan hanya untuk kepentingan pemimpin tertentu, ini kerana rakyat Sabah masih lagi berada dalam tahap kemiskinan.
Pada Ahad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican berkata, pengwujudan industri petrokimia di Sabah bukanlah sesuatu yang difikirkan kemudian atau disebabkan campur tangan politik oleh mana-mana pihak tetapi merupakan hasil kajian terperinci sejak 2006 yang menyaksikan penglibatan kerajaan sepenuhnya.
Beliau berkata, rancangan itu tidak diumumkan lebih awal kerana dikhuatiri para pesaing akan mengambil kesempatan daripadanya dan seterusnya merugikan Malaysia.
“Ini (projek loji petrokimia) bukan lah sesuatu yang baru sebaliknya ia sudah berjalan agak lama.
“Rakyat sering mengkritik Petronas, Mereka kata kami sering merahsiakan sesuatu. Tetapi dalam industri ini, beginilah cara kita melakukannya,” kataya sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya Kera-jaan Negeri Sabah tidak di lihat memainkan peranan aktif di dalamnya.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, menurut laporan Bernama, Cubaan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengemukakan usul bagi membatalkan projek saluran gas Petronas dari depot Kimanis di Sabah ke Bintulu, Sarawak sejauh 500km juga gagal apabila Dewan Rakyat di sini dan Dewan Undangan Negeri Sabah menolak serentak usul tersebut kelmarin.
Kedua-dua dewan bersetuju usul mengenai projek bernilai RM3 bilion itu mematuhi perkara tertentu dan berkenaan kepentingan ramai, tetapi ia tidak perlu disegerakan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul wakil rakyat Sepanggar Datuk Eric Majimbun itu.
Eric yang juga Naib Presiden SAPP semasa membangkitkan usul itu berkata gas asli yang diterokai adalah sumber asli negeri Sabah maka haruslah dilabur balik ke negeri di Bawah Bayu itu.
Sementara itu bercakap kepada pemberita di Lobi Parlimen, Eric meminta kerajaan persekutuan menyemak semula kadar bayaran royalti minyak sebanyak lima peratus kepada Sabah.
Katanya kadar peratusan pembayaran royalti minyak perlu disemak semula bagi membangunkan negeri itu untuk kepentingan rakyat Sabah.
Beliau memohon supaya kerajaan persekutuan mengkaji semula Akta Kemajuan Petroleum 1974 bagi memudahkan kadar bayaran royalti dapat dinaikkan selaras dengan perkembangan industri minyak dan gas di negeri itu.
Akta tersebut perlu disemak semula setiap 10 tahun dengan mengambil kira laluan paip gas dan jumlah bahan api yang disalurkan melalui perairan Sabah ke Bintulu, Sarawak, katanya
“Petronas dan kerajaan pusat harus melihat semua ini dan bukan sekadar memberitahu bahawa mereka membayar royalti sebanyak 5 peratus,” katanya.
Sementara itu, Anggota Parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui berkata beliau menyo-kong usul yang dikemukakan oleh Eric di Dewan Rakyat bagi membatalkan projek saluran gas sepanjang 500km dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak, bernilai RM3 bilion.
Katanya jumlah wang tersebut boleh digunakan untuk membina lebih banyak perumahan kos rendah untuk keluarga miskin tegar serta memperbaiki dan meningkatkan kemudahan infrastruktur asas di negeri itu. — NST





















Leave a Reply