SAN JOSE, -– Pengeluar kad grafik Nvidia kembali membuat kejutan. Beberapa hari lalu mereka mengeluarkan secara rasmi kad grafik siri FX 5600 yang kini berharga US$ 2000 – dan bosa mencapai US$ 7000 jika dibuat khusus untuk aplikasi penyiaran (broadcast). Kini mereka kembali mengumumkan sebuah kad grafik profesional yang dikatakan sebagai paling canggih dalam sejarah grafik. Harganya..? Dikatakan sekitar US$ 3500!
Apa istimewanya..? Quadro FX 5800 yang memiliki 240 prosesor itu menjadi kad grafik pertama yang dilengkapi dengan RAM GDDR3 4GB. Bandwidth memori ini pun menjadi luar biasa, 102GB/saat.
Menurut Nvidia, kad baru tersebut memiliki fill rate di atas 52 milion texel per saat dan menawarkan kuasa geometri 300 juta triangle per saat. Sedangkan kuasa dayanya 189 watt.
Oleh itu..Siapa yang disasarkan Nvidia dengan tawaran barunya itu? Tentu saja perusahaan-perusahaan besar yang sangat bergantung pada kuasa grafik tinggi, yang menggunakan aplikasi-aplikasi yang sangat mementingkan bandwidth memori yang besar.
Namun jika tawaran di atas dianggap kurang, Nvidia punya altenatif yang lain, iaitu 1U Quadro Plex 2200 S4 Visual Computing System. Ditujukan kepada perusahan eksplorasi minyak dan gas, imaging media dan aplikasi styling dan design, sistem ini menyertakan empat GPU Quadro FX 5800 dan juga empat kali fungsi inti lainnya: memori 16GB dan 960 prosesor. Nvidia mengatakan, sistem yang tersedia pada bulan Disember akan datang dengan harga US$ 14.995 ini dapat memproses 1,2 giga triangle per saat.
WIEK





















[...] Sumber: Sabahdaily [...]