TAWAU - Kecoh, tidak teratur… itulah antara perkataan yang sesuai digunakan untuk menggambarkan situasi di sekitar jabatan pendaftaran negara cawangan Tawau di bangunan persekutuan yang terletak berhadapan dengan perpustakaan Tawau.
Ini merupakan hari kedua rakyat datang berbondong bondong ke JPN Tawau untuk merebut peluang untuk memohon dan memiliki kad pengenalan hijau atau kad pengenalan pemastautin sementara.
Seperti kejadian Sabtu lepas, keadaan huru hara dan nampaknya tiada sebarang usaha yang dilakukan JPN Tawau untuk menenangkan keadaan. Seolah-olah berpeluk tubuh dan buta akan keadaan mereka langsung tidak mengendahkan orang ramai yang beratur panjang demi mengambil nombor giliran di kaunter yang tersedia.
Adakah tiada lagi cara untuk menyelesaikan atau sekurang kurangnya memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak jabatan? Perlukah rakyat dibiarkan berdiri dan beratur panjang dan dijemur di bawah panahan terik matahari? Adakah kerana mereka “penduduk sementara”
Adakah ini layanan yang mereka layak terima hanya kerana bukan warganegara Malaysia?
Ingatlah mereka juga manusia yang Allah anugerahkan hati dan perasaan… janganlah wujud layanan “double standard” kerana Allah tidak pandang warganegara seseorang melainkan semua manusia itu sebagai hambanya. Dan nilai seseorang itu ditentukan samada dia seorang yang beriman atau tidak.
Ekoran situasi yang tidak terkawal, penulis dapati cermin di kaunter mengambil nombor giliran pecah dan beberapa gadis pengsan di tengah tengah kesibukan orang berebut di hadapan kaunter tersebut.
Berdasarkan apa yang penulis lihat, memang tiada peluang kepada orang tua, orang cacat, uzur dan kaum perempuan yang lemah untuk berurusan kerana ianya didominasi oleh kaum lelaki yang jauh lebih lasak ketika berebut di kaunter mengambil nombor hari ini.
InsyaAllah Pemuda Tawau akan cuba dapatkan pandangan, keluh kesah orang ramai dalam menghadapi situasi ini.
Untuk lebih jelas, lihat video di bawah :
Akhir kalam, diharap JPN sedar dan dapat mencari jalan terbaik untuk memudahkan urusan permohonan kad pengenalan hijau di Tawau.





















la…..jan la suruh jpn sedar!!!!org yg aply ic tu patut sedar….
dorang pun ada prosedur…..sapa la yg buat artekel bodoh ni!
membantu rakyat yang bukan berstatus bumiputra,sptutnya bagi la sokongan pada yang bumiputra….dorang tu mnyemak jak sini…..
yang dorang semngat btul mau aply hijau knp?dorang tu PATUT SEDAR LAYAK atau TIDAK LAYAK!!!
yang dorang bodoh mau aply napa???ksian org warganegara…………tidak dapat berurusan…
kmu ni salah tafsir…..mcmla suma boleh hijau!!
adui klu smua hijau,mana mau letak org bumiputra…ksian lagi yg org warga…
pemuda tawau ni syok sendiri ba…..kesian…
Pihak JPN tidak belajar daripada peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini. Keadaan seperti ini pernah berlaku pada tahun 2004 dahulu. Waktu itu, mykad mula diperkenalkan bukan sahaja kepada warganegara tetapi juga pemegang ic hijau. Masalahnya pihak JPN tidak belajar daripada peristiwa lalu dan kini ianya berulang lagi.
Kalau nak dikatakan kecoh dan tidak teratur? Siapakah puncanya? Semua yang datang beratur lebih awal dan keadaan ketika itu sangat teratur dan tiada kekecohan. Masalah timbul apabila pihak JPN membuka pintu pejabat dan tiada tindakan yang dibuat untuk mengatasi jumlah orang yang ramai ketika itu. Hanya sekerat sahaja yang cuba mengatur orang-orang ini dan selebihnya bersembunyi dalam pejabat.
Masalah juga berpunca daripada khabar angin yang mengatakan urusan ini hanya berjalan selama 3 hari sahaja. Khabar angin inilah yang menyebabkan orang ramai berpusu-pusu datang dan ada yang datang seawal pagi. Lebih malang lagi bagi mereka yang datang jauh seperti Kalabakan tetapi tidak dapat berurusan.
Apapun, kita jangan asyik dengan mencari siapa pembawa masalah tetapi sebaiknya carilah jalan penyelesaiannya. InsyaAllah akan dipermudahkan urusan.