Produk ebook merupakan produk yang paling banyak dijual di internet sama ada oleh peniaga tempatan mahupun antarabangsa. Ini kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat pada produk ebook itu sendiri. Berikut disenaraikan beberapa kelebihan yang terdapat pada produk ebook :
1. Mudah dihasilkan.
Menghasilkan produk e-book amatlah mudah. Siapa pun boleh menghasilkan e-book dengan langkah yang senang. Anda tidak memerlukan kepakaran IT yang mendalam untuk melakukannya. Dengan pengetahuan yang sedikit mengenai komputer dan Internet, anda sudah boleh menghasilkan e-book.
Anda hanya perlu menulis sesuatu perkara atau info atau maklumat dengan pelbagai tajuk yang sesuai dalam Microsoft Word, kemudian menukarkannya dalam bentuk .pdf. Selain itu terdapat banyak perisian percuma di Internet yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan e-book. Format e-book yang paling popular di pasaran ialah .pdf dan .exe.
2. Tidak memerlukan penerbit
Biasanya jika anda seorang penulis buku atau sebagainya, anda memerlukan penerbit untuk memasarkannya. Tetapi dengan e-book, anda tidak memerlukan itu semua. Boleh dikatakan andalah sebagai penulis dan anda juga sebagai penerbit. Anda bebas menghasilkan dan memasarkan produk e-book anda ke mana sahaja di Internet.
Anda boleh menulis apa sahaja yang di rasakan sesuai dan boleh dijual di pasaran Internet. Harga pula anda boleh letakkan berapa yang anda mahu dan sesuai dengan produk yang dihasilkan. Yang penting anda tahu bagaimana untuk melakukannya dan menghasilkan sesuatu produk e-book yang berkualiti.
3. Tidak memerlukan modal besar
Menghasilkan e-book tidak memerlukan modal yang besar berbanding produk online yang lain atau buku tradisional yang biasa. Jika anda mempunyai komputer, anda cuma mengorbankan sedikit masa untuk mencari maklumat dan menghasilkan e-book.
Selain itu anda juga memerlukan sedikit kos untuk memasarkan produk e-book anda di Internet. Boleh dikatakan berbaloi bagi anda jika menghasilkan produk e-book dan memasarkannya di Internet sebagai permulaan perniagaan.
4. Keuntungan yang besar
Menghasilkan produk e-book yang baik dan berkualiti akan menjana pendapatan yang lumayan dan menguntungkan. Pasaran melalui Internet yang luas menjadikannya lebih mudah untuk memperolehi keuntungan. Apa yang diperlukan hanyalah menulis sesuatu topik atau info berguna dalam bentuk e-book, tetapkan harga dan pasarkannya secara online.
Pendapatan atau keuntungan hasil daripada penjualan e-book boleh mencecah berlipat kali ganda. Kelebihan ini anda perolehi sendiri tanpa perlu menyewa kedai atau mengupah pekerja.
5. Penghantaran dan penerimaan lebih cepat
Memandangkan e-book adalah dalam bentuk digital, maka ia boleh diterima serta merta oleh pembeli. Setelah pembayaran dibuat, pembeli boleh memuat turun atau ‘download” produk e-book tersebut dan menyimpannya di komputer sendiri atau menyalin ke dalam CDR.
Melalui cara lain juga, bila pelanggan telah membayar produk yang mereka ingini, kita boleh menghantarnya dengan segera melalui email.
Dengan cara ini pelanggan akan lebih senang dan gembira kerana menerima produk mereka dengan serta merta dan cepat.
6. Info yang berguna kepada ramai
Hasilkan produk yang berinformasi dan diperlukan oleh orang ramai. Ini kerana Internet adalah tempat orang ramai mencari informasi. Apa yang mereka cari anda boleh zahirkannya dalam bentuk e-book. Carilah topik dan idea yang bernas dan berkualiti untuk menghasilkan sesuatu produk.
Pengunjung sebenarnya ingin mendapatkan maklumat yang penting terutamanya perkara yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu mereka sanggup membeli dengan harga tertentu asalkan mesalah mereka dapat diselesaikan.
7. Mempunyai ciri-ciri keselamatan
E-book yang dihasilkan dalam format “.pdf” atau “.exe” mempunyai ciri-ciri keselamatan keran tidak mudah untuk di salin semula (copy & paste). Ia juga boleh dilindungi dengan kata laluan dengan menggunakan perisian tertentu.
Selain itu, format e-book juga mempunyai pilihan supaya ia boleh dilihat dan dibaca sahaja. Kelebihan inilah yang menjadikan e-book begitu popular untuk dipasarkan secara online.





















Leave a Reply