Kemelut Umno Tenom kini semakin panas

TENOM: Kemelut Umno Bahagian Tenom kini semakin panas dan para penyokong akar umbi parti di bahagian itu mendesak supaya pucuk pim-pinan parti bertindak segera menyelesaikannya.

Ketua Cawangan Kg. Pamuliyan, Mansinau Pangawai, 52, dalam satu kenyataan kepada akhbar ini kelmarin berkata, pucuk pimpinan parti perlu mengambil sikap bertanggungjawab bagi memastikan akar umbi yang tersepit, harus diberi pembelaan yang sewajarnya.

Katanya, tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk menangani masalah dalaman parti ini.

Kenyataannya turut disokong oleh Ketua Umno Cawangan Kg. Manining Ulu, Soromon Tanduan menegaskan, persidangan Umno Bahagian Tenom perlu dipercepatkan bagi menghentikan spekulasi dan kempen berterusan kedua belah pihak.

“Kemelut Umno Bahagian Tenom menjadi bahan cerita kedai kopi, bukan setakat di daerah itu sendiri, malah ia menjadi bualan di seluruh negara,” kata-nya.

Spekulasi dicanangkan yang mengaitkan antara ‘Rizalman dan Rubin’, berentap bagi kedua kali bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Tenom, yang sejak sekian lamannya dicop sebagai ‘Bahagian Paling Panas’ di Sabah.

Umno Bahagian Tenom merupakan satu-satunya bahagian yang masih belum bersidang, ekoran daripada isu ‘43 cawangan’ yang disifatkan oleh ketua bahagian parti itu, Datuk Rizalman Ab-dullah sebagai tidak sah.

Kesemua 43 cawangan itu telah mencalonkan Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang sebagai calon ‘Ketua Bahagian’ untuk mencabar Rizalman.

Rizalman pula berkata, pencalonan Rubin yang dilakukan oleh cawangan-cawangan itu tidak mengikut peraturan mesyuarat dan pencalonan.

Mansinau berkata, Umno Sabah telah melakukan penyiasatan kedua belah pihak berhubung dengan dakwaan yang diterbitkan, dan jawapan mengenai ke-melut tersebut telahpun diperolehi.

“Akar umbi bersedia agar penyelerasan semula dilakukan bagi kesemua cawangan tersebut, jika ia satu keperluan,” katanya dan menegaskan, jawa-tankuasa berkecuali harus dilantik untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Beliau berkata, adalah satu kerugian jika status Umno Bahagian Tenom sekadar pemerhati pada pemilihan parti itu di Kuala Lumpur pada Mac 2009.

“Sebagai akar umbi, kami juga mahu menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada parti,” katanya dan menekankan, tarikh persidangan bahagian itu perlu ditetapkan dengan segera.

Mansinau berkata, Rizalman dan Rubin perlu bersemuka untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu dengan kadar segera. “Ia hanya berkaitan teknikal yang boleh diselesaikan di atas meja bulat,” tambahnya. –NST

Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, November 18th, 2008 dalam kategori berita utama, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

One Response to “Kemelut Umno Tenom kini semakin panas”

  1. prihatin on November 20th, 2008 at 10:05 pm

    memang politik d sana huru-hara. biarkan saja do rang tu

Leave a Reply

BERITA SEMASA

LAIN-LAIN

GALERI

Kota Kinabalu Plaza dsc06503 dsc063732 dsc063862 dsc064551 dsc064272

SPONSOR


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# Sabahdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Suara Keadilan
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# Sabahkita.net
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Anda digalakkan untuk mengirim dan berkongsi sebarang berita, informasi,

artikel dan apa sahaja perkara yang berkaitan kepada kami melalui email.

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites