Kempen Basikal “Rakyat Pengayuh Perubahan” akan berlangsung dari 3 Disember 2008 – 18 Disember 2008.
Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan adalah satu inisiatif oleh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) iaitu satu jaringan yang terdiri daripada gabungan pekerja kilang, masyarakat ladang, petani, peneroka bandar dan anak muda dan pelajar.
Kempen ini akan dijalankan dengan berbasikal ke seluruh negara melalui pekan-pekan dan bandar-bandar utama dengan membawa mesej kesedaran tentang isu-isu semasa yang memberi tekanan kepada kehidupan rakyat.
Antaranya adalah isu kenaikan harga barangan, penggunaan akta seperti ISA ke atas rakyat, isu global seperti alam sekitar dan krisis makanan yang dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia.
Kempen Berbasikal Nasional ini adalah satu cara untuk fokuskan pandangan rakyat terhadap masalah sebenar yang dihadapi dan bagaimana ianya boleh diatasi.
Maklumat lanjut di laman web JERIT http://www.jerit.org





















Leave a Reply