Seperti yang telah di janjikan, pada 9 November 2008 bersamaan dengan hari Ahad di dewan Sa’adah wisma MUIS Kota Kinabalu, konvokesyen PASTI untuk sesi 2008 terlaksana dengan di rasmikan oleh Ustaz Arifin Deraman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Majlis berjalan dengan lancar dari mula hingga akhirnya. Di meriakan lagi dengan kenakalan budak-budak yang agak ramai.
Juga kehadiran ibu bapa untuk mengawal karenah anak-anak mereka. Majlis juga di hiburkan dengan pertunjukan nanyian dan sesi bercerita budak-budak PASTI. Di bahagian luar pula terdapat gerai-gerai jualan daripada Aslam niaga dan lainnya. Juga di promosikan keahlian PAS siap dengan borangnya sekali.
Pertunjukan kanak-kanak riang.
Suasana di luar dewan.
Tengok budak-budak!!!
Ramainyeee..
Moga Islam Akan Terus Berkembang di bumi Sabah ini. Takbir!!!





















Bagi ummat Islam yang inginkan pendidikan pra sekolah utk anak mereka, daftarla dengan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), sila lihat rakaman2 menarik aktiviti PASTI di http://www.youtube.com/user/pastikotakinabalu
Salam…anak saya pernah belajar di salah sebuah PASTI di kota kinabalu sesi 2004-2005….pembelajarannya ketika itu agak menyedihkan dan ringkas…tenaga pengajar terdiri drpd tenaga pengajar yg muda-muda belaka dan saya agak kurang berpengalaman…
semoga ianya telah diperbaiki….bekerjalah sebaik-baiknya untuk Islam….