Mahluk ghaib dan kemungkinan berleluasanya rasuah politik dalam pemilihan UMNO

Saya tidak mempersoalkan prinsip kebebasan memilih di dalam UMNO. Tetapi, kebelakangan ini terdapat kata-kata tentang wujudnya makhluk ghaib yang kononnya telah mengarahkan segelintir bahagian tertentu mencalonkan Datuk Seri Ali Rustam atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Kononnya, makhluk ghaib itu mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dinafikan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Kononnya, ini kerana Muhyiddin disifatkan oleh makhluk ghaib itu sebagai pemimpin yang terlalu sangat memperjuangkan suara warga UMNO akar umbi sehingga menyebabkan proses peralihan kuasa dipercepatkan dari Jun 2009 kepada Mac 2009.

Soalnya, betulkah begitu dan siapakah makhluk ghaib berkenaan? Soalnya juga, benarkah sejumlah besar wang ringgit jadi motivasi yang digandingkan dengan arahan makhluk ghaib itu supaya sesetengah bahagian tertentu memberikan pencalonan kepada Ali atau Muhammad?

Kini akan terjadi pertandingan tiga penjuru antara Muhyiddin-Ali-Muhammad bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Kepada segelintir perwakilan yang tidak berprinsip, situasi ini amat menguntungkan. Ini akan membolehkan mereka mengugut calon-calon terbabit untuk terlibat dalam rasuah politik. Mungkin juga sesetengah calon tertentu akan melakukan rasuah politik secara sukarela demi keghairahan mendapatkan undi dan kemenangan.

Semoga Badan Pencegah Rasuah dan badan-badan perisikan yang lainnya akan memantau kemungkinan ini secara ikhlas dan jujur di semua peringkat, termasuk bagi pertandingan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. – Ruhanie Ahmad

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, November 11th, 2008 dalam kategori artikel umum. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites