Mangsa NGV buatan sendiri

Seorang peniaga terbunuh sementara abangnya dan seorang pembantu mereka cedera setelah tangki gas pada van mereka meletup semasa mereka mengisi gas di sebuah stesen minyak di Batu Berendam di sini malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Hailmi Ishak, 25, dari Duyong, berada di luar van bagi mengisi NGV ke dalam tong gas memasak yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk hadapan van tersebut.

Letupan yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu turut menyebabkan abang dan rakannya Mohd. Rosli Ishak, 30, dan Razali Md. Zin, 31, yang berada di tempat duduk hadapan van cedera.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jalan Kubu, Komander Mokhtar Osman berkata, letupan itu telah menyebabkan kaki kiri Muhammad Hailmi hancur dan perutnya terburai.

Mangsa meninggal dunia kira-kira lima jam kemudian selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Melaka (HM), manakala Mohd. Rosli dan Razali juga dirawat di hospital sama.

“Letupan turut menyebabkan pintu kiri van terbabit tercabut selain bahagian hadapan kiri van musnah dan tong gas memasak yang pecah tercampak keluar dari van tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mokhtar menambah, siasatan awal juga mendapati letupan berlaku kerana menggunakan tong gas memasak selain tidak mematikan enjin kenderaan ketika mengisi gas itu.

“Tong gas tersebut dipercayai meletup akibat haba daripada enjin kenderaan yang tidak dimatikan.

“Selain itu, sistem NGV yang dipercayai diubah suai sendiri oleh pemilik van berkenaan hanya ditutup menggunakan kanvas,” katanya.

Tambahnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.11 malam dan mengejarkan tujuh anggota ke tempat kejadian yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa.

“Kes ini diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut kerana ia membabitkan kejadian letupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut meluangkan masa menziarahi kedua-dua mangsa berharap, kejadian tersebut akan menjadi contoh kepada pengguna kenderaan lain.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Saya harap, pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian ini termasuk mengenakan tindakan tegas sekiranya wujud bengkel yang menawarkan perkhidmatan mengubahsuai tong gas memasak menjadi tong NGV,” katanya.

Sumber : Utusan

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Sunday, November 9th, 2008 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites