Penduduk terkepung oleh banjir sejak lima hari

TENOM: Seramai 280 orang penduduk di Kg. Pontungon Tenom, melibatkan seramai 80 pelajar terkepung, selepas laluan utama ke kampung itu ditenggelami air sedalam 2 meter sejak lima hari yang lalu.

Pengerusi JKKK kampung itu, Haji Arkanie Ukad, 65, memberitahu banjir menenggelami kampung itu secara berperingkat sejak malam Rabu dan memutuskan sepenuhnya laluan ke kampung itu lewat subuh pada Ahad.

Beliau mendakwa, perhubungan di antara kampung itu dengan pekan kecil Sapong terputus sama sekali.

“Kami tidak ada bekalan makanan, ubat dan air bersih,” jelasnya, dan memberitahu penduduk mungkin terdedah dengan pelbagai penyakit berjangkit.

Flood1-10

Kg. Pontungon terletak kira-kira 9 km dari Pekan Tenom dan didiami oleh kira-kira 58 buah keluarga yang kebanyakannya petani.

Kampung itu wujud sejak awal tahun 1950an dan terletak di lokasi tanjung yang amat berisiko banjir.

Menurut Arkanie, kampung itu semakin mengecil disebabkan hakisan Sungai Padas dan telah menghanyutkan sekurang-kurangnya lima buah rumah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Cuaca yang tidak menentu sejak seminggu ini mengakibatkan limpahan banjir Sungai Padas dan Pegalan, menenggelami hampir keseluruhan perkampungan itu.

Arkanie berkata, kampung itu tidak selamat lagi untuk didiami dan merayu kepada kerajaan, supaya memindahkan mereka di kawasan yang lebih selamat.

Katanya, sebelum ini pengurusan kampung telah beberapa kali memohon kepada wakil rakyat di situ, agar melakukan sesuatu untuk menyelamatkan penduduk, namun katanya sehingga kini belum ada sebarang reaksi positif daripada Adun tersebut.

“Kami benar-benar kecewa,” tambahnya.

Sementara itu, pihak berkuasa Pejabat Daerah Tenom merekodkan empat kampung yang terjejas teruk dengan banjir, melibatkan seramai 128 orang penduduk.

Seramai 43 orang berjaya dipindahkan sehingga lewat pada Ahad, sementara gerakan membantu mangsa-mangsa yang terkepung masih diteruskan.

Kampung-kampung yang terjejas teruk ialah Pantongan, Lalandang, Batu-Batu, Sapong, Saga Laut, Bunut Ferry dan Labut. — NewSabahSabah

Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, November 11th, 2008 dalam kategori berita utama, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply

BERITA SEMASA

LAIN-LAIN

GALERI

Kota Kinabalu Plaza dsc06503 dsc063732 dsc063862 dsc064551 dsc064272

SPONSOR


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# Sabahdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Suara Keadilan
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# Sabahkita.net
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Anda digalakkan untuk mengirim dan berkongsi sebarang berita, informasi,

artikel dan apa sahaja perkara yang berkaitan kepada kami melalui email.

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites