Permohonan permit konsert Inul tidak diluluskan

Permohonan permit konsert Inul yang tidak diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan suatu tindakan tepat.

Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kelmarin.

“Ia suatu yang mungkar dan sebagai seorang Islam ia wajib dihalang.” tegas Herman.

Mengulas kenyataan Pengarah IMS yang menganjurkan konsert Inul, Nasir Abu Bakar semalam dalam The Star, Herman berkata menyifatkan ia bukan perkara kecil.

“Ia boleh mengundang kerosakan moral dan akhlak masyarakat. Kesan pada masyarakat dan negara dan perlu difikirkan bersama, jangan pandai cari untung sahaja.

Sebelum ini Ketua Pemuda Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad memuji dan berterima kasih kepada tindakan DBKL yang menolak permohonan permit konsert Inul.

Beliau juga berharap agar badan-badan seperti DBKL dan Puspal memastikan artis-artis luar nagara yang di bawa masuk ke Malaysia mempunyai penampilan yang sopan dan baik.

Pemuda PAS Wilayah dalam kenyataan tersebut akan cuba mengatur perjumpaan dengan pihak-pihak yang terbabit bagi membincangkan masalah ini. Ini sesuai dengan prinsip Islam yang dibawa.

Pendirian Majelis Ulama’ Indonesia (MUI) yang mengatakan bahawa ‘gelek gerudi’ Inul cenderung kepada aksi-aksi yang mengghairahkan serta penampilannya bertentangan dengan keputusan fatwa mengenai pornografi pada Julai 2002.

Pihak berkuasa Yogyakarta pula telah mengharamkan persembahannya kerana dikhuatiri akan menjatuhkan moral masyarakat yang berpendidikan dan bertamadun.

Mengenai masalah sosial di Lorong Haji taib yang dibangkitkan oleh Pengarah IMS itu, Herman menjawab, Dewan Pemuda PAS dalam usaha untuk menyelesaikan masalah itu.

“Pelbagai program telah kami jalankan. Malah kami telah berjaya masuk ke dalam rumah, berjumpa dan berbincang sendiri dengan penghuni-penghuni kawasan itu,”ujar beliau. — Harakah

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Sunday, November 30th, 2008 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites