Anda ingin berniaga secara online dan menghasilkan pendapatan. Tetapi anda tidak mempunyai pengalaman. Sebenarnya banyak kaedah yang boleh anda lakukan untuk memulakan perniagaan online anda.
Persoalan produk apa yang perlu anda jual mungkin terjawab dengan menyertai “affiliate marketing” seperti yang telah diterangkan di tajuk sebelum ini. Walaupun penyertaan affiliate program ini mudah, percuma dan mempunyai banyak kelebihan, masih timbul masalah dan keraguan di kalangan orang ramai mengenai persoalan :
“Bagaimana saya boleh mempromosikan produk tersebut sedangkan saya tidak mempunyai laman web?”
Sebenarnya banyak kaedah dan strategi promosi yang boleh anda lakukan walaupun anda tidak mempunyai laman web. Antara strategi promosi dan pemasaran yang di maksudkan itu ialah email marketing, ezine, menyertai perbincangan online seperti IM, menyertai forum dan sebagainya. Namun demikian email marketing merupakan strategi paling porpular dalam mempromosikan produk affiliate dan produk anda sendiri.
INFO : Anda juga boleh menggunakan blog PERCUMA untuk mempromosikan produk tersebut seperti blogger.com. Untuk panduan membina blog PERCUMA anda boleh dapatkan ebook “Bina Blog Dengan Blogger.com” secara percuma di Rahsiakomputer.com
Email Marketing
Email merupakan strategi paling popular dan berkesan untuk tujuan promosi produk atau perkhidmatan di Internet. Email marketing adalah pemasaran menggunakan perkhidmatan email. Melalui email marketing, anda perlu membina “opt-in list” anda dengan mengumpulkan email dan maklumat prospek anda yang berminat mengetahui produk atau perkhidmatan yang anda pasarkan.
Dengan mengunakan strategi email marketing, anda perlu menghantar email promosi kepada prospek anda dengan menyertakan artikel dan kelebihan produk yang anda jual.
Selain itu cuba tawarkan maklumat berguna atau ezine percuma kepada semua senarai prospek anda. Dalam email marketing atau ezine percuma tadi, anda perlu selitkan affiliate link anda sekali.
Sebagai contoh, jika anda mempromosikan produk berkaitan komputer, sediakan artikel berkaitan hardware, software, masalah-masalah komputer yang biasa terjadi dan baik pulih komputer. Jadikan artikel anda itu menarik, bermaklumat dan berikan secara percuma.
Bersama artikel yang anda tulis itu tadi selitkan affiliate link anda sekali. Dengan cara ini, prospek anda akan merasa anda memberikan mereka maklumat berguna dan mungkin dapat menyelesaikan masalah mereka. Ini akan meningkatkan keyakinan mereka untuk membeli produk yang anda tawarkan.
Bagaimana membina “opt-in list”?
Untuk membina “opt-in list” anda ialah dengan menggunakan perkhidmatan pihak ke tiga. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan “opt-in list” ini. Antara penyedia tersebut ialah www.yourluckylist.com.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar di laman web tersebut. Selepas itu anda akan mendapat URL khas dan anda di kehendaki mempromosikan URL tersebut. Anda perlu mendapatkan seberapa banyak pengguna Internet untuk mendaftar menggunakan URL itu.
Sesiapa yang mendaftar mengunakan link URL itu akan menjadi downline anda. Downline anda akan memperkenalkan perkhidmatan ini kepada pengguna lain. Dengan cara ini akan meningkatkan lagi “opt-in list” anda. Peningkatan “opt-in list” anda bermaksud meningkatnya prospek kepada produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.
Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bolehlah menghantar masej atau ezine atau artikel yang berfaedah kepada semua senarai prospek di bawah anda.
Mudah bukan! tanpa anda memerlukan laman web untuk tujuan promosi.
Satu cara lagi yang boleh anda lakukan ialah menggunakan perkhidmatan “autoresponder” dan “landing page”. Namun demikian, anda memerlukan sedikit modal untuk mendapatkan “domain name” dan “ web hosting” bagi menempatkan perkhidmatan ini.
Terdapat banyak penyedia perkhidmatan “autoresponder” seperti www.aweber.com dan www.getresponse.com. Untuk perkhidmatan “autoresponder” percuma pula atau free service autoresponder adalah seperti http://www.freesend.com.
Landing page pula mempunyai borang dan sedikit penerangan diperlukan untuk mendapatkan email dan nama pengunjung yang berminat mengenai maklumat yang anda ingin sampaikan. Aweber.com dan getresponse.com mempunyai perkhidmatan untuk membina landing page.
Email dan maklumat pengunjung yang telah anda perolehi dari “landing page” tadi akan disimpan ke dalam “autoresponder” anda. Melalui perkhidmatan “autoresponder” dan “landing page” ini juga membolehkan anda membina dan menambahkan opt-in list anda. Sekarang bolehlah anda menghantar email dan maklumat penting kepada senarai prospek anda. Anda boleh menetapkan kekerapan penghantaran email tersebut sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali.
Kaedah pemasaran tanpa menggunakan laman web ini bukan sahaja untuk produk affiliate, bahkan apa sahaja produk atau perkhidmatan yang anda jual secara online. Yang penting anda tahu kaedah yang betul dalam memasarkan produk tersebut.





















Leave a Reply