IKLAN


Politik wang UMNO – 70% adalah benar

Di sebalik kecaman lantang pelbagai pihak terhadap amalan rasuah politik dalam UMNO serta peraturan dan tindakan tegas parti bagi membanteras gejala ini, perbuatan ini dikatakan terus berleluasa setiap kali parti itu melalui proses pemilihan pemimpinnya di pelbagai peringkat. Dalam keghairahan anggota parti untuk bertanding jawatan-jawatan dalam UMNO ini, kita mendengar dakwaan-dakwaan ada pihak menyogok untuk mendapat pencalonan, tidak kurangnya ada juga pihak meminta sogokan sebagai syarat untuk memberi pencalonan dan dakwaan tentang jual beli undi.

Ketika pihak luar memerhati dan mencebik sinis mengenai apa yang sedang berlaku ini, ada anggota parti yang pantas menuding jari kepada Lembaga Disiplin UMNO, yang didakwa lembap menjalankan tanggungjawab menghukum mereka yang bersalah. Adakah dakwaan mereka ini benar dan adil kepada lembaga itu?.

Ketika persoalan ini diajukan, Datuk Mohd. Hafarizam yang mewakili pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen , menjelaskan bahawa badan itu bukan sekadar menghukum tetapi bertanggungjawab memastikan hanya mereka yang bersalah dikenakan tindakan.

“Kami sedar banyak rungutan konon kami tidak menjalankan tugas, tak ada tindakan keras, tak ada siasatan, tetapi pada ketika kami mahu memenuhi kehendak ramai ini, kami ada tanggungjawab besar iaitu memastikan keadilan dicapai walaupun ia akan mengambil masa,” katanya.

Mohd. Hafarizam yang juga anggota lembaga disiplin itu serta penasihat undang-undang UMNO berkata, badan itu berpendapat adalah lebih baik orang yang bersalah terlepas daripada menghukum orang yang tidak bersalah.

“Menerusi penelitian saya, daripada sejumlah aduan yang kita terima, 30 peratus adalah berunsur fitnah atau `frame up’ iaitu orang yang kalah nak aniaya calon yang menang dan sebagainya,” kata beliau. Justeru itu katanya, lembaga mengambil masa untuk menyiasat dan bertindak terhadap setiap aduan salah laku yang diterima, bagi memastikan tidak yang teraniaya.

Ulasan

Jika hanya 30% sahaja yang fitnah, maknanya terbukti 70% daripada aduan tersebut adalah benar dan ada bukti belaka. Ini amat berbahaya untuk orang Melayu. parti UMNO sudah rosak dan punah. Politik wang atau hakikatnya adalah “Rasuah” kini menjadi barah dalam diri mereka. Jika ini berlaku, maknanya riwayat UMNO akan tamat bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tambahan barah yang melanda kian parah kini.

Daripada 30% yang diperkatakan itu juga ada kenyataan kononnya ada orang yang kalah aniaya calon yang menang. Jika ini diambilkira maknanya lebih dari 70% rasuah berlaku dalam UMNO. Orang yang kalah bukannya aniaya orang yang menang sebenarnya. Tetapi orang yang kalah tahu ada wujudnya rasuah selepas dibuat postmortem kekalahannya baru-baru ini. Bahkan mungkin juga ada perwakilan yang mengadu menerima sogokan dari orang yang menang!! Maka ini bukti, bukan aniaya.

Ia perlu disiasat oleh Lembaga Displin UMNO. Samalah dengan apa yang berlaku dalam setiap kali pilihanraya, orang yang kalah mempunyai bukti berlaku penyelewengan maka itu mereka membuat laporan. Bukan bererti mereka ingin aniaya calon yang menang. Pihak terbabit perlu faham perkara ini dalam membuat penyiasatan yang adil dan telus. — PahangDaily

Share |




Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, November 24th, 2008 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.