Pesara dipukau sampai papa

Sekumpulan tiga lelaki warga tempatan dipercayai menggunakan ilmu pukau untuk memperdayakan golongan pesara supaya mengeluarkan wang simpanan dari bank sebelum menyerahkan kepada mereka.

Berikutan itu, polis menasihatkan pesara supaya berhati-hati apabila didatangi orang tidak dikenali kononnya untuk membincangkan urusan tertentu terutama berkaitan tanah dan tawaran pekerjaan.

Setakat ini, dua kes dilaporkan kepada polis membabitkan pesara berusia 62 tahun dan 57 tahun yang menyerahkan wang simpanan RM47,000 kepada sekumpulan lelaki itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Superintendan Ab Rahim Abd Razak, berkata kejadian pertama berlaku di Kampung Durian Mentangau, Paka, 11 November lalu, apabila mangsa berusia 62 tahun itu didatangi tiga lelaki ketika berada di kebunnya.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan menawarkan pekerjaan kepada lelaki itu sambil memuji mangsa yang masih kelihatan gagah dan mampu bertugas sebagai pengawal keselamatan.

“Selepas beberapa minit berbincang, pesara itu terus mengikut tiga lelaki itu yang membawanya ke sebuah bank di Paka untuk mengeluarkan wang RM20,000.

“Selepas menyerahkan wang terbabit, mangsa dibawa ke sebuah bank lain untuk mengeluarkan RM2,000 lagi,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, selepas menyerahkan wang berkenaan, mangsa ditinggalkan seorang diri di tepi jalan.

Apabila pulang ke rumahnya dengan menaiki bas, dia baru tersedar ditipu lalu membuat laporan di Balai Polis Paka sehari selepas itu.

Pada 12 September lalu pula, kata Ab Rahim, seorang lelaki menyerahkan wang RM25,000 kepada tiga lelaki dipercayai individu sama dengan kes pertama.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berada di rumahnya di Kampung Pinang, Paka.

Ketiga-tiga suspek menyamar kononnya mahu menyewa tanah mangsa sebelum mereka bertemu lagi kira-kira jam 11 pagi esoknya untuk urusan dokumentasi dan urusan pembayaran.

Mangsa diajak ke bank untuk menerima bayaran sewa.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di bank, dia mengeluarkan wang RM25,000 dan diserahkan kepada suspek yang kemudian menghantarnya semula ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa menurunkan tandatangan pada sekeping dokumen dalam kereta suspek, tetapi dia tidak dapat mengingati dokumen berkenaan.

Abd Rahim berkata, mangsa hanya mengetahui wang simpanannya dikeluarkan dengan banyak empat hari selepas kejadian apabila meminta anaknya memeriksa akaunnya di bank.

“Selepas dimaklumkan duitnya ‘hilang’ mangsa membuat laporan jam 3.40 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun,” katanya.

Polis kini memburu ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan. — HarianMetro

Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, November 19th, 2008 dalam kategori berita utama. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply

BERITA SEMASA

LAIN-LAIN

GALERI

Kota Kinabalu Plaza dsc06503 dsc063732 dsc063862 dsc064551 dsc064272

SPONSOR


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# Sabahdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Suara Keadilan
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# Sabahkita.net
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Anda digalakkan untuk mengirim dan berkongsi sebarang berita, informasi,

artikel dan apa sahaja perkara yang berkaitan kepada kami melalui email.

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites