Rosnah minta pimpinan tertinggi Umno dedahkan amalan politik wang

PAPAR: Naib Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin meminta pucuk pimpinan tertinggi Umno supaya bertindak tegas dengan mendedahkan amalan politik wang demi kepentingan jangka panjang parti itu.

“Kita kena berani perkatakan hal ini dengan berbincang secara terbuka … ramai pihak cuba menutup atau lari daripada masalah ini dan saya fikir pendekatan ini tidak betul kerana kita perlu berhadapan dengannya.

“Saya mungkin tidak popular kerana memperkatakan perkara ini yang dianggap sebilangan kita sebagai cukup sensitif, tetapi sebagai pemimpin kita tidak perlu takut,” katanya kelmarin..

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sebelum ini bahawa lembaga itu telah menerima sekitar 900 aduan politik wang pada pemilihan parti kali ini.

Rosnah yang bertanding jawatan Ketua Puteri berkata semua pihak perlu memikirkan kesan jangka panjang gejala politik wang yang kini semakin menjadi budaya dalam parti.

“Jika kita pilih seseorang pemimpin kerana wang dan bukan kebolehan yang dimilikinya, ini akan merugikan kita. Pemimpin seperti ini mudah dijual beli oleh orang luar … inilah yang kita takut,” katanya. –NewSabahTimes

Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, November 10th, 2008 dalam kategori berita utama, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

One Response to “Rosnah minta pimpinan tertinggi Umno dedahkan amalan politik wang”

  1. IRAMAN HJ KARIM on November 10th, 2008 at 1:44 pm

    Inilah yang tunggu sebenarnya. Akan timbul semangat keberanian pemimpin spt Rosmah ini bagi menggerak ayunan keberanian. Malangnya ia sangat memalukan kerana ditimbulkan oleh seorang pemimpin wanita. Kebaculan lelaki Malaysia bukan sahaja dibidang pendidikkan, malah juga dalam politik. Kenapa takut untuk bertindak. Bukankah memerangi rasuah sesuatu perjuangan yang tersangat murni.
    Pada hemat saya bukan Rosnah seorang sahaja yang mengetahui bahawa rasuah itu merbahaya kepada UMNO. Pengayuh ditangan masing-masing pihak berkuasa dlm parti. Kayuhlah agar rasuah dapat dihentikan.
    Bulan Mac 2009 tidak lama lagi. Jika rasuah tidak dapat diatasi dri menjadi barah dalam UMNO, saya pasti PIRU ke 13 kita akan tersungkur seperti 5 negeri itu. Jika kita tersungkur, maka berlumba-lumbalah pemimpin kita berjumpa sultan. Masa tu apa faedahnya lagi.
    Mungkin kita tidak pernah berada dalam suasana realiti dijajah. Kerana itu kita tidak tahu rasanya kehilangan kuasa politik Tanah Air.

Leave a Reply

BERITA SEMASA

LAIN-LAIN

GALERI

Kota Kinabalu Plaza dsc06503 dsc063732 dsc063862 dsc064551 dsc064272

SPONSOR


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# Sabahdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Suara Keadilan
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# Sabahkita.net
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Anda digalakkan untuk mengirim dan berkongsi sebarang berita, informasi,

artikel dan apa sahaja perkara yang berkaitan kepada kami melalui email.

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites