Suasana cemas menyelubungi Majlis Gapena bersama Dr M

Pada Sabtu 22 November semalam, Dr Mahathir dijemput oleh GAPENA untuk membincangkan “Dilema Melayu”. Perbincangan ini adalah dalam siri Wacana Gapena Ke-5.

Saya agak terkilan kerana lambat mengetahui acara ini. Kehadhiran Dr Mahathir di Rumah Gapena pasti menarik. Sebagaimana yang diketahui ramai, Gapena memang menentang keputusan Dr Mahathir menukar pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Perkara itu turut dibincang.

Silap saya tidor terlalu lewat selepas masuk azan subuh. Apabila saya disedarkan oleh satu SMS dari seorang wartawan, kereta yang satu di rumah sudah diguna isteri untuk pelbagai urusannya.

Saya diberitahu seorang sahabat yang hadhir akan rasa cemas dalam nada suara dan pucat lesi rupa muka dikalangan masing-masing yang ke hadapan membincangkan mengenai politik Melayu yang dipimpin UMNO.

Akhbar berita hari ini terus memberi liputan kepada kempen serangan Dr Mahathir terhadap rasuah politik yang berleluasa dalam UMNO. Kenyataannya mengenai rasuah menyembut juga nama Najib.

Tentu ada yang memberi pelbagai pengertian kerana walaupun Mukhriz telah baiah kepada Najib, ayahnya tidak ada pujian langsung kepada Najib, melainkan teguran, kritikan dan nasihat. Satu masa dahulu Dr Mahathir pernah memanggilnya penakut.

Penulis menganggap Dr Mahathir sedang memberi tekanan terhadap Najib agar berani membuat keputusan, lakukan sesuatu yang sepatut, dan menunjukkan kepimpinan yang diharapkan rakyat dan negara.

Bercerita mengenai usaha Dr Mahathir memerangi rasuah, macam-macam interpretasi dan cerita lama yang bakal diungkit oleh pelbagai pihak menentangnya dahulu dan sekarang.

Benar atau tidak, terbukti atau andaian, dan panjang atau pendik ceritanya, yang penting sekarang adalah sesuatu drastik dan tegas perlu dilakukan semalam lagi. Dari cuba memberi analisa politik, dan merungkaikan pelbagai cerita sebalik cerita, penulis hanya mahu diutamakan mesej perjuangan menentang rasuah dalam parti ini.

Ianya perlu sampai kepada akarumbi. Mereka perlu menyokong parti untuk membanteras amalan rasuah. Pemimpin yang korup perlu disingkir. Tekanan perlu dibuat kepada kepimpinan parti untuk menyingkir pemimpin-pemimpin korup dari parti, tidak kira siapa mereka ini.

Para pejuang Melayu dalam rangkaian Gapena adalah salah satu rangkaian pendesak yang lama dan ramai. Walaupun tidak diberi perhatian oleh pihak yang berkuasa, mereka sangat diharapkan sekarang. Ada kata kepimpinan mereka sudah leka dengan curahan wang tajaan untuk berani bersuara.

Kebanyakkan penggiat politik dan ekonomi Melayu agak malas “melayan” penggiat sosio-budaya Melayu. Mereka dianggap tidak terbuka dan berpandangan jauh, malah dituduh sebagai jumud.

Itulah fitrahnya memperjuangkan sesuatu yang tidak tangible kerana penggiat ekonomi dan politik tidak memahami hasil dan tujuan dari memperjuangkan bahasa dan budaya Melayu.

Namun begitu, sepanjang beberapa tahun mutakhir, penulis dapat berpeluang untuk bergaul dan memahami pemikiran mereka. Sebenarnya, isi kandung dan rasional hujah perjuangan mereka itu jauh dari jumud atau berpandangan cetek. Lebih rapat penulis mengenali mereka ini, lebih faham penulis akan misi perjuangan mereka.

Penulis mengangap mereka benar-benar menghayati pembangunan negara-bangsa berasaskan Melayu yang tulin. Kalau kita hayati sejarah, diantara mereka ini adalah pendokong Malaysia Nationalist Party yang diharamkan British yang mengimpikan satu gagasan hebat untuk membina satu negara Melayu Raya.

Semalam, intelek-intelek Melayu ini memahami sungguh akan impak keadaan semasa dalam UMNO. Mereka kelihatan jelas gelisah dengan keadaan kepimpinan Melayu sekarang.

Pada kebanyakkan mereka, parti politik lain tidak sesuai dengan misi perjuangan mereka, walaupun UMNO sekarang dianggap sudah lari dari perjuangan asal.

Sudah ada ura-ura didengar antara mereka akan menyahut saranan Dr Mahathir untuk menggembelingkan pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk memberikan tekanan terhadap UMNO untuk menyingkir pemimpin-pemimpin UMNO yang korup.

Adakah kepimpinan Gapena mempunyai political will untuk lakukan sesuatu yang tegas dan berani? Atau mereka akan masih lagi mudah ditolak dan beransur? Kalau usaha di Johor Baru selepas pilihanraya itu petunjuk, semangat mereka mungkin sudah kembali. Harapnya adalah darah dan tenaga muda bersama.

anotherbrickinwall.blogspot.com

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, November 24th, 2008 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites