Oleh : admin | 25 November, 2008 | Posted in : pendidikan
Berikut pula beberapa tips yang boleh dilakukan semasa menghadapi hari peperiksaan :
- Bangun awal untuk solat subuh dan panjatkan doa / munajat pagi.
- Mandi dan hemat diri supaya badan menjadi segar.
- Bersarapan pagi. Elakkan diri daripada tidak bersarapan pagi.
- Sebelum melangkah dari rumah, mohon restu daripada ibu bapa dan minta doakan untuk anda.
- Datang ke sekolah lebih awal 30 minit sebelum peperiksaan bermula. Jangan datang ke bilik peperiksaan dengan tergopoh-gopoh atau terburu-buru. ( situasi itu tidak akan menstabilkan emosi anda )
- Jangan terpengaruh dengan isu soalan bocor atau perkara-perkara yang berkaitan . Situasi ini akan jadikan anda tidak tenang
- Kenal pasti bilik dan tempat duduk anda.
- Sebelum menjawab, ikut arahan ketua pengawas.
- Berdoa.
- Mula menjawab dengan Bismillah dan yakin anda akan memberikan jawapan yangterbaik.
Selepas Peperiksaan
- Selepas peperiksaan tamat, bagi setiap kertas anda tidak perlu membuat sebarang komen atau perbincangan ( lebih utama fakirkan mata pelajaran berikutnya )
- Yakinkan diri, anda telah membuat satu jawapan yang terbaik.
- Berdoa kepada Allah supaya natijah peperiksaan nanti akan membuahkan kejayaan dalam hidup anda ( sangka baik terhadap Allah )
Semoga berjaya

























