Melaka Cadang Bina Jambatan Malaysia-Indonesia

Kerajaan akan mengambil kira segala aspek termasuk kesesuaian dan faktor ekonomi terhadap cadangan kerajaan Melaka untuk membina jambatan yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan satu hari kelak akan wujud sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, pada masa kini pembinaan jambatan itu akan kita kaji dulu mengambil kira dan penilaian semua sudut,” katanya pada majlis perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kesembilan di sini Selasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian ketika menjawab permintaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang terdahulu mahu jambatan itu dibina berasaskan aspek ekonomi dan hubungan kedua-dua negara yang sekian lama terjalin.

Menurut Mohd Ali, jambatan yang akan dibina itu sepanjang kira-kira 52 kilometer, dianggarkan menelan kos sebanyak US$11 bilion.

“Saya mencadangkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji permintaan pembinaan jambatan ini yang boleh dibiayai menerusi pembiayaan inisiatif sektor swasta,” katanya ketika berucap.

Cadangan membina jambatan Malaysia dan Indonesia pernah dikemukakan oleh beberapa pihak sejak pertengahan 90-an lagi sebelum terbantut kerana berlaku kegawatan ekonomi pada 1997.

-BERNAMA

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, December 24th, 2008 dalam kategori berita, melaka. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites