SPR : kaedah penamaan calon perlu dipindah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat sudah tiba masanya kaedah proses penamaan calon wajar dikaji semula agar ia bersesuaian dengan peredaran masa dan bagi mengelakkan suasana tegang ketika urusan penamaan calon.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya merasakan beberapa aspek urusan proses penamaan calon diteliti semula bagi mengelakkaan kerumitan dan ketegangan ketika proses penamaan calon.

“Kaedah penamaan calon perlu diteliti untuk melancarkan proses penamaan calon supaya tidak jadi tegang, merumitkan pihak penguat kuasa dan pelaksana pilihan raya seperti SPR dan polis… ini memerlukan sokongan semua pihak, duduk berbincang mencari kaedah yang sesuai,” kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.

Dengan merujuk kepada perkembangan pilihan raya kecil di Ijok, Selangor awal 2007 dan Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu, Wan Ahmad memberitahu, pihaknya merasakan beberapa aspek dalam urusan penamaan calon boleh ditimbangkan untuk diperbaiki demi kebaikan semua.

Bagaimanapun beliau menegaskan, ia memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk parti-parti politik.

“Kita boleh mengesyorkan kepada kerajaan tetapi parti-parti politik juga perlu duduk berbincang dan bersepakat dalam soal ini,” katanya.

Bagaimanapun urusan penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Lebih 25,000 penyokong kedua-dua parti utama yang bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat membanjiri kawasan luar Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud Selasa lalu.

Ia merupakan perhimpunan terbesar berbanding di Permatang Pauh Ogos lalu.

Proses penamaan calon di Ijok dan Permatang Pauh masing-masing menyaksikan insiden yang mencemari urusan penamaan calon dengan kejadian baling-membaling botol dan kayu serta jurugambar diserang.

Malah urusan penamaan calon di kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan menyaksikan penggunaan kata-kata kasar yang mencetuskan ketegangan di kalangan penyokong.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Shukri Dahlan menyifatkan proses penamaan calon di Kuala Terengganu Selasa lalu sebagai paling lancar sejak dua tahun yang lalu.

Ia antara lain disumbangkan oleh penempatan kira-kira 6,000 orang anggpta polis di Kuala Terengganu.

Ketika diminta mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pihaknya merasakan boleh menggunakan beberapa kaedah baru seperti memanjangkan tempoh penamaan calon tanpa hanya dihadkan kepada satu hari sahaja sebagaimana sekarang.

Selain itu, kata beliau, kaedah mengemukakan borang penamaan calon boleh dikemukakan atas talian atau secara online.

“Kaedah ini diamalkan di negara-negara maju yang lain. Kita boleh mengkaji untuk menggunakannya di sini,” kata beliau sambil menambah, “parti-parti politik boleh mengelakkan himpunan penyokong yang terlalu ramai ketika hari penamaan calon.”

-Mstar

Maklumat ini telah diterbitkan pada Thursday, January 8th, 2009 dalam kategori berita utama. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply

BERITA SEMASA

LAIN-LAIN

GALERI

Kota Kinabalu Plaza dsc06503 dsc063732 dsc063862 dsc064551 dsc064272

SPONSOR


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Suara Keadilan
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# Sabahkita.net
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Anda digalakkan untuk mengirim dan berkongsi sebarang berita, informasi,

artikel dan apa sahaja perkara yang berkaitan kepada kami melalui email.

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites