SPRM juga menyiksa orang disiasat

“Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali”.

Kawan saya, Amin menerima email yang mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendera, memaksa dan mengugut Halimi Bin Kamaruzzaman supaya mengakui Datuk Norza Zakaria terbabit dengan politik wang. Lihat postingnya yang bertajuk “SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?

Antara penyiksaan pegawai-pegawai SPRM ke atas Halimi ialah:

1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan

Ketika kes Kugan Ananthan masih lagi belum selesai, timbul lagi cerita penyiksaan pegawai penguatkuasa ke atas orang yang disiasat. Apa ni? Aku tau la Halimi dan Norza tu orang Umno. Aku ni penyokong PAS. Peduli apa aku. Kalau babi pun hampa dera tak tentu hala, aku lawan. Jangan la buat perangai lebih hina dari taik babi.

Perangai kurang ajaq tak habis-habis. Bila kita lawan, ikut sedap mulut ja Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar kata dia tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.

“Tidak timbul isu menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero. Isunya ialah kita membantah tindakan menyiksa dan membunuh orang yang disyaki. Saya ulangi, orang yang disyaki,” kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Anggota-anggota polis yang didapati bersalah kerana mengakibatkan terbunuhnya orang kena tahan (OKT) adalah antara rakan sepenjara Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Mahfuz ketika mereka dipenjarakan bersama-sama Haji Jalaluddin Abdul Manaf (Haji Amjal) di penjara Kajang pada tahun 2000 setelah didapati bersalah bersalah menyertai demonstrasi pada 4 April 1997membantah kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini.

Aku pun masuk lokap masa tu. Nasib baik takat lokap ja, tak masuk jel la sebab aku kutu ja. Buat rugi beras ja dok bela aku, bagi makan aku dalam jel tu.

Menurut Salahuddin dan Mahfuz, dua anggota polis rakan mereka di penjara Kajang itu dipenjarakan apabila seorang OKT yang didera mati.

Kedua-dua mereka disabitkan kesalahan yang menyebabkan OKT itu terbunuh.

“Apa yang menyedihkan, kedua-duanya mengadu bahawa mereka melakukan tindakan itu atas arahan pegawai atasan mereka.

“Bagaimanapun, apabila tiba menghadapi hukuman, mereka tidak puas hati apabila hanya mereka sahaja yang menerima hukuman manakala pegawai yang mengarahkan penderaan itu terlepas begitu sahaja,” kata Mahfuz.

Salahuddin pula mempertikaikan, mungkin pegawai-pegawai yang mengarahkan anggota-anggota polis yang didapati bersalah kerana menyiksa OKT itu telah naik pangkat dan kini menjadi pegawai besar dan hidup senang-lenang.

“Sebab itulah kita mesti memperjuangkan supaya penyiksaan tidak berperikemanusiaan ini dihentikan,” katanya.

Sumber: PenarikBeca

Maklumat ini telah diterbitkan pada Thursday, January 29th, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites