Nik Aziz: Pemilihan PAS guna kaedah Syura

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu bercadang menggunakan kaedah syura bagi pemilihan jawatan dalam parti itu pada Muktamar Tahunan Ke-55 Jun ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini kerana PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin.

Kaedah syura iaitu perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama, berkemungkinan besar digunakan dalam pemilihan muktamar tahunan parti itu yang dijangka diadakan pada Jun ini.

“Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama, tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Pelantikan Pengarah-pengarah Syarikat Dalam Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Tahun 2009 di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, beliau berharap muktamar tahun ini akan dapat diadakan di salah sebuah negeri di mana Pas baru bertapak. -BERNAMA

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, March 3rd, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites