UMNO Bukit Gantang larang Khairy datang berkempen..?

Suara Prima, sebuah kumpulan penulis-penulis yang ditubuhkan untuk menentangkan penghambaan minda melaporkan demikian di dalam blog mereka bertarikh Februari 27hb, 2009.

Kumpulan ini yang terdiri dari penulis politik handalan seperti Yahya Ismail, Sayuti Omar, Darmala NS, Syed Hussein Al Attas, dan lain-lain melaporkan dalam blog mereka beberapa cawangan UMNO Bukit Gantang mengingatkan pimpinan negeri Perak supaya tidak membawa Khairy Jamaluddin berkempen dalam pilihanraya kecil di kawasan itu.

Menurut sumber, permintaan ini dipinta sekalipun Khairy memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Mac 26, 2009. Alasan mereka adalah Khairy adalah ‘beban’ kepada UMNO Bukit Gantang yang menyebabkan UMNO gagal merebut semula kerusi Parlimen di situ.

Disamping itu, cawangan-cawangan terbabit menganggap Khairy adalah beban kepada UMNO yang sukar untuk memulihkan semula krisis keyakinan di kalangan ahli-ahli parti.

Pandangan mereka ini pasti telah mengambilkira ketidak upayaan, gelagat dan keangkuhan cara Khairy berkempen sejak beberapa tahun lepas dari Ijok, Pilihanraya Umum 2008, Permatang Pauh, dan Kuala Terengganu.

Kelakuan dan gelagat angkuh Khairy di pilihanrya kecil Ijok dan Permatang Pauh berkekalan menjadi imej buruk kepada dirinya dan Pemuda UMNO.

Di Kuala Terengganu, kehadhiran Khairy tidak berupaya mengubah undi saluran ke tiga dan keempat untuk peti undi jagaan beliau yang merupakan kubu tradisi Barisan Nasional. Ramai pemerhati dibawah berkata konsert Pestarama yang dibuat atas ide Khiry gagal. Konsert pada malam terakhir telah backfire dan merenggangkan majoriti PAS. Malah ada pihak memberitahu penulis hadhirin konsert adalah diupah dan bukan menarik pengundi muda.

Dalam perhubungan cawangan-cawangan ini dengan secretariat PRIMA, mereka menyatakan tidak akan berkompromi dengan isu Khairy bagi menjamin kemenangan UMNO di Bukit Gantang. Cawangan-cawangan tersebut mahukan pimpinan negeri Perak membawa Dato’ Mukhriz berkempen ke Bukit Gantang.

“Sekalipun Dato’ Mukhriz kalah bagi jawatan Ketua Pemuda, beliau perlu dibawa berkempen ke Bukit Gantang,” dilaporkan sumber itu berkata. Mereka memberitahu, “Kami sudah mengirim SMS kepada Dato’ Mukhriz menyampaikan pendirian itu.”

Buat apa Khairy jadi Ketua Pemuda nanti jika ahli parti tidak mahu peranannya dalam berkempen?

Kepada penyokong-penyokongnya yang telah gah-gahkan Khairy dengan pelbagai pujian “masuk bakul angkat sendiri”, ingatlah Khairy bukan bertanding untuk jawatan utama parti sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dan jawatan-jawatan itu masih bertahun-tahun lagi jauh dari pencapaiannya.

Apa pengalaman Khairy untuk menyokong dan memberi kredibiliti kepada cadangan-cadangan dan wawasannya? Ayah mertua sudah tiada lagi sebagai Perdana Menteri untuk seperti yang disebutnya “memberi perlindungan” dan memberi peluang untuk idenya dicuba.

Untuk bercakap berdegah-degah, Khairy belum tahu mempunyai prospek anjakan politik melampaui Ketua Pemuda, jika dimenang sekali pun. Ide dia hanya ide populis untuk mendapat undi dan tidak ada kebijaksanaan dari pengalaman tetapi hanya wawasan angan-angan yang tidak realistik.

Hebat dan sombong mahu “tanam” Anwar Ibrahim tapi kalah besar BN di Permatang Pauh

Jika untuk peranan asas untuk berkempen dalam pilihanrya kecil pun tidak ada keyakinan dan penerimaan dari ahli partinya sendiri dan dikhuatiri akan menjadi liabiliti dalam mendapatkan undi dari pengundi, layakkah dia untuk memimpin dan menjadi muka hadapan sayap partinya sendiri?

Fikirkan baik-baik kerana tidak ada erti mengaku dan mencanangkan kehebatan Khairy berhujah dan berlakun berani, jika dia tidak boleh diterima melampaui sejumlah perwakilan-perwakilan Pemuda.

Bolehkah diterima kehadhirannya dan ide-idenya di luar lingkungan hanya beberapa ratus perwakilan Pemuda yang telah leka dengan pelbagai kata-kata manis dan lain-lain ‘pemanis’?

Yang penting buat UMNO adalah untuk mendapat penerimaan kembali dan sokongan-sokongan ahli-ahli akarumbi UMNO yang genuine semangat perjuangan, pengundi-pengundi dan rakyat Malaysia umum untuk kekal berkuasa.

Kalau setakat ide, kepimpinan dan kebolehan, kesemua calun mempunyai kebolehan dan tidak ketandusan dengan ide masing-masing. Malah mereka mempunyai pengalaman yang jauh melangkaui Khairy dalam kerjaya dan pencapaian untuk lebih bijaksana dalam tindak tanduk.

Adakah pilihan majoriti perwakilan boleh diterima oleh pihak yang benar-benar penting? Tepuk dada dan tanya selera supaya tidak hanya syok sendiri. Yang pentingnya UMNO, bukan diri sendiri dan bukan individu.

-http://anotherbrickinwall.blogspot.com

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, March 2nd, 2009 dalam kategori berita, perak. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites