KEMABONG: Rakyat diseru agar terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan bertindak menyertai parti dalam kerajaan sebagai wadah perjuangan yang tepat untuk terus menikmati arus pembangunan perdana yang sedang rancak berjalan lancar diseluruh negara ketika ini.
Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh berkata demikian ketika Majlis Perasmian Cawangan PBS Kawasan Mukim Tomani yang telah diadakan pada Khamis, bertempat di Dewan Serbaguna Kuala Tomani.
Radin yang juga PembantuMenteri kepada Ketua Menteri Sabah dan juga merupakan ADUN kawasan Melalap, bagaimana pun menasihatkan ahli ahli parti khususnya ahli PBS haruslah komited kepada perjuangan parti yang disertainya.
Adalah kerana tambah Radin lagi, dalam Perlembagaan PBS seseorang individu itu hanya dibenarkan mempunyai satu keahlian dalam parti sahaja, lebih lebih lagi PBS kini berada dalam gagasan BN yang harus menghormati Perlembagaan gagasan itu.
“ Bila kita berada dalam BN…bermakna kita kena menghormati rakan dan kerabat kita iaitu parti parti dalam komponen BN, kerana setiap perjuangan kita dalam BN mestilah sehati dan sejiwa dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang,” jelas beliau.
“ Kita berjuang berlandaskan ketelusan, komitmen dan kesetiaan kita dalam gagasan BN…maka kita kenalah lebih serius dimana didepan kita adalah rakyat yang memerlukan pembelaan kita,” tambahnya lagi.
Bahagian PBS Kemabong akan menghadapi mesyuarat pemilihan bahagian sekitar bulan Julai depan ini, bagi memilih Ketua Bahagian baru dan juga barisan kepimpinan Jawatankuasanya untuk menerajui Bahagian itu setelah lebih 10 tahun tidak aktif kerana gagal mengadakan mesyuarat dan menghantar laporan aktiviti ke pihak pusat.
Difahamkan bahawa setakat ini PBS disini telah pun mengadakan mesyuarat lebih 50 cawangan dan dijangka akan menghantar perwakilannya bagi menghadiri Mesyuarat Agung PBS Pusat yang akan diadakan sebelum akhir tahun ini.
Dalam majlis tersebut, Datuk Radin turut menerima kemasukan keahlian menyertai PBS seramai 240 ahli baru yang diketuai Matah bin Mansih.
Turut hadir majlis tersebut Setiausaha Bahagian PBS Melalap Simon Mamat, Kapitan Liew Foh Sin, para Ahli Jawatankuasa Bahagian PBS Melalap dan mantan Ketua Bahagian PBS Kemabong John Mondolok. OLEH: MAIL MATHEW




















Leave a Reply