Bapa Pelajar Menumbuk & Memukul Guru Guna Batang Paip

Seorang bapa pelajar tingkatan tiga, SMK Abdullah II, Semporna, Sabah bertindak berani menumbuk dan memukul seorang guru displin sekolah En. Zul Ahmad B. Kasuagi dengan menggunakan objek keras iaitu batang paip berkali-kali menyebabkan kecederaan parah pada bahagian badan guru tersebut serta menerima beberapa jahitan di bahagian kepala.

Kejadian berlaku pada jam 11.00 pagi ketika bapa pelajar yang berkerja sebagai seorang tentera berumur dalam lingkungan 30an dan juga ditemani oleh seorang lagi lelaki berusia lingkungan 50an yang dipercayai datuk kepada pelajar tersebut berjumpa dengan guru displin di sekolah seterusnya bertindak secara tiba-tiba menumbuk dan memukul guru tersebut berkali-kali tanpa berbincang terlebih dahulu. Seorang daripada rakan mangsa juga seorang guru cuba menyelamatkan mangsa dengan meleraikan pergaduhan. Suspek kemudiannya menjerit memanggil anaknya di tingkat bangunan bersebelahan kemudian terus membawa anaknya pulang tanpa sebarang makluman kepada pihak sekolah.

Kejadian ini telah disaksikan oleh beberapa orang guru dan juga pelajar yang kebetulan berada di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dihantar terus ke hospital berdekatan bagi mendapat rawatan kecemasan akibat pendarahan teruk di kepala. Bagaimanapun, mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat rawatan.

Menurut pihak sekolah kejadian ini berlaku akibat salah faham bapa pelajar tersebut setelah anaknya telah dikenakan hukuman displin oleh guru berkenaan pada dua hari sebelumnya ketika sekolah menjalankan aktiviti ko-kurikulum pada hari Sabtu (4/7/09). Menurut sekolah juga,pelajar tersebut pernah melanggar displin sekolah beberapa kali dan telah diambil tindakan oleh sekolah.

Ekoran kejadian ini, laporan polis telah dibuat bagi menyoal siasat bapa pelajar tersebut serta Pegawai Tinggi Tentera di cawangan Semporna,Sabah juga telah melawat mangsa bagi mendapat maklumat dan penjelasan mengenai kejadian di rumah kediaman mangsa.

Kiriman : xxxxx

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, July 7th, 2009 dalam kategori berita, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

33 Responses to “Bapa Pelajar Menumbuk & Memukul Guru Guna Batang Paip”

  1. muhamad zaini ibrahim on July 7th, 2009 at 3:35 pm

    Ibu bapa yang mencampuri urusan sekolah dan mengambil tindakan rimba seharusnya diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang terbabit. gejala ini jika dibiarkan berterusan, kredibiliti sekolah dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin akan goyang.

    guru adalah golongan terpelajar dan saya percaya mereka tahu batasnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap satu-satu pelajar dalam hal-hal disiplin.

  2. Mail Mathew on July 7th, 2009 at 5:19 pm

    Bapa pelajar terbabit tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa terhadap Guru terbabit. Adalah menjadi satu kesalahan berat bagi para ibubapa menyerbu dan mencederakan Guru didalam kompaun sekolah.

    Kalau pun sesuatu yang tidak kena pada tindakan Guru terbabit, ruang seluas luasnya ada untuk ibubapa menyalurkan penyelesaian..kankah baik cara begitu.

    Jangan gunakan undang undang itu ditangan sendiri…kita ada Institusi Mahkamah keadilan untuk menyalurkan penyelesaian secara baik.

    Gunalah disiplin yang dipelajari dari ATM…!

  3. sabah daily « Dewan Pemuda PAS Sarawak on July 7th, 2009 at 6:52 pm

    [...] Bapa Pelajar Menumbuk & Memukul Guru Guna Batang Paip [...]

  4. anak tentera on July 7th, 2009 at 7:40 pm

    Bingai punya bapak. saya pun anak tentera tapi semua tujuh beradik telah menjadi anak yang berjaya hasil didikan sempurna seorang bekas tentera yang berdisiplin. kalau macam ni punya tentera SURE anaknya entah jadi apa dimasa hadapan….

  5. HAJI ZULKEFLEE HJ YAACOB on July 7th, 2009 at 8:55 pm

    Guru berkenaan perlu tegas ambil tindakan undang-undang terhadap pelakuan jenayah oleh bapa pelajar yang menceroboh kawasan sekolah dan memukul dengan objek keras. Pelajar berkenaan perlu dibuang sekolah dan ambil tindakan tegas jika melakukan keslahan sivil…jangan tunduk kepada pengaruh luar…kejadian ini amat mengaibkan kerjaya dan sistem pendidikan negara.

    Salam takzim buat guru disiplin berkenaan daripada;
    Hj Zulkeflee Hj Yaacob
    Kota Bharu,
    Kelantan.

  6. Roman Abdullah on July 7th, 2009 at 10:34 pm

    Guru seharusnya saman bapa murid tersebut, semua sedia maklum kawasan sekolah adalah kawasan larangan, patutnya pengetua juga harus memberi sokongan 100%. maruah guru patut dijaga bukan sewenang-wenangnya mengambil tindakan. Jika ini dibiarkan berkemungkinan orang lain akan buat lagi kerana tindakan pertama tidak diambil. Warga pendidikan saharusnya bersatu hati demi menjaga maruah semua guru di Malaysia. sekian wasalam Tawau

  7. sham on July 8th, 2009 at 6:22 pm

    biar undangudang memutuskan hukuman kepada bapa murid ini serta datuknya yang turut sama bersubahat. Bersabarlah cikgu, jangan patah semangat dalam mendidik anak bangsa. semoga Allah membalas kesabaran cikgu dn membalas dengan seadil-adilnya dalam mahkamahnya.

  8. Amri Hj Arham on July 8th, 2009 at 7:32 pm

    Salam perpaduan, buat ibu bapa yang punya anak di sekolah…Ibu bapa perlulah berbincang dengan guru mengenai apa jua hukuman yang diberikan kepada anak anda….jangan hanya kerana sayangkan anak, guru menjadi mangsa…kes pukul guru di SMK Abdullah II Semporna memang tak patut berlaku…oleh yang demikian, tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar tidak ada lagi kes pukul guru ini berleluasa di mana-mana sekolah

  9. Sj on July 8th, 2009 at 11:12 pm

    saya rasa perkara ini masih terlalu menuduh pihak pemukul.Sebab ada juga ambil kesempatan kedudukan yang ada memukul anak murid. Pengalaman saya, Guru sekolah mestilah mengambil hukuman mengikut prosedur. ini tidak, adakah anak saya dipukul dengan kayu penyapu, saya terus jumpa cikgu bagi warning untuk pukul apabila terbukti anak bersalah tapi bukan penyapu!!!!!

  10. Suparjo on July 9th, 2009 at 12:56 pm

    Cibai la i2 tukang pukul..x blajar Kemahiran Kompetensi Emosi dalam tentera ka???
    lol

  11. paitOn on July 9th, 2009 at 1:00 pm

    Naaaaaa….mati la cikgu 2 3 taun akan dtg…..maw sentuh plajar pun takut sudah.. Apa la hak CIKGU nanti???? sesetengah ibu bapa plajar makin naik kpala…….. apO ni…??!!

  12. tiqa on July 9th, 2009 at 1:23 pm

    Mana ada seorang guru mengenakan hukuman sewenang-wenangnya. Guru juga adalah seorang manusia biasa. Seorang guru berusaha mendidik anak – anak sekalian menjadi seorang insan yang berguna dan berakhlak mulia. Sekiranya, ada pihak yang meragukan kredibiliti seorang guru, lebih baik tidak perlu menghantar anaknya kesekolah, ajarlah anak anda sendiri dirumah tanpa masuk campur seorang yang berstatus guru. fikirkanlah baik – baik, mana nilai – nilai murni kita semua sampai melakukan sesuatu mengikut emosi?

  13. son goku on July 9th, 2009 at 3:45 pm

    pengetua khususnya dan pihak pentadbiran amnya perlu memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada staf. KEMENTERIAN PELAJARAN juga tidak ada inisiatif menjaga kebajikan guru-guru. wujudkan satu peraturan atau undang-undang yang mempertahankan hak guru. NAJIB, MUHYIDIN DAN SEMUA MENTERI INGAT MEREKA BOLEH JADI MENTERI KE TANPA USAHA DAN PENGORBANAN INSAN BERGELAR GURU? PEPATAH MELAYU ADA MENYEBUT: SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN. NABI S.A.W PUN ADA BERSABDA PUKULLAH ANAK KAMU YANG TIDAK MAHU BERSOLAT. KITA MENDIDIK ANAK MESTI ADA JUGA PAKAI UNSUR KEKERASAN (DISELARASKAN DENGAN UNSUR LEMAH LEMBUT).

  14. bumbum on July 9th, 2009 at 9:01 pm

    sy stuju pendapat tiqa, kalau ibu bapa tak nak orang luar tegur anak, ngajar anak sendiri lah, beli buku kat kedai berlambak nak jenis yang mana… taau lee macam mana nak nak jadikan anak yang ikut terlunjuk…

  15. is on July 9th, 2009 at 11:14 pm

    antra krja yg mulia ialah guru….jd jngn pkul mrk,coz mrk tlh mndidik rmai pljar..cmerlang atu x,itu depend kpd pljar itu sendiri…em..bgi pndapat saya, tndakan bapa pljr 2 x dpt slesaikan problem pon…lagi tmbah ade ler..kita sbagai parents should be work 2gether la kan tuk mndidik anak2..lau ada mslh bwak lar bbincang…bkn pkul mmukul….lau ni btrusan pljar xkan brdsiplin…mrk akan mmandang rendah dan tdk hrmat kpd guru..cmner kita nk lhirkan pljr yg cemerlang???! apa kn jd pd ngara lau gnerasi muda x bdiplin??lau xnak anak dtegur oleh guru,x pyah sekolahkn mrk….korg ajarkn sndiri…

  16. pinky on July 10th, 2009 at 1:19 am

    siapa sanggup ajar anak mereka 5 jam, 5 subjek sehari?
    5 hari seminggu?siapa?tahan ke layan perangai anak yang macam2.
    itu baru seorang, cuba kumpulkan satu kelas, ada 30 orang anak, ajar anak sendiri.
    sanggup ke?siapa la yang sanggup buat tu kan, kalau bukan GURU!!

  17. korok on July 10th, 2009 at 1:24 am

    kesian guru sekarang,, nak ngajar mcmana agaknye dalam kelas…
    “murid2 buat latihan ya.. yang xnak buat pun xpe..suka ati.. pastu jawab dengan betul..xjawab pun xpe.. asal jgn saya kena pukul!

  18. Cikgu 12 Tahun on July 10th, 2009 at 9:35 am

    kesian cigu-cigu skrg, dahlah bnyk tugas sekolah kena selesai, kena pukul, marah lagi dengan mak bapa pljr. Apa nak jadi ni. Mak bapak kena faham, cigu jentik tegur marah bukan kerana nak dendam @ benci, tapi nak bagi betul biar jadi insan seimbang. ada mslh, bagitau PIBG salurkan maslah ikut jln yang betul. Pelajar pulak jangan nak tambah gula, garam, cuka bila bagitau mak bapak tentang hal mrk kena jentik. Bagi tau sbnr nape kena jentik. Sekolah plk ikut saluran betul laksana disiplin…Wslm 12 Tahun Dah Jadi Cikgu

  19. nwdeen7475 on July 12th, 2009 at 12:21 am

    sedar atau tidak pencapaian sesebuah sekolah dalam mana-mana peperiksaan awam dipengaruhi oleh faktor disiplin sesebuah sekolah tersebut. dimana disiplin dan pencapaian tersebut jika diletakkan dalam satu alat penimbang akan memberikan gambaran jelas tahap pencapaian sesebuah sekolah. sebagai contoh seandainya masalah disiplin sesebuah sekolah itu tinggi maka suda pasti pencapaiannya dari segi akademik akan menurun dan begitulah sebaliknya sekolah yang mempunyai masalah disiplin yang minimum akan menghasilkan prestasi yang cemerlang. tetapi sekiranya guru yang membentras masalah disiplin ini diperlakukan sedemikian agaknya kemana hala tujuh sekolah berkenaan.. ingatlah sekiranya dalam sesebuah negara itu tiada penguat kuasa ( anggota keselamatan ) terjaminka kedaulatan negara tersebut.. dan sekiranya guru disiplin yang dianggap anggota keselamatan dalam sekolah tersebut tidak diberikan kekebalan apakah akan berlaku.. marilah kita fikirkan bersama demi anak-anak kita sebagai pewaris bangsa..

  20. kitam on July 12th, 2009 at 12:44 am

    Dimana letaknya maruah seorang guru? Bila dipukul sewenag-wenagnya oleh ibu bapa sedangkan niat guru tulus dan ikhlas untuk mendidik dalam akademik dalam masa yang sama sahsiah dipupuk, tidak lahir insan yang berjaya hari ini kalau bukan didikan seorang guru anadaikata seorang guru menghukum muridnya bukanlah niat untuk mencederakan tetapi untuk sahsiah kenapa segelintir ibu bapa hari ini menyokong anak membuta tuli, kalau pelajar dijentik empat penjuru bergema malah dapat campurtangan pihak-pihak tertentu dan lebih jelas guru yang disalahkan tapi yang peliknya bila guru dipukul kurang mendapat pembelaan..kesiannya guru..

  21. Anak Yang Berjaya on July 12th, 2009 at 12:47 pm

    Mengapa perlu berlaku isu ibubapa memukul dan menyerang guru di sekolah??? Adakah kerana kurangnya ilmu pengetahun ibu bapa tersebut??? saya rasa tidak juga ..ini kerana bapa pelajar tersebut merupakan seorang penjawat awam (tentera)yang memang dilatih dan mementingkan disiplin….Adakah kerana adanya golongan (anak atau isteri…) yang telah menyampaikan sesuatu cerita tersebut dengan menokok nambah dan akhirnya menimbulkan kemarahan bodoh yang tidak ada pokok pangkalnya…..Jika dilihat dari aspek disiplin dimana-mana jua disiplin memang digunapakai tidak kira dirumah…ditempat kerja…di tempat awam pun jua…dan disiplin inilah yang menjadikan akhirnya saya berjaya menjadi MANUSIA dan menjadi garis panduan dalam hidup….saya pernah dipukul…di marahi zaman sekolah saya…tapi saya bukanlah jenis yang suka menyampai cerita kepada orang tua saya atau meletakkan kesalahan tersebut pada guru disiplin…saya berani menerima hukuman tersebut diatas kesalahan sendiri….dan saya percaya itulah yang menjadikan saya BERJAYA….wahai ibu bapa jangan manjakan anak anda..dizaman yang serba canggih ini banyak lagi keajaiban dunia akan berlaku..maka OLEH ITU BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK…. itu yang sebaiknya..jangan biarkan emosi anda menguasai fikiran anda ..buruk padahnya…

  22. kecewa.... on July 12th, 2009 at 1:04 pm

    cuba kamu jaga anak kamu sendiri 24 jam…ajar dorang dari pagi sampai petang…cari buku yg sesuai.ikut cara kamu..aku rasa kamuorang ibu bapa pun ndak tahan ba menjaga anak…paling tidak kalau kamu jaga anak kamu sendiri bule tahan 1 bulan saja…masa itu mungkin kamu bukan lagi guna tangan cubit…mungkin penyapu…rotan ka..pukul ka…tumbuk ka…sebab kamu ibu bapa bukan dilatih jadi GURU ba…jadi janganlah pandai-pandai masuk campur hal disekolah …kalu tidak jgn antar anak sajalah…kamu tau ka KEPERCAYAAN KAMU MENYERAHKAN ANAK KAMU PADA SEKOLAH UNTUK DIDIDIK ADALAH TANGGA KEJAYAAN ANAK KAMU JUGA….

  23. Pepatah on July 12th, 2009 at 1:10 pm

    MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA……supaya anak bila besar tidak jadi Mat Rempit…Penagih….dan macam-macam lagi la…faham faham la…buka itu kepala…. fikirlah sendiri…

  24. Renunglah..... on July 12th, 2009 at 3:55 pm

    Bagaimana hendak melahirkan insan seimbang??? Sekiranya masih ada ibubapa yang berfikiran primitif, kolot “closed minded”.. Tunjuk kepandaian dengan tumbukan dengan pukulan batang paip pada seorang guru yang ingin mendisiplinkan muridnya? Nak tunjuk kehebatan… tunjuk la dengan kehebatan dengan PMR 2009 8A… Itu baru hebat namanya… Renungkanlah puisi Usman Awang ini…..Jika Hari ini Presiden Berkuasa….. Jika Hari ini Peguam Menang Bicara….. Jika Hari ini Raja Menaiki Takhta…Jika Hari ini Penulis terkemuka…. Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa…. Sejarahnya dimulakan oleh GURU BIASA

  25. sayang cikgu on July 12th, 2009 at 4:11 pm

    Di rumah, kita dijaga, diasuh oleh mak dan pak. Di sekolah , kita diajar dan dididik oleh guru-guru kita. mak dan pak serta guru adalah wadah untu kita menjadi insan yang berjaya.. pukul mak dan pak berdosa hukumnya. Nah begitu juga kalau kita buat-buat cerita sampai guru kita kena pukul tentulah juga berdosa…. sayangilah guru sepertimana kita menyanyangi ibubapa… Untuk guru yang menjadi mangsa.. Jangan patah hati… Tugas cikgu mulia ingin mendisiplinkan kami menjadi insan berguna.. Biarlah undang-undang yang menghukum orang yang memukul itu…

  26. Ibubapa Rock on July 12th, 2009 at 4:23 pm

    Selidik dulu aduan anak ,bukan bertindak memukul guru. Bincang cara baik. Pasti ada penyelesaian yang membawa permuafakatan. Bukan sahaja untuk anak sendiri malah untuk semua pelajar. Pukul-memukul itu zaman dulu-dulu punya style. Muafakat membawa berkat beb…

  27. AZRI on July 16th, 2009 at 5:19 pm

    SUMPAH PELAJAR TERSEBUT JADI PENAGIH DADAH YG TEGAR AKAN DATANG..

  28. Sigu on July 16th, 2009 at 7:08 pm

    Ya, pelajar yg di’backing’ mak bapak amat memeritkan di sekolah. Anak nangis di kelas, bila diberi lebih tugasan, dia akan mengadu sakit itu ini. esoknya datang mak dia, mengadu konon anak dia berat hati ke sekolah sbb takut cigu. Adoi…payah jadi sigu ni… bawa bincang dgn mak bapak, tapi dorang lebih suka dengar anaknya. Entah sapa yg matang di rumah, sapa yg undercontrol, mak bapa ka anak!

    Bukan mengata anak tipu tapi memang ibu bapa sekarang dikawal anak. Ini yg menjadikan anak sekarang jadi ‘kurang ajar’ sebab dia yg ajar mak bapak dia…mak bapa dia yg terlebih diajar.. tapi bukan semualah.. syukurlah murid2 kami tidak ramai begini..sikitlah. Masih byk ibu bapa yg amat prihatin, kalau anak ada luka kena pensil kawan atau bekas dirotan guru, mereka marah lagi anak mereka menyebabkan anak mereka lebih tahan lasak dan berdisiplin.

    Guru gila saja merotan murid tanpa sebab. Bagi saya, saya sanggup bekalkan guru rotan untuk pukul anak saya di sekolah kalau diperlukan. Sbg ibu bapa, saya malu dgn kejadian ini. Kalau bukan kerana rotan dan teriakan guru, anak saya tidaklah bernasib baik setakat ini.Terima kasih cigu..Tuhan akan balas jasamu..

  29. concern... on July 17th, 2009 at 12:14 am

    pe pnye bapak rr… ingt rock sgt ke uat g2.. pe bengong btol.. mcm ko sorg ada anak.. woii.. lau nk anak jdik bengong.. x yah anta g skol rr weyh.. budus… biol tul.. sengal.. sental.. dynamo.. clorox x ckup.. p mnum ayaq zam2 bnyak cket.. slwat.. skali ngan datuk pn budus.. kubur kta mari da oii/.. x sah dok sexsa org rr.. tera bntang pn kta bela.. aduii…

  30. astalavista-BKBL on July 17th, 2009 at 10:39 am

    Memang tdk patut apa yg terjadi kepada cigu Zul ni..Tidak ada guru yg menghukum pelajar sesuka hati..para IBU BAPA sedarlah mendidik anak sekarang ini bukan mudah..kalau anak anda tidak ingin dididik oleh guru2 disekolah sangupkah anda mendidiknya dirumah setiap saat..minit…jam..hari..minggu..bulan..dan seterusnya..
    Kepada para IBU BAPA dan Warga SEMPORNA khasnya…..KETAHUILAH….kerja seorang guru sebenarnya bukan MUDAH…JADI….tepuk dada tanya minda..

  31. NKKFKK on July 18th, 2009 at 12:22 am

    kepada cikgu zul…teruskan usaha anda dalam mendidik anak bangsa kita….jangan patah semangat dan harungi kehidupan kerjaya sebagai cikgu dengan penuh keyakinan dan usaha yang gigih….

  32. Adoooh on July 18th, 2009 at 7:19 am

    Bapa budak tu selama ni tak ambil tahu hal anaknya sebab tu lah dia terkejut anaknya kena tindakan disiplin. Dia ingat anak dia baik sangat selama ni. Sekarang baru dia tahu anak dia dah banyak kali kena hukuman disiplin. Anak pun satu juga, kalau dah salah tu buat lah cara salah, jangan mengadu perkara yang tak betul. Kepada guru yang berkenaan, sabar sajalah jangan ambil hati sangat. Sudah lumrah mendidik zaman sekarang memang macam tu. Namun sesuatu tindakan perlu diambil bagi menjamin keselamatan guru pada masa hadapan.

  33. md rashid mustafa on July 19th, 2009 at 10:54 am

    ibu bapa perlu rasional dalam menghadapi situasi anak mereka yang telah diambil tindaklan disiplin oleh pihak sekolah. Usaha mendidikan anak memerlukan kematangan berfikir secara luaran dan dalaman. Jika ibu bapa bertindak tanpa rasional dan kematangan fikiran maka kesannya pada anak dan masyarakat keseluruhan nanti. Ibu bapa sendiri merasai betapa susah mendidik anak-anak mereka sehingga anak mereka terpaksa dihantar ke sekolah dan pusat tuisyen serta kelas-kelas agama. Sayangkan anak tangan-tangankan , sayangkan isteri tinggal-tinggalkan dalam proses mendidik anak supaya pendidikan itu berkesan dan anak itu menjadi anak yang mengenal erti budi, agama, bangsa dan negara. Jika terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. begitulah kesannya kepada ibu bapa yang bertindak melulu tanpa pertimbangan akal yang rasional. Begitu juga akan timbul kesan sedemikian kepada anak. Anak-anak akan punah ranah dalam perkembanhgan pemikiranya kerana merasakan segala tindakannya adalah betul dan dibela oleh ibu bapa mereka.jadi, kepada ibu bapa semua, fikir-fikirkan lah sebelum beertindak kerana guru tidak akanmengambil tindakan tanpa sebab. Tindakan guru adalah penuh panduan dan bertujuan membetulkan anak-anak kita supaya kita nanti akan berasa bahagia. tindakan ibu bapa terlalu mempercayai anak-anak mereka merupakan suatu tindakan kuno dan konservatif.

    Kiriman:
    md rashid mustafa
    kuala krai ( 3K )

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites