[KEMASKINI-VIDEO] – Lintas lansung dari Manek Urai, Kelantan sempena hari penentuan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bermula 8 pagi tadi dengan PAS dan Umno masing-masing meletakkan keyakinan akan menguasai kerusi tersebut.
4.16 petang – Calon PAS, Abe Uji dalam perjalanan menuju ke Markas Induk daripada UPU Temali
4.15 petang – Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84 %
Kenderaan bergerak sangat perlahan dari persimpangan Manek Urai Baru ke Sungai Perial
3.56 petang – Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.
3.30 petang – Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter
3.20 petang – Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai
2.46 petang – Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang pengundi luar telah keluar mengundi.
2.38 petang - SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
2.30 petang - Mengikut culaan ke atas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.
2.00 ptg – 80% atau 9,845 dari jumlah 12,293 telah mengundi – SPR
1.50 tengahari - Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.
Di Lata Rek setakat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.
12.25 tghari – Malaysiakini melaporkan terdapat proses pemberian wang saguhati berupa wang minyak RM50 ke RM200 sedang berjalan di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.
12.19 tengahari – Pusat pengundian Pria – keadaan tidak terkawal ekoran penyokong kedua-dua pihak menyerbu ke dalam tempat pusat pengundian.
Ini bermula ketika pegawai spr datang memasuki pusat pengundian, ia telah diikuti pula oleh kereta berlambang Dacing. Penyokong PAS tidak berpuas hati dan mnyerbu pusat pengundian tersebut. Akhirnya penyokong BN turut menyerbu sama. Penyokong kedua2 pihak juga salin baling botol dan batu antara satu sama lain. Polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan yang semakin teruk itu.
12.05 tghari - SPR melaporkan 68.4% atau 8,415 dari jumlah 12,293 telah mengundi.
11.59 pagi - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab – tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.
11.50 pagi - Pertambahan crowd penyokong PAS di Sungai Sok bertambah 500 orang, BN hanya 300 orang sahaja.
11.43 pagi - Keadaan di Sungai Peria diberitakan tegang, keadaan sekarang kelihatan kedua-dua penyokong parti bertanding berbalinagn botol. Polis sedang cuba mengawal keadaan.
11.35 pagi - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama.
11.30 pagi - Bilangan crowd PAS di Sungai Peria meningkat 350 orang berbanding UMNO lebih kurang 250 orang sahaja, keadaan saling memprovokasi tetapi masih dalam keadaan terkawal.
11.22 pagi - Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.
Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.
Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan ‘penyamar’.
11.05 pagi - Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelihatan sampai di UPU Manek Urai Baru.
10.58 pagi - Menurut Ketua Muslimat Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, di Lata Rek bilangan keluar mengundi ikut saluran 127 daripadanya penyokong PAS, manakala 20 lagi penyokong BN.
Setakat ini 50% bagi ketiga-tiga saluran telah keluar mengundi.
10.57 pagi - Di Temalih – lebih 40.59% pengundi telah keluar mengundi.
10.50 pagi - Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.
Penyokong PAS menjerit “rasuah” dan “Altantuya” (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.
10.40 pagi - daripada UPU Temalih, keadaan penyokong kedua-dua parti saling mereka berhujah sesama mereka tetapi keadaan terkawal. Walaubagaimanapun penyokong PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN. Kekuatan penyokong PAS:UMNO= 60 : 40.
10.30 pagi - Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian. -perisikrakyat
10. 27 pagi - Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.
Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.
Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.
10.26 pagi - SPR melaporkan 38.3% atau 4,706 pengundi telah keluar mengundi.
10.20 pagi Trak FRU dan polis tiba di SK Manik Urai Baru setelah dimaklumkan berlaku kekecohan
10.10 pagi – Di Manek Urai baru pula, seorang wanita “naik angin” kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat yang kuat oleh penyokong PAS. – Malaysiakini
10.00 pagi Kebanyakan media tempatan meramalkan PAS akan memenangi PRK N41 Manek Urai. Keputusan akan diumumkan lebih krg jam 8 malam ini.

9.45 pagi - Laungan takbir bergema di sekitar pusat mengundi sambil diselangi laungan “Hidup-hidup, hidup Islam, hancur-hancur, hancur UMNO” oleh para penyokong PAS. Keadaan masih terkawal.
Berita Harian melaporkan berlaku pertikaman lidah antara penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka.
Penyokong Pas yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir.
9.35 pagi - Di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru ketika ini, hanya saluran 1 dan 2 yang memenuhi dewan tempat mengundi, di saluran 4 masih ketara sedikit bilangannya waktu ini.
9.20 pagi – Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.
9.15 pagi - Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.
Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.
9.10 pagi - Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.
9.08 pagi – Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.
Kemungkinan pengisytiharaan cuti umum hari ini menyebabkan golongan muda dari saluran 3 mengambil sikap untuk mengundi tengahari nanti.
9.04 pagi - Laporan dari Sekolah Kebangsaan Manek Urai, takbir dan selawat bergema mengiringi pengundi-pengundi PAS.
9.00 pagi - Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju tempat mengundi.
Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di kawasan tersebut.
Turut kelihatan pimpinan Muslimat, Dr. Siti Mariah Mahmud memerhati keadaan di sana.
8.30 pagi - Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.
8.29 pagi - Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.
8.20 pagi – Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat telah beredar menuju ke tempat pengundian lain.

PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meninjau pusat mengundi SK Peria yang agak tegang berikutan rasa tidak puas hati penyokong Pas dan BN berhubung kedudukan tempat mereka berkumpul. Beliau menyatakan rasa kecewa kerana parti terbabit tidak memastikan penyokong mereka mematuhi peraturan seperti yang dipersetujui.
8.00 pagi - semua 9 tempat mengundi dengan 4 saluran akan dibuka bagi membolehkan 12,293 pengundi berdaftar keluar mengundi di pilihan raya kecil Manek Urai menunaikan hak masing-masing, hari ini.
Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Peria menyakskan pengundi-pengundi membuang undi.




















helo hahahahahahahhaha