IKLAN


Masalah Kegagalan Server Pendaftaran Online PTPTN

Ramai pelajar baru IPTA kecewa dengan sistem pendaftaran ONLINE PTPTN kerana server Website PTPTN amat perlahan dan gagal berfungsi dengan baik menyebabkan ramai pelajar-pelajar baru tidak dapat memohon dan mendaftar.

Perkara ini telah dirujuk kepada pihak PTPTN tetapi masih tiada perubahan. Lebih malang, tiada pendaftaran secara manual disediakan.

Masalah yang sering timbul ialah seperti tidak dapat login/button tidak aktif /paparan visual tidak lengkap dan banyak lagi.

Perkara ini perlu diambil perhatian dan diselesaikan dengan segera memandangkan masa pendaftaran semakin suntuk dan menyebabkan ramai para pelajar baru tidak akan mendapat bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian mereka.

Komen daripada pelajar mengatakan jika mengenai isu pembayaran balik, proses yang dilakukan oleh PTPTN amat cepat dan fleksibel bagi membuat pembayaran di mana- mana tempat. Tetapi malang, jika isu mengenai pendaftaran hanya satu saluran sahaja yang digunakan iaitu online. Hal ini menyebabkan ramai pelajar dan bekas pelajar yang tidak berpuas hati ekoran pihak PTPTN mengenakan kadar cas yang tinggi untuk pembayaran balik.Hal ini menjadi tanda tanya objektif sebenar PTPTN, adakah betul-betul untuk membantu pelajar atau memperdagangkan pelajar.

Kiriman : Borox

Share |




Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, July 15th, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.