Strategi UMNO masakini untuk mengaut kembali keyakinan rakyat cuma dengar ‘Pesta Puji-Puji’ dalam TV dan media arus perdana sahaja namun perlu diingat ini hanya berlaku dalam tahun 60-an sahaja kerana pada 2009, rakyat mahu nampak ‘ADA’ dan bukannya mahu dengar Kerajaan ‘AKAN’ menghapuskan kemiskinan miskin tegar.
Rakyat sudah bosan mendengar perkataan ‘AKAN’ buat, AKAN beri, AKAN tolong rakyat. Yang nyata habuk pun tidak ada. Cakap para pemimpin UMNO “berdegar-degar, tahi pun tiada tersangkut di tepi gelagar”. Itu
kata simbolik orang kampung Entabuan Tenom. Orang kampung saya.
Kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengugut rakyat Manek Urai dalam siaran TV3 semalam, “Jambatan ini akan Kerajaan Barisan Nasional buat, kalau esok calon Barisan Nasional menang. Ini perkataan pemimpin jenis apa? Pemimpin Kelas apa ini? Ugutan ini dibuat secara live keluar dari mulut seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sepatutnya ugutan itu terkeluar dari mulut seorang ahli UMNO yang tidak bersekolah. Bukan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Adakah Muhyiddin sedar bahawa dirinya itu adalah seorang pemimpin rakyat Malaysia? Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada semua rakyat Malaysia? Sikapnya menunjukkan seperti ‘Budak Tadika’ Lebih jelas,
fikiran dari budak budak Tadika. Seorang pemimpin rakyat Malaysia sanggup bercakap begitu. Sungguh malang rakyat Malaysia dapat pelapis Najib dua kali lima sepuluh macam Ibrahim Ali yang tidak punya pendirian. Malu saya dapat seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang tohor pengalamannya dalam politik Malaysia yang berdaya saing ini.
Ini membenarkan tuduhan pembangkang yang parti Barisan Nasional tidak mahu ada parti pembangkang di Malaysia. Kerajaan hanya mahu bantu orang Melayu UMNO sahaja dan orang Melayu PAS dibiarkan hidup dalam dunia miskin tegar. Kata orang Sabah miskin bertagar. Patut kah rakyat hormati Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Akibatnya, Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti ‘nyawa-nyawa ikan’ iaitu sebanyak 65 undi pada pilihanraya Manek Urai pada 15 Julai 2009.
PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
-Dari Kacamata: HALIK ZAMAN (Sabahkini)





















Leave a Reply