Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu menemui Najib Razak berkaitan kenyataan Presiden Umno itu yang menggelarkan mereka sebagai tidak bermoral apabila menuntut bonus dua bulan gaji dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.
Presidennya, Omar Osman berkata, pertemuan itu bertujuan mendapatkan penjelasan rasmi daripada PM sendiri berkaitan perkara itu termasuk keadaan semasa ekonomi negara.
Menurutnya, pihaknya sehingga kini belum diberi penjelasan oleh PM berkaitan ekonomi negara walapun mengakui perkara itu merupakan hak PM.
“Selepas kenyataan PM disiarkan oleh media, saya menerima banyak respon dari ahli kesatuan yang merasa kesal dengan kenyataan itu dan mahu penjelasan rasmi dibuat oleh PM mengenainya.
Menurutnya, terpulang kepada PM bila pertemuan boleh diadakan tetapi CUEPACS berharap ‘dengan kadar yang segera’.
Diajukan apa yang dimaksudkan dengan ‘dengan kadar yang segera’, beliau berkata pertemuan itu wajar diadakan kurang dua minggu dari tarikh hari ini.
“Kami pada hari ini dengan satu suara, satu hati dan satu kenyataan melahirkan rasa kesal dengan ‘teguran’ PM yang mengatakan kami tidak bermoral kerana menuntut bonus dua bulan gaji,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata, tuntutan bonus dua bulan itu bukanlah diputuskan oleh beliau sendiri sebagaimana kenyataan Najib yang menggelarkan saya mencari populariti tetapi ianya adalah keputusan Majlis Kongres CUEPACS yang diwakili oleh semua gabungan itu.
Menurutnya, keputusan itu juga dibuat lama sebelum bajet dibentangkan dan satu surat mengenainya telah dihantar kepada Najib selaku Menteri kewangan.
Mesyuarat pada hari ini (7 November 2009) yang memakan masa hampir dua jam berjaya menghimpunkan 130 daripada 145 wakil gabungan kesatuan itu dari seluruh negara.
Mengulas lanjut katanya, semua ahli yang hadir pada hari itu telah mengumpulkan tandatangan bagi menyatakan sokongan penuh kepada CUEPACS dan presidennya.
“Perkara sama akan dilakukan oleh ahli gabungan yang hadir pada hari ini iaitu akan mengumpul tandatangan ahli masing-masing di seluruh negara bagi menyatakan sokongan kepada presiden dan CUEPACS,” katanya.
Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menghubungi mereka dan mengesahkan PM telah menyatakan persetujuan untuk menemui kesatuan itu.
Terdahulu kenyataan Najib itu itu dikeluarkan Rabu lalu di Jamuan makan malam Banker Club dan disiarkan oleh pelbagai media di negara ini yang akhirnya menimbulkan kecaman pelbagai pihak termasuk ahli gabungan kesatuan itu.
oleh Masdarwahid.blogspot.com





















Memang selayaknya kakitangan awam diberi bonus tahunan sama macam pekerja swasta baru ada kualiti dan daya saing,justeru dapat meringankan beban bagi yang mempunyai keluarga besar dan anak yang bersekolah.
Ari tu kalau tak silap orang kewangan kata ekonomi dah semakin pulih dah,bila CUEPACS minta bonus dua bulan gaji terus kata ekonomi tak menentu la ni,so ape cite
tak nak bagi le tu!!
Apa tunggu lagi kakitangan awam gunakan kuasa yang ada samaada undi PR atau jangan mengundi langsung baru najib tau….!!
Mudah2an PM dapat pertimbangkan supaya kakitangan perkhidmatan awam akan terus meningkatkan produktivitinya
BN bilang ekonomi Malaysia Stabil cmna ni. PM kata, tuntutan CUEPACS minta bonus dua bulan gaji, digelar tidak bermoral pula.
itu melambangkan PM kita juga tidak bermoral..1 malaysia Pm no 1 tidak bermoral rakyat dibuduhkan..
ha baru korang sedar BN punya ajaran sesat ketuanya PM.. dia kata rakyat tak perlu risau ekonomi ok.. tapi bila CUEPACS minta 2 bln bonus, apa kata PM tak ada moral lah, ekonomi tak menentu lah dan macam2 lagi alasan.. jadi semua kakitangan awam tak ada moral ka? ingat tak kawan2 sewaktu harga minyak dunia naik… apa yang BN (PM) katakan pada kita semua rakyat? begini saudara2 ku..BN ni kan kalau harga minyak naik, dia kata tak boleh bagi subsidi tinggi kerajaan tak dapat tanggung so harga minyak pun di naikkan, tapi bila harga minyak turun apa BN (PM) kata, wahhh kerajaan rugi tak dapat untung so subsidi pun tak boleh dinaikkan juga. pendek kata harga minyak naik atau turun semuanya dia kata rugi…huhu!!! power lah. pesan kepada semua kakitangan awan di seluruh negara.. PRU ke-13 jangan bagi chance pada BN terutama UMNO. tengkolah kat selangor pelbagai helah BN buat kepada pemimpin2 PR dengan tuduhan yang dibuat2 dan ketua2 kakitangan awam di jabatan2 negeri semuanya pejawat awam penyangak yg pro BN (UMNO) sebab tu, banyak kes lampu jalan rosak tak dibaiki,jalan tak diturap untuk dibaiki, sampah tak dikutip…sebab kerana penyangak2 inilah.. kepala PR yang berkuasa tapi badan UMNO-BN yang berkuasa..so kepada PR hati2lah dengan taktik 1malaysia penyangak ni… jangan jadi macam di perak nanti…terima kasih.
menuduk Presiden CUEPACS tidak bermoral adalah salah.Banyak lagi perkataan yg beradab dan bersopan boleh diguna pakai.Jangan disebabkan presiden CUEPACS meminta 2 bulan bonus,dia dituduh tidak bermoral.Presiden hanya menyampaikan cadangan dan suara 1.2juta ahli kpd kerajaan.Itupun jioa kerajaan setuju dan boleh bagi,jika tidak dpt bagi tak apalah.Kami ahli2 faham juga keduudukan kewangan negara.
Memang keluar suda spesis sebenar PM yang konon2nya rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Sebenarnya saya malu mmpunyai PM yang dia kata presiden cuepacs itu tidak bermoral. Saya berpendapat PM lagi tak bermoral mengeluarkan kenyataan sedemikian. Tapi cuba selesaikan dgn baik maybe pada ketika itu dia tertekan oleh permintaan ROSMAH yang keterlaluan maybe bkn 2 bulan gaji. Maybe minta gaji setaraf menteri agaknya. Suami mana tak sayangkan isteri. Sepatutnya rakyat didahulukan ROSMAH diutamakan
1.2 juta ahli tu , kalau daftar undi dalam satu negeri , tatap memerintah.
kalau kana kasi pun bonus itu hanya utk kakitangan persekutuan ja! Belum tau musa aman mau ikit kasi utk kaki tangan kerajaan negeri. Pengalaman lepas menjadi ingatan. Mcm dengan slogan PM RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN? Gimik ja tu.
Bah kakitangan awam faham-faham saja lah. Sebenarnya kerajaan sekarang ini pun memang tidak ada duit. Sudah berbillion masuk dikocek pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kerana rasuah berleluasa lah duit kerajaan terancam. Tetapi yang tuntut RM300 seliter petrol itu bukan kah kerja kakitangan awam. Mungkin itu lah sebabnya PM marah dan terus tak bagi bonus….Kakitangan awam pun banyak juga yang curi tulang…lebih banyak berihat daripada buat kerja.
baik tdk payah bagi la bonus kpd kakitangan awam yang berpangkat 41 ke atas……. mereka lagi banyak makan duit rakyat dan duduk senang dgn menyuruh org lain shj membuat kerja…lepas tu, mau naik pangkat cepat dan mau bonus la….kalo bagi kpd kakitangan sokongan boleh la…kesian mereka ni….gaji sikit je……..baik tdk payah bagi bonus la……..baik duit tu diguna membantu kaum penan yang di cabul oleh BN sarawak…………semua tanah dan hutan BN ambik…….i ask god to take off wealth YB BN……….especially TAIB…………………….perompak….
Saya nak kongsikan pa yang blegar di kpala hotak ku sekian lama.Ni gara2 pemberian khas rm500 kpd pgawai sokongan time raya lalu.Gembira tidak jga mnerima wang tu.Dtolak duit, tpi ditrima pla lain sbab sdikit ja.memang ble meringankan sikit beban.ok lupakan…ucap tq kpd pm.TAPIiiiiii…..bla bajet dibentang pm ckp wang bantuan rm500 tu dipanjangkan hingga ke gred 52 dan akan diberi pada bln 12…dlm fikiran sa lebih baik jgn bagi smua sbb,…..klu tujuan pm nak ringankan beban org2 sokongan pas tu bln 12 semua pun dapat..bmakna tu bukan lgi mringankan beban.apa bezanya tu.yang kurang pndpatan tetap kurang pndapatan dan yang bsar pndapatan dtambah pndapatan padahal gaji dorang da besar bbanding sokongan…peerrahhh…HIDUP OMAR OSMAN!
Sekurang-kurangnya kakitangan awam mesti dikasi bonos, supaya dapat suntikan untuk menaikkan produktifiti kerja. Kita sudah kerja keras dalam setahun layaklah dapat bonus, soal kakitangan goyang kaki tak lah semua, orang berpangkat 41 itu adalah tulang belakang kerajaan untuk meleksanakan setiap aspirasi untuk membangun negara Malaysia, tak eloklah brother..tuduh orang begitu, kalaupun ada yang makan duit berangkali tidakpun sampai 0.01%, dan yang 99.0% masih lagi amanah menjaga hal ehwal rakyat, memberikan layanan yang baik kepada rakyat pelanggan apabila berurusan disetiap kaunter kerajaan. Itu sebab Presiden memohon supaya PM memberikan bonos kakatingan awam untuk lebih meningkatkan semengat dalam meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan awam.
Wah semua kecoh pasal bonus sebab najib tak nak bagi,ialah mana tidaknya wang dah habis guna untuk PRK lepas so kakitangan awawlah yang kena tanggung duit2 yang dah habis tu kan? takkanlah pekerja swasta pulak yang kena tanggung ye tak?
Beginilah nasib kalian dibawah kerajaan UMNOBN yang kaya terus kaya yang miskin naik rapid KL,itulah sindiran tepat buat mat2 politik khasnya UMNOBN ni yang hanya pentingkan diri sendiri sahaja tanpa berani melontarkan pendapat demi rakyat malaysia.
Biarlah kakitangan awam tak dapat bonus yang penting kami pekerja swasta ni kurang2 pun dapat 2 bulan gaji ok gak kan? so sabarle yek!!!!
semua tu jenaka sang pak pandir. ajib memang kaki kelentong la. dah ekonomi melonjak naik bila dia naik PM so apa alasan lagi. sy tak nampak kakitangan ni tak layak dapat bonus. memang briliant ajib ni patut la bg duit gula2 500 hari tu rupanya ada bakas di sebalik mee. ckp tak bermoral pada org yg minta bonus utk kakitangan kerajaan atau diapun yg tak bermoral kan…c4..apa cerita..