Oleh: Mail Mathew
KEMELUT pergolakan dalaman PKR Sabah banyak pihak yang menyalahkan mantan Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) yang sinonim dengan kelibat sering menghuru harakan parti yang pernah berlaku sebelum ini, jika parti yang beliau sertai tidak memenuhi aspirasi sebenar perjuangan beliau.
Malah tidak kurang juga ada pihak yang melabelkan DDJK ‘katak’ kerana sering berpindah parti sebelum ini, kerana agenda sebenar perjuangan beliau tidak diselami seluas luasnya oleh pengkritik, malah dipihak seteru politiknya pula ‘giat menyusunatur agenda buruknya’ dengan bertindak menokok tambah perkara keburukkan terhadap perjuangan DDJK sehingga banyak pihak terutamanya golongan yang tidak berkesempatan membaca akhbar terus terpesong akan cerita disebalik motif DDJK itu.
Berikut adalah wawancara ekslusif wartawan dengan DDJK, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya termasuk agendanya sering berpindah parti:-
Wartawan: Apa yang membuatkan Datuk menyertai PKR?
DDJK: Saya menyertai PKR pada Oktober 2006 kerana tertarik dengan agenda mereka.(Pemimpin de facto) Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bersetuju dengan syarat syarat , kecuali syarat mengenai formula perkongsian hasil, andainya saya menyerta PKR.
Saya menganggap tawaran tersebut sebagai adil kerana selain itu saya turut tertarik dengan konsep parti itu “Keadilan untuk semua’ pada masa itu, ianya membuatkan saya percaya bahawa saya boleh membawa perjuangan Sabah untuk kesamarataan melalui meritokrasi demokratik diperingkat kebangsaan…pada dasarnya reformasi.
Sebelum itu , saya sudahpun terfikir untuk bersara daripada politik kerana sudah jemu. Saya menganggap diri saya sebagai pemerhati politik pada waktu itu. Akan tetapi..saya melihat tidak ada pemimpin kita yang melakukan perkara yang terpuji. Situasi ini memanggil kepada penyertaan semula saya ke dalam arena politik sebagai seorang pemimpin yang prihatin.
Wartawan: Adakah Datuk selesa berada didalam PKR ada mulanya?
DDJK: Pada mulanya, saya dapat bekerja dengan baik walaupun hanya sebagai ahli biasa dan pemimpin tidak rasmi parti bersama dengan pengerusi jawatankuasa perhubungan negeri Awang Tengah Awang Amin. Kami mempunyai harapan tinggi untuk parti terutamanya ketika memulakan lawatan ke seluruh negeri untuk menambah keahlian.
Sepanjang tempoh tersebut…saya dilantik sebagai naib presiden . Akan tetapi..perlahan lahan saya mendapati adalah sukar membuat keputusan di peringkat negeri kerana KL (Ibupejabat) tidak membenarkan jawatankuasa perhubungan negeri untuk membuat keputusan sendiri tetapi sebaliknya memilih untuk merujuk kepada proksi mereka . Ini sesuatu yang mengecewakan kerana saya mewakili sejumlah penyokong yang ramai dan amat sukar jika anda tidak mempercayai orang orang sendiri.
Apabila mereka menggantikan Awang Tengah dengan Ansari Abdullah tanpa berbincang dengan majority, disitulah masalah bermula. Mereka menggantikan Ansari dengan DSAI kemudian Azmin Ali dan yang terbaru Thamrin. Kira kira dua pertiga ahli parti membantah perubahan tersebut namun KL enggan mendengar.
Anda memerlukan pemimpin dari Sabah untuk menyelesaikan isu isu diSabah dan berkaitan dengan Thamrin..walaupun beliau adalah seorang rakan dan saya tidak mempunyai masalah dengan beliau secara peribadi…saya fakir beliau tidak dikenali walaupun oleh parti sendiri. Bagaimanakah beliau dapat menjalankan tugasnya sebagai pemimpin?
Jika KL sering menukar pemimpin sesuka hati mereka, bagaimanakah parti ini dapat meneruskan perjuangannya? Malah..parti ini berisiko akan menjadi lemah dan mengelirukan ahli ahli.
Wartawan: Jika sekiranya Datuk dilantik sebagai ketua parti negeri, mungkinkah ada perbezaan?
DDJK: Tidak ada bezanya…jika pemimpin KL enggan mendengar apa yang kami ingin sampaikan. Saya sudah banyak kali nyatakan sebelum ini dan ingin menyatakannya sekali lagi bahawa perjuangan saya adalah untuk rakyat dan bukan untuk diri saya sendiri. Aya lantang bersuara dan ianya telah membawa kesulitan kepada saya sendiri kerana saya bukanlah seperti pemimpin lain yang akan berselindung jika merasakan kedudukan mereka terancam.
Ada seruan daripada ahli dan pemimpin diperingkat bahagian untuk saya menerajui PKR diSabah…tetapi bagi saya itu bukanlah isu disini. Ibupejabat telah membuat keputusan tanpa persetujuan kami dan bagi saya ini tidak betul. Ini bukan mengenai perlantikkan yang dibuat tetapi cara ianya dilakukan.
Wartawan: Adakah Datuk mencadangkan PKR perlu jawatankuasa perhubungan yang tidak terikat dengan kepimpinan pusat?
DDJK: Tidak semestinya…terdapat isu kebangsaan yang memerlukan perhatian tetapi apabila ianya berkaitan dengan isu negeri, mereka harus mempercayai pemimpin dinegeri tersebut. Jika mereka (kepimpinan pusat) mahu menentukan semuanya…apa gunanya proses demokrasi yang diwar warkan?
Inilah seruan saya semasa menyertai parti ini…malah saya telah memperkenalkan “Deklarasi Tambunan” sebagai panduan. Ianya satu pendekatan berdasarkan perkongsian sama rata diantara Sabah, Sarawak dan Semenanjong Malaysia.
Intipati utama deklarasi tersebut termasuklah: menghormati hak hak istimewa dan autonomi Sabah dan Sarawak termasuk 20 Perkara; mengujudkan jawatan timbalan PM untuk negeri negeri Borneo; mengujudkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyelesaikan masalah pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing serta kehadiran jumlah PTI yang semakin ramai; menaikkan royalty minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus; perwakilan yang seimbang dalam cabinet persekutuan serta perkhidmatan luar negeri dan membenarkan Sabah merancang pembangunan sisio ekonominya sendiri. Namun KL memilih untuk mendominasinya.
Wartawan: Jika deklarasi ini diterima oleh PKR, adakah ianya akan mengubah pendirian Datuk?
DDJK: Saya amat gembira sekiranya ada mana mana pihak yang menerima deklarasi ini…sama ada pihak itu adalah BN atau PR…saya pasti ia akan membawa kebaikan kepada Negara ini dalam jangka masa panjang. Pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan yang ada sekarang terhadap Hari Malaysia memberi harapan kepada kita semua.
Wartawan: Siapakah yang Datuk wakili dalam perjuangan ini?
DDJK: (Saya mewakili) majority senyap di Sabah termasuk segelintir pemimpin dalam BN…masalah yang dihadapi adalah mereka dikuasai oleh KL dan mereka tidak berani bersuara disebabkan system politik yang ada sekarang lebih bersifat mementingkan diri sendiri dan dominasi.
Jika mereka tidak menyukai anda…maka anda akan disingkirkan..oleh itu untuk menjaga kepentingan sendiri..mereka terpaksa mendiamkan diri. PRU12 mungkin telah mengejutkan BN untuk melakukan pembaharuan…tetapi kita diSabah dan Sarawak berhak mendapat yang lebih baik.
Wartawan: Adakah Datuk akan meninggalkan PKR?
DDJK: Saya akan beritahu anda bila tiba masanya…kerana PKR pusat masih memujuk saya…sebab itu kita beri mereka kata dua..jika mereka mahu berubah demi kebaikkan parti, mereka terima kata dua kita…jika tidak apa nak buat?
Wartawan: Adakah DSAI menghubungi Datuk untuk meyakinkan supaya Datuk kekal (sebagai naib presiden)?
DDJK: Ada juga tetapi bukan secara terus…saya mendengarnya daripada pemimpin pemimpin lain. Kenapa beliau tidak menghubungi saya? Inilah yang membuatkan saya merasa kami tidak dihormati sebagai pemimpin dan ianya mengecewakan saya.
Wartawan: Apakah perancangan Datuk sekarang? Datuk ada menyatakan untuk membentuk parti baru atau menyertai SAPP atau pun BN?
DDJK: Saya perlukan masa untuk berfikir mengenainya…dan sebelum itu perlu juga saya mendapatkan maklumbalas daripada akar umbi. Bagaimanapun maklumbalas yang saya terima setakat ini, ramai yang mahukan saya menubuhkan parti baru berasaskan negeri Sabah…saya perlu berhati hati dan akan menimbang semua pilihan ini bila sampai masanya.
Wartawan: Adakah Datuk pernah didekati oleh mana mana parti?
DDJK: Adakah anda akan terkejut sekiranya ada…memang ada yang telah mendekati saya secara tidak terus dan oleh sebab itu saya tidak dapat memberi kata putus dalam hal ini. Bagaimanapun saya ingin nyatakan bahawa ianya sesuatu yang baik untuk mengetahui bahawa masih ada yang mahu menerima saya.
Wartawan: Datuk pernah beralih daripada PBS, Akar sebelum kembali ke PBS, kemudian ke PBRS dan selepas itu menjadi ADUN Bebas dan sekarang PKR.Adakah Datuk tidak risau tentang pendapat orang ramai?
DDJK: Semua itu bukan kehendak saya untuk meninggalkan PBS…abang saya (Datuk Seri Joseph Pairin) yang memberitahu saya untuk menyertai parti Akar dimana ketika itu Sabah menghadapi kemelut politik (dengan BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada PBS apabila beberapa pemimpin PBS keluar dari parti dan menyertai BN).
Abang saya mahukan saya menghalang PBRS dan PDS (sekarang UPKO) daripada menyertai BN. Ketika itu saya Timbalan Presiden Akar dan membantah kemasukkan PBRS dan PDS ke dalam BN tetapi kami gagal.
Saya kemudiannya kembali ke dalam PBS tetapi selepas timbul pergolakan dalaman PBS…kerana ada yang tidak menyukai semangat saya sebagai pemimpin…saya menyertai PBRS. Bagaimanapun ..perkara yang sama berlaku dan saya keluar dari parti tersebut…dan buat seketika saya berkhidmat untuk rakyat dengan sendiri sebelum menyertai PKR.
Saya seorang yang mementingkan organisasi…oleh itu saya mengurus hal hal pentadbiran dengan penuh semangat dan efektif. Masalah timbul apabila walaupun anda seorang pemimpin yang baik dan rakyat menyukai anda …terdapat segelintir pemimpin lain yang tidak senang dan cuba untuk memaksa anda keluar. Saya bertukar parti bukan kerana atas kemahuan saya…tetapi keadaan memaksa saya berbuat sedemikian.
Wartawan: Apakah harapan Datuk untuk masa hadapan?
DDJK: Perjuangan saya untuk negeri dan rakyat negeri ini seperti yang termaktub dalam ‘Deklarasi Tambunan’ …kita tidak boleh tunduk sahaja dan dikuasai proksi dan tuan mereka. Kita perlu bersuara dan didengari.
Ends///..






















Peubuhan parti baru tidak menyelesaikan masalah, malah memecahbelahkan masyarkat, DDJK sebenarnya kecewa tidak dilantik Pengerusi PKR Sabah, klu benarla ikhlas membantu rakyat sabah, stay la dlm PKR, bukan pangakt tu yg penting tetapi kerja tu yg utama,
klu DDJK kerja kuat dan ikhlas dlm membela rakyat sabah sudah pasti dah jadi YB pada PRU12 yg lalu, ini kalah memalukan, jd tak payahla tubuh parti baru…lebih baik pencen ja la dlm politik dari tubuh parti baru…DDJK terkenal dengan lompat sana lompat sini, kejap lg akan lompat la tu…
saya tak faham cakap orang biasa tu…kalau tiada pangkat macam mana dia boleh kerja tuntut hak rakyat diSabah dalam PKR…sedangkan kepimpinan PKR pusat tak mau dengar cakap orang bawah…macam Umno bah diaorang tau kah!
Macam mana orang biasa kata ‘kalah memalukan’..kenapa Dr Jeffrey kalah teruk kah..hilang wang deposit? kalah perkara biasa …Tun M pun pernah kalah bah tapi tak de orang cakap ‘ kalah memalukan’..orang biasa saja yang cakap…boleh pakai kah!
Janganlah diharap sangat parti semenanjong terutama PKR…sudah tidak relevan lagi…sampai dunia kiamat pun tidak pandai menang punya bah…pemimpin PKR jangan harap pengundi Bumiputra Islam undi PKR…ooohh! sorry lah! kawan pun disumpit dan bersembunyi!
DJK sepatutnya sudah berfikir kearah perancangan politik sabah untuk 5 PRU yang akan datang iaitu perancangan politik dalam 25 tahun.Kalau DJK ingin melihat deklarasi tambunan sebagai satu deklerasi yang mempunyai makna bagi rakyat Sabah pada masa yang akan datang.. DJK harus merancang dan memilih siapa anak watan yang akan menjadi penerus keapada tuntutan ini dengan kata lain siapa yang bakal memikul tugas dan tangunggjawab ini.Dalam politik soal perancangan ’survive’ boleh menjangkau 60% dari masa dan tenaga kerja kita sebab kita sebab politik bukan sekadar cerita kalah menang dalam pilihan raya tapi juga cerita tentang ‘kesinambungan’ dan ‘generasi pelapis’ juga kita tidak cuma akan berdepan PRU13 tetatapi juga PRU-PRU yang seterusnya.
Umno-BN telah mengabaikan hak-hak rakyat sabah selama 52 tahun.. Umno-BN kaya dengan hasil bumi negeri di bawah bayu tapi rakyat di bawah bayu menderita kesakitan dengan miskin akademik dan papa kedana ilmu pengetahuan sebagai perakara utama dalam pembentukan bangsa bertamadun selain terkenal antara negeri yang miskin.Kita harus ‘kenal’ siapa musuh politik dan siapa musuh bola sepak.. Rakyat sabah mau tumbangkan Umno-BN dan bukan mau bermusuhan dengan pakatan rakyat dan yang sudah dalam PKR jangan kita berpecah lagi kalaupun DJK mau buat parti barupun tetap kekalkan hubungan politik yang baik dengan PKR. Kita tidak ingin sejarah PBS berulang, walaupun KDM bersatu dan dapat memrintah negeri tapi suara itu tidak cukup kuat untuk bergema di parlimen dalam isu-isu kebangsaan dan cuma di lihat oleh Pusat macam suara kampung saja. Kita perlu ‘Platform politik’ yang lebih bersifat global dan menyeluruh apatah lagi dalam deklarasi tambunan ramai penganalisis melihat itu sebagai isu kebangsaan seperti tuntutan royalti minyak 20% di mana ada beberapa negeri juga yang mempunyai hasil minyak dan keputusan itu juga tentu akan mengambil kira kedudukan negeri-ngeri tersebut serta isu jawatan timbalan presiden bagi borneo yang mana negeri-negeri di semenanjung juga akan ada pandangan dan kepentingan mereka juga yang hendak di ambil kira dan kita seluruh rakyat sabah harus telah bersiap dengan hujah dan kekuatan kalau ingin mempertahankan dan menuntut jawatan itu.. oleh sebab itu kita kita jangan terburu-buru tetapi harus rancang dengan teliti di mana kemungkinan keberhasilannya bukan di tangan kita tapi mungkin di tangan generasi pelapis.
Saya kira DJK tidak perlu lagi dalam keadilan.. samada DJK buat parti baru atau menjadi perancang pada politik akan datang dan penyusunan generasi pelapis.. maklumlah ajal maut di tangan TUHAN kita tidak tahu sampai bila kita masih boleh lihat gunung kinabalu dan jambatan di temperuli.. sori palis kangku.. Sebagai rakan kepada sedara Thamrin juga DJK harus di berikan sokongan sebagai platform di peringkat Kebangsaan.. Kita juga sudah sepatut nya biasa membincangkan isu-isu umum dan global dan tidak hanya di lihat berkokok dalam isu-isu kenegrian dan keKDMan.. begitulah nama dia politik tompenai.. berkawan dengan lawan.. dan kawan menjadi lawan sudah perkara biasa dalam politik.. yang penting kita ‘bercakap’ dan ‘menilai’ untuk kepentingan generasi kita yang akan datang tanpa mengira kaum dan agama.. …. …yang lain kita tolak tepi dulu…
” Saya mengharapkan akan lebih ramai lagi pemimpin yang akan berjuang untuk mengembalikan100% hak hak istimewa dan autonomi Sabah dan Sarawak ” INI PERINGATAN KEPADA PEMERINTAH DARI SEMENANJUNG JANGAN TERUS UNTUK MEMPERBODOHKAN DAN MEMPERMAINKAN HAK ORANG SABAH DAN SARAWAK , SUATU HARI SAYA PASTI ADA PERKARA YANG TIDAK BAIK AKAN BERLAKU TERHADAP PERHUBUNGAN ANTARA SABAH SAWARAK DAN SEMENANJUNG,, 90% PEMIMPIN BN SABAH BUKAN LAH PEMIMPIN YANG MEMBELAH HAK SABAH TAPI MEREKA INI ADALAH PEMIMPIN PEMBOLOT HARTA TUHAN YANG PALING BERJAYA,, “Saya tidak kisah kalau pun mereka ini menjadi pembolot berjaya tapi berusaha lah untuk mengembalikan hak istimewa autonomi rakyat ini”
Saya mengharapkan Dr Jeffrey kuat berusaha dalam pembelaan hak istimewa orang sabah,, Kenapa tiada kah orang sabah yang bijak dan pandai mentadbir negeri ini dengan baik terutamanya dalam pentadbiran kakitangan awam biasa,,,bila berurusan jak pigi jabatan kerajaan terpaksa berurusan dengan orang semenanjung,, ndak ka orang sabah yang pandai mengurus,,, sakit hati owhhh susah betul berurusan dengan orang semenanjung,,,, temberang no 1,, saya boleh gelar mereka ini DEWA PENAHU
Kalau kita cadangkan DDJK untuk bersara dalam politik…tetapi pada hemat saya istilah ‘bersara’ dalam politik memang tidak ada…kerana selagi pemimpin itu boleh bercakap, boleh berfikir dan berperasaan cintakan negara dan rakyat tetapi yang lebih penting mata masih belum kabur untuk menulis dan membaca…selagi itu minda dan niatnya yang masih terbuka luas membela hak dan keadilan rakyat terus membara…dia masih seorang pemimpin politik.
Misalnya…pejuang politik dan aktivist demokrasi Sarawak Daniel Tajem yang telah berusia 70 tahun..meskipun ada usaha kepimpinan BN Sarawak mahukan Daniel seakan akan dipersarakan dalam politik ketika meletus pergolakan politik diarawak sekitar tahun 80an dimana Tajem ketika itu Timbalan Preside PBDS tetapi terlibat dengan Peristiwa Hotel Ming Court KL bersama sama dengan 17 Adun Sarawak…namun Patinggi Taib yang cerdik mengatur langkah strategi politiknya..melantik Tajem sebagai Pesurujayah Tinggi Malaysia ke New Zealand dan Fiji (dulu tempat Tun Mustapha membuang Tun Fuad semasa krisis UPKO-Usno). dan sehingga kini Daniel Tajem masih berpolitik bukan BN tetapi PKR.
Mengenai pendapat Tulun Tokou yang mencadangkan DDJK perlu memandang lebih jauh kehadapan dengan membuat ‘blue print’ dan menggilap pemimpemimpin muda dan terpelajar sebagai pemimpin pewaris parti sebagai kesinambungan perjuangan…saya bersetuju 100% padangan TT.
Bagaimana pun dalam keadaan DDJK dan pemimpin lain dalam PKR sudah tidak sehaluan..sudah tentu banyak kekangan DDJK untuk melakukan perancangan itu…tetapi langkah yang sebaik baiknya adalah menubuhkan sebuah parti baru berasaskan tempatan untuk meneruskan perjuangannya.
Penubuhan parti baru untuk Sabah adalah sesuai pada masa ini tetapi perlu diingat bahawa kemenangan 100% parti baru itu tidak akan menjamin kekuatan suara rakyat Sabah.Banyak perkara yg perlu kita fikirkan:-
1-Apakah nanti wakil rakyat yg dipilih benar-benar jujur dengan kata lain tidak melompat parti terutamanya bila ada tawaran yg boleh menjamin masa depannya sebagai wakil rakyat?
2-Jikapun tidak ada yg melompat,mampukah wakil-wakil rakyat tersebut bersuara kemudian didengar oleh Parti Pemerintah? Sebabnya,tiada tunjang kekuatannya.Katakan PKR yg memerintah sedangkan masa yg sama kita tak sebulu dengannya,kita yakinkah mereka akan dengar.
3-Selebihnya kita kembali kepada Sejarah sewaktu PBS keluar dari BN dan boleh juga sedikit kita melihat kepada PAS yg memerintah Kelantan.
Pada saya apa yg perlu DDJ buat jika mahu kekuatan itu bergema KENAPA TIDAK TUBUH SAJA PARTI PERPADUAN SABAH SARAWAK bagi mengimbangi UBN atau PKR.Bukankah langkah ini lagi ke depan.Atau kekallah dalam PKR kerana jawatan Naib Presiden itu sudah cukup gah bagi kita di sini.Walau apapun cara kita kena ingat bahawa kita akan tetap satu Negara iaitu Malaysia.Bukan maknanya kita sanjung tetapi itulah hakikat.Dengan kata lain,walau apapun parti ianya harus ada hubungan dengan pusat,tak kira parti pembangkang atau sebaliknya.Emosi tidak akan membawa apa-apa keuntungan.
Perubahan politik menandakan adanya kesedaran rakyat sabah,betapa kita memerlukan satu platform yang kukuh , teguh dan berani menyuarakan hak2 sabah seperti yang terkandung dalam 20 perkara. Landasan perjuangan kita pada hari ini seharusnya tidak lari daripada 20 perkara tetapi menjadi panduan agar semua rakyat sabah tidak kira agama dan kaum akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Kenyataan DRJ telah memperjelaskan kepada rakyat bahawa PKR bukanlah sebuah parti politik yang boleh menjamin hak2 rakyat sabah,apabila mereka tidak mengambil berat akan deklarasi tambunan dan juga tidak melihat isu 20 perkara. saya amat bersetuju dengan perjuangan beliau yang berjuang untuk rakyat dan bukannya untuk diri sendiri.Sebab itu pada awal2 lagi saya telah menyatakan bahawa pandangan beliau yang telah 20tahun kedepan, sebenarnya telah menghidu kepincangan sistem PKR itu sendiri.
Setiap parti di yang ditubuhkan , yang berasaskana kenegerian bukanlah menjadi satu kesalahan bila kita membincangkan isu2 kenegerian. Siapalah kita yang datang menyibuk hal2 politik negeri lain.tidak ada keuntungan yang akan kita perolehi,tetapi kita tidak boleh ,tidak juga untuk mengikuti dan memahami corak politik mereka, sebagai mematangkan diri dalam hal politik.
Saya bersetuju yang kerjasama dengan PKR kita masih lagi perlukan,tetapi kerjasama itu hanyalah diperingkat nasional dan bukannya negeri.Biarlah parti kita orang kita sendiri yang berkuasa keatsa organisasi itu, dan bukannya ada pengaruh luar lagi yang menguasai kita.SAma seperti BN yang didalamnya banyak komponen2 parti, dan begitu jugalah dalam PR.
biarlah Parti kita dan orang kita sendiri yang mencorak politik sabah dan bukan lagi pengaruh oleh KL.
Apa pun tindakan DRJ selepas ini, dan sebagai seorang rakyat sabah serta pemerhati politik, saya mengharapkan satu gelombang sokongan rakyat yang besar,yang
Saya tidak nampak apakah motif Dato Jeefrey. Tapi nampaknya dia keseorangan berjuang di Sabah. Saya pun tak tahu apakah motif sebenarnya perjuang beliau. Kalau untuk rakyat Sabah, saya rasa dia tidak akan meninggalkan PBS atau PKR. Kalau untuk kepentingan diri, tentu dia menyertai parti pemerentah. Mungkin dalam diri Dato Jeefery adalah pepecahan atau Dato di persimpangan, tak tau arah hendak dituju.
Kalau Dato nak tumbuhkan parti baru, saya rasa elok dia berpakat dengan Dato Ibrahim Ali untuk tubuhkan Parti Bebas Malaysia (PBM). PBM tidak perlu pelembangaan yang rumit mungkin satu ayat sahaja, iaitu “semuanya bebas”.
sungguh-sungguh ko nahagan mau DrJ jadi sultan sabah supaya ko sebagai gundiknya boleh gemuk . ko ingat urang KL tu buduhkah mau kasi can ko ambil untung saja tapi nda mau rugi. malas komen banyak nanti ko suruh lagi aku baca
buku banyak-banyak,
Bagus juga DrJ tubuhkan parti baru nanti kalau menang bolehlah dia cium bontot pemimpin BN pulak, asalkan BN penuhi empat syarat :
1. Lantik dia jadi Presiden atau Yang dipertuan Agong wilayah autonomi sabah
2. 50% hasil dan hak adalah milik DrJ atau kaum kerabat
3. Keadilan untuk Org KDM sahaja
4. Kuasa untuk dia melompat lagi
DrJ n lebih 18 pemimpin cabang serta penyokong akar umbi PKR Sabah perlu bersabar buat sementara waktu menanti respon PKR pusat…..biasa la politik msti ada kepincangan yg dilakukn pemimpin proksi yg ada kepentingan….
saya percaya ada penyelesaiannya……apa-apa pn kta tungu, kalau PKR pusat macam amino juga….senang sja ba, tinggalkan PKR sja….tubuh parti baru ka….atau tdk paya undi la, kasi kubur sama2 ubn…undi bebas lagi bagus…
ha ha ha…….
saudara provok,cetek sungguh pengetahuan anda.Antara perjuangan dan kepentingan diri sendiri boleh dinilai dari sudut politiknya.Sebab itu saya sarankan anda bacalah sejarah pembentukan malaysia.Jika dilihat dari sudut perundangan, apabila sesuatu perjanjian itu tidak dipatuhi,bererti kita tidak pernah mendapat kemerdekaan.Sebab itu apabila anda masih bertuankan KL bukankah anda yang sebenarnya bodoh.Perjuangan haruslah bermula dari rakyat sendiri dan bagaimana seharusnya kita berjuang demi keadilan rakyat sabah. sebab itu saya sarankan anda banyak membaca lg.kenyataan ringaks pun ko tidak dapat memahaminya. saya bukan nak memalukan anda,tapi komen anda sama seperti budak2 tahun satu.
Sdara sekalian , nahagan,anak bulan, suratkabarlama,anak muda sabah dan tulun tokou apa yang kamu cakap itu banyak yang BENAR. saya tidak fikir DDJK mahu jadi sultan Sabah kerana KDM tidak ada gelaran itu yg. ada HUGUANSIOU selainnya yg. jarang diketahui gelaran TINDARAMA bermaana PEJUANG UNGGUL dan saya akui DDJK seorang bersemangat TINDARAMA.
Saya percaya hanya rakyat sabah sejati sahaja yang berani dan sersungguh2 memperjuangkan hak2 rakyat sabah dan Sudah tentu rakyat itu adalah rakyat yang tulin.
Saya setuju dengan kau nahagan. Sdk provok memang hanya mempunyai pengetahuan tahun satu. Bodoh betul. Perkara senang pun tidak pandai faham-faham. Barangkali dia ini orang PTI yang dapat projek Mykad dari UMNO dan tinggal di Pulau Gaya.
DDJK: Semua itu bukan kehendak saya untuk meninggalkan PBS…abang saya (Datuk Seri Joseph Pairin) yang memberitahu saya untuk menyertai parti Akar dimana ketika itu Sabah menghadapi kemelut politik (dengan BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada PBS apabila beberapa pemimpin PBS keluar dari parti dan menyertai BN).
Abang saya mahukan saya menghalang PBRS dan PDS (sekarang UPKO) daripada menyertai BN. Ketika itu saya Timbalan Presiden Akar dan membantah kemasukkan PBRS dan PDS ke dalam BN tetapi kami gagal.
Kalau kita baca petikan ini jelas kepada kita DJK bukan seorang yang berpandangan 20 tahun kedepan atau dapat menghidu kepincangan party sebagaimana yang di tulis oleh nahagan.. perpecahan dalam PBS gagal di atasi DJK.. ketika DJK mula masuk PKR juga bukti yang DJK tidak terhidu apa-apa ketika mendaftar sebagai ahli PKR.. Imej yang lebih baik adalah pada abang DJK yang di lihat lebih tenang atau tereneng bilang orang dusun.. ini sterategi politik, kita tidak perlu war-warkan perjuangkan 20 perkara sebagai agenda utama.. adakah kita fikir dalam kepala pemimpin UPKO,PBRS dan PBS tiada tertulis 20 perkara? jangan kau silap gaman.. banyak perkara yang durang bincang dengan DPK (Pairin) untuk sterategi sabah akan datang..
Macam saya bilang dulu.. kita pakai formula simpan gagamas dalam wakid.. kalau gagamas kita bawa-bawa di tangan orang pun sudah tau kita mau pigi merebuat.. macam juga kalau kita bawa pisau penoreh gatah.. memang tompenai lain tau kita baru balik dari memutung gatah.. tapi jangan pula macam serita si kawan yang pakai baju kot pigi memutung gatah mau tunjuk eksyen punya pasal.. ‘mantad oku opis be gia” padahal urang pun tau dia pigi memutung..
Kita memang perlu ‘platform’ parti bersifat negeri sabah dan mendokong Pakatan Rakyat, tapi saya tidak fikir parti itu akan sekuat seperti PBS dulu.. sebab penyokong tempatan telah banyak dalam UPKO, PBRS dan PBS dan harus kita teliti juga yang parti baru ini akan menentang 3 tau empat penjuru.. satu penjuru mungkin PBS, satu penjuru mungkin SAPP, satu penjuru lagi mungkin PKR dan penjuru lain juga seperti UMNO, PBRS,UPKO dan DAP.. mampukah parti baru ini berdepan dengan bekas ‘rakan’ dan ‘lawan’.. seolah-olah yang akan dihadapi oleh parti baru ini dua kumpulan lawan yang kuat satu dari kumpulan BARISAN NASIONAL dan satu dari kumpulan PAKATAN RAKYAT.. mungkinkah parti baru ini akan tersepit di tengah-tengah? Rakyat akan menilai parti baru itu nanti tidak jauh bezanya dengan ‘calon bebas’..mungkin juga rakyat merasa ini adalah agenda peribadi DJK? jangan kita terlalu emosi dalam hal ini sampai mengatakan DJK berpandangan 20 tahun kedepan.. yang kita perlu bukan ‘emosi’ tapi ‘analisis’ simpang siur rekod politik dan ‘kemungkinan-kemungkinan’ politik yang akan datang..
Pandangan Tulun Tokou saya sokong, lagipun untuk menang di Sabah kena ambil kira juga perasaan pengundi orang Islam, kalau agenda DJK mcm PBS semeasa memerintah sabah, maka orang Islam tidak akan mengundi parti baru DJK…Sabah merupakan negeri yg terdiri lebih kurang 36 suku bangsa sebagai pengundi, jadi mampukah parti baru DJK memengi pilihanraya nanti.. Berjuangla dlm PKR, jawatan Naib Presiden tu dah tinggi bah…
Sdk provok perlu bercakap yang betul betul dan bernas baru lah orang hormat pendapat anda itu. Tapi kalau bercakap yang bukan bukan seperti melemparkan tuduhan yang tidak tidak macam mana orang lain menghormati pandangan anda…paling paling kena KETAWA lepas dikasih DELETE sebab MENYAMPAH.
Apakah pula Dr J mau jadi Sultan pasal dia mau tubuh parti baru? Kalau pun Dr J mau tubuh parti baru..itu hak dia selagi negara kita ini mengamalkan sistem demokrasi…kenapa? u mau halang dia…sorry lah brother! Barangkali u ni jealous ke!
Tulun Tokou cakap saya sokong. Pemimpin yg hebat mestilah bertindak atas pertimbangan berasaskan ilmu, berasaskan maklumat sahih. Dr dulu saya hairan kenapa DrJ masuk PKR yg sistem partinya sudah diketahui umum.
Masa kongres PKR di Seremban, sampai saja DrJ di Seremban terus dia dipanggil oleh Anwar ke KL. Di sana Anwar meminta DrJ tarik diri bertanding jawatan Naib dengan menawarkannya jawatan Naib dilantik. Apa DrJ buat? Adakah dia menolak sebab mahu dia dipilih secara demokarasi? Tidak.. DrJ yg terkenal dengan kecerdikan luar biasa itu menerima saranan Anwar.
Persoalannya kenapa kalau menguntungkan dia semua ok saja walau melalui proses yg KONONnya dia tidak setuju? Kenapa pula dia ini senang diarah2 oleh org lain? Abg dia suruh masuk Akar maka dia masuk Akar. Anwar suruh tarik diri, dia pun ikut juga? Tidak boleh fikir sendirikah? Kalau betul DrJ sbgi pemimpin berwibawa sudah tentu jawatannya sbgi Naib Presiden membolehkan dia menyelesaikan kemelut PKR Sabah. Tapi ternyata dia gagal, malah hanya menambah kerosakan. Cuba baca temuramah di atas, adakah logik dia minta royalti naik, PTI dihalau dll. Bukan PKR yg berkuasa skrg, jd mcm mana dia kata Pemimpin KL (PKr lah itu maksudnya) tidak bersetuju?
Tapi kalau sayapun jd ketua, tiba2 ada pengacau yg ugut sana, ugut sini, lebih baik singkirkan saja si pengacau itu. Paling2pun PKR kalah. Tapi kalau diikut juga permintaan si pengacau itu PKR akan terus lenyap.
saya selama ini hormat juga sama si aman Dr.Jef tapi bila dia cerita bagaimana abang nya Datuk Pairin suruh dia masuk AKAR semata-mata mahu blok PDS dan PBRS masuk BN maka timbullah kebimbangan saya bahawa dia seorang yang tertepalajar dan mempunyai pengalaman boleh di suruh-suruh untuk membuat sesuatu diluar bidangkuasanya.. stelah gagal menunuaikan hasrat abangnya dia tidak kena pakai dalam PBS..seterusnya merantau dalam politik Sabah mencuba berbagai cara dengan menggunakan parti-parti politik yang lain dan akhirnya juga dia tidak kena pakai. Seseorang pemimpin yang tidak tegas, tidak tahu buat keputusan apakah yang terbaik maka akan terjadilah perjalanannyan terumbang-ambing dan pengikutnya yang menanggung bebeban sensara…jadi apakah percaturan dan pertelengkahan Dr.Jef dalam PKR akan berakhir dengan meninggalkan PKR? jika ya, adakah beliau membentuk parti baru? jika ya, adakah beliau akan dapat kepercayaan rakyat lagi? apa yang rakyat sabah perlu ialah sebuah parti Sabah yang berwibawa, tegas, berani dan mempunyai visi dan misi untuk meneggakkan keadilan, mempertahankan hak-hak sabah dan menuntut aotonomi politik bagi Sabah..buat masa ini saya hanya nampak sebuah parti yang ada kriteria ini ialah SAPP dan pemimpin berani Datuk Yong.. bagi kita bangsa, kaum, agama bukan soalnya dan masalahnya sebab kita di Sabah keharmonian kaum sudah wujud sebelum merdeka lagi sehingga sekarang..soalnya kita perlu ada satu “perahu’ untuk kita sama-sama belayar sabagai wadah perjuangan rakyat Sabah. Keegoan dan pemikiran sempit kesukuan tidak akan bawa kita kemana..saya sebagai pemerhati politik sejak pemerintahan usno sehingga sekarang nampak dan yakin bahawa BN?UMNO mahu pun PKR/PR parti dari Semenanjung akan tetap gunakankan politik pecah dan perintah di Sabah. Ini lah bentuk penjajahan KL kepada kita. Pemimpin KL tahu sikap pemimpin politik Sabah senang dipecah belah sebab kepentingan diri dan keegoan dalam kumpulan masing-masing. masa tidak banyak lagi untuk bertelingkah dan pemimpin sabah harus bijak untuk bergabung tenaga dan fikiran dalam satu parti tempatan yang sudah teguh dan berpengalaman untuk dijadikan wadah perjuangan bersama. saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik tetapi jika sebuah parti baru lagi ditubuhkan maka perpecahan dikalangan parti pembangkang semakin besar maka senanglah UMNO/BN memenangi PRU13 nanti. apa kata Dr. Jef berunding dengan Datuk Yong tegok apakah formula terbaik untuk menguatkan pihak pembangkan untuk memenangi PRU13..saya tegok Dr. Jef dan Dtk Yong ada persamaan dalam isu-isu sabah..dalam politik tiada perkara yang mustahil, yang penting kejujuran dan keikhlasan untuk mebela nasib rakyat sabah.
I don’t believe in what DJK had said! He talk nonsense!!! Cheaters….Why should we believe in what had he said? No no no not for this time…. I think he should retire from this politics scene!!!!
Please!!1
Memang perjuangan dia tuk memartabatkan Sabah tidak boleh disangkal lagi.Namun pelbagai persoalan timbul ekoran perbalahan antara ahli2 dlm parti.Pasal pentingkan diri ni,hanya tuhan ja tau.Soal lebih2 pun susah.
Dari temubual diatas jelas menunjukan bahawa DJK seorang yang sukar berkompromi. Penyandangan potfolio beliau sebagai pemegang kunci kekayaan Sabah zaman PBS sebagai kerajaan negeri, agak sukar beliau rendah hati dan jinak di kerusi kedua.
Jawatan Timbalan PM Borneo yang beliau sasarkan.
Royalti minyak 20% itu membolehkan beliau kembali memegang kunci kekayaan Sabah semula.
Degan kuasa dan kekayaan ditangan, beliau seakan-akan ‘King Soloman’ Sabah.
Pekapa-pekara lain cuma dekorasi.
Saya tak faham apa sebenarnya niat DJK ni…. Mgkin ada betulnya dia nak tolong rakyat Sabah tapi…. cakap saja pun susah juga kio…
Bagi saya Jeffrey ni pada asalnya mungkin ada niat baik tapi biasalah ba politi… apa2 pun boleh jadi…
Apapun saya harap semua pemimpin Sabah akan lebih mempertahankan hak orang sabah.
hmmm…. mcm susah pula mo percaya… kalau selalu lompat sana sini – mcm x tetap pendirian kan… So kalau x tetap pendirian camna mo buktikan DJK ni betul2 mo tlg org sabah…
Kita perlu bersuara dan didengari- Betul, saya sokong…
Tetapi kadang2 kita pun perlu mendengar… Kalau semua perkara kita buat ikut prosuder yang betul dan ditetapkan rasanya semuanya pasti OK… hehehehehe
Tetapi saya memang tidak dapat percaya lagi dengan kepimpinan DJK mahupun keperibadian beliau…
kecuali la kalau dia berjaya buktikan – itu lain cerita… hehehehhe
Betul tu Adel… Saya pun macam ragu2 juga dengan DJK… mo fikir lebih dari 1000 kali pun belum tentu saya yakin dengan ceritanya ni…
“Saya bukan pentingkan diri!”
Uuuii na… so kalau bukan pentingkan diri, apa hal nak lompat sana sini….
Kalau betul berwawasan & teguh dengan pendirian bangunkan orang Sabah… tak kira apa pun yang berlaku kita patut dapat teruskan perjuangan ba…
tapi entah la ba… ini kan politik… hmmmmmmm
Who can resist temptation of power and wealth? None of you and me i assume. Dr. Jeffrey not excluded. Do not deceive us by all your beautiful and sweet words.
Sabah now a day are dying of leader who carried characteristic of sincerity, dedication, committed, honor, integrity and trustworthy.
Are you Dr. Jeffrey?
How sincere are you fight for Sabahan s right?
I will support you if you can proof it.
But your political journey never convince me.
Masa depan Sabah bukan dalam tangan Dr. Jeffrey. Kita perlukan sebuah parti atau gabungan parti untuk menerajui Negeri Bawah Bayu ini.
Tidak penting samaada Dr.Jeffrey pentingkan diri atau tidak. Kita perlu pemerintahan ‘collective’ dan bukan pemerintahan seorang Raja. Pemerintahan atau pentadbiran dari kumpulan elit dan tidak tergantung pada individu.
adui dogo kenapala c gapari ta puas2…sya tau kamurang semua paham niat c gapari..dari PENGARAH YAYASAN SABAH sampailah lah dia main pulitik..?Pulitik punya pulitik naah sakarang kamu nampak siapa c gapari sbenarnya…
Niat berjuang demi kepentingan diri saya tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.
Saya cuma minat duduk di atas kerusi KM dalam pejabat KM.
Kalau boleh, kerusi timbalan PM pun ok.
Saya suka macam-macam kerusi.
Saya tidak berjuang untuk diri sendiri.
Tapi saya khuatir orang Sabah tidak mahir dalam pengurusan wang, jadi saya rela korbankan masa saya untuk membantu dalam urusan kewangan orang Sabah.
Saya selalu mementingkan kepentingan orang Sabah.
Ini hasrat murni saya. Harap kamu sokong saya.
Saya rela mendengar suara kamu bila-bila masa.
Tapi jangan cari saya kalau mood saya tidak bagus. (suara hati)
Saya mempertahankan hak-hak kamu terutama dalam hak tanah, tapi jangan lupa undi saya.
Maaf kerana saya mudah lupa.
Saya janji…………..!
Saya janji…………..!
Saya janji…………..!
Rakyat tanya : Banyaknya janji yb, boleh kamu ingat???
kena perintah malaysia barulah dapat tu 20 perkara dll. Kalau takat parti sabahan , kenapa masa PBS dulu 20 perkara tu tidak tertunai?????
Tu sebab kena ada rakan kongsi yg kuat untuk tumbangkan BN ( ogila tusin ). Niiii , entah apa2 letak jawatan la , bagi syaratlah , adoiiiii. jangan2 dia ni hanya perosak kepada pesaing bn agar kroni dia dlm bn terus mengaya , dapatlah kompeni terus hidup.
Kami rakyat sabah tau apa mau buat.
Kemungkinan penyertaan DrJ dlm PKR juga DICATUR atau DIARAH oleh org lain. Dulu sblm PRU-12 DrJ begitu optimis yg abangnya Pairin akan bersara dr politik dan membantu (memberi laluan) kpd DrJ utk menang mudah. Itulah yg sngt meyakinkan DrJ ketika itu. Tapi sekali Parlimen bubar Pairin brtanding pula. Putih mata si DrJ.
DrJ ni mmg ada pengikut, ada tempat dlm strata parti, tp utk jadi YB DrJ mcm kena sumpah saja, tiada luck… bahasa kasarnya SIAL.
ada pepatah mengatakan jangan main api nanti membakar diri sendiri,jangan main cinta nanti kecewa sendiri.Ramai yang mengungkapkan pepatah di atas kepada DRJ, seolah2 beliau langsung tidak berpengalaman dalam bidang politik. Pandangan2 anda tidaklah salah dari falsafahnya,tetapi kesannya kita akan lihat sendiri. Kadang-kadang kita tidak dapat menerima sesuatu perubahan itu yang berlaku secara mendadak sehinggakan kita terlepas cakap sesuatu.
kepada pengomen2 yang memandang negatif tindakan DRJ,saya mencadangkan kepada anda agar menghubungi atau mengikuti sesi penjelasan beliau nanti.segala ketidakpuasan hati anda,anda bole kemukakan nanti.
satu penjelasan ringkas dari saya,DRJ bukanlah seorang yang tamak,beliau dah terlalu kaya untuk itu.perjuangan beliau adalah untuk rakyat,cuma rakyat yang tidak dapat memahami perjuangan beliau.
Apa2 pun melihat senario politik sabah,dan ketidakfahaman rakyat bagaimana sesuatu perjuangan itu dibuat, tidaklah juga kita menyalahkan sesiapa.Setiap rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab bersuara menurut amalan demokrasi.
semoga suatu hari nanti anda dapat mengerti bagaimana perjuangan yang sebenar dan masih tidak terlambat buat anda untuk kembali. Rakyat sabah diperbodoh-bodohkan oleh KL disebabkan pemimpin sabah yang tidak berjuang untuk rakyat dan rakyat juga tidak memberikan
peluang untuk pemimpin seperti DRJ.
saya mencabar anda untuk menyenaraikan pemimpin hari ini yang betul2 memperjuangkan hak2 negeri sabah selain daripada anda semua yang menjadi pengkritik.
Perdebatan antara ahli masih hangat diperkatakan.Sungguhpun krisis berjaya diatasi namun pelbagai pertikaian masih jelas terpampang di wajah masing2.Ya,Dr J mungkin mengatakan bahawa dia tidak mementingkan diri namun apabila orang luar yang menilainya,saya percaya kredibilitinya memang tercalar.Justeru dia ingin membangkitkan semangat kita semua,memberinya undian dalam menerajui Sabah.Saya tidak nafikan penyokongnya ramai tapi sejauh mana dia boleh lari?Itu cebisan luahan saya.
emm ya la whoever still believe in DJK go on with that but those who fed up with DJK then just left him behind…..no need to arguing on this matter…
How far he would go?How far he could achieve success?No doubt he was one of the most influencial politicians few years ago.But, I couldnt see his path in a clear vision.I’m still doubtful.Yes, he is fighting for Sabahan but behind the curtains,nobody knows. Dr J,please do something from your inner heart…
Saya paling sokong bila dia ckp 20-point perlu dipertahankan seperti dlm Deklarasi Tambunan. Tapi yang nda bestnya crita pasal dia dlu2 sering diungkit dan dibangkitkan.
Sehingga sekarang orang2 kita masih lagi sangsi dengan niat dia.
nahagan: yg saya paling tahu lah kan..DJK sja gia..kalo yg lain tue, ayam mati la kali..heheheh~
cuba korang cari sapa lagi pemimpin yang pertahankan 20points, hanya DJK saja tau.. sukung la dia.. kacian negeri kita ni.. hak2 kita kena rampas.. sumber banyk tapi masi juga mundur dari banyak aspek.. mo harap tu musa aman pui la.. silap2 tanah ko dia amik tau
semua sakap pandai saja mau pertahan 20 perkara mcm si pairin dulu bila dah jadi KM dan tukang jilat berak bn umno semua mau lupa…
Machoman sabah, yang bijak lagi pandai, secara terus terang,saya katakan, bahawa selama ini rakyat sabah tidak pun mengetahui apa itu 20 perkara,sebelum DRJ memperjuangkannya.dan saya percaya anda dan kuncu2 anda juga tidak jelas apa itu 20 perkara. Sebab itu,jika anda tidak memperdulikan 20 perkara ,maka anda sebenarnya salah seorang yang telah menggadaikan negeri ini.Jika anda katakan kita main tapuk gagamas, mereka juga bukan bodoh.Adalah lebih baik jika sesuatu
perjuangan itu jelas.Jika sekarang ini anda main tapuk2 dengan perjuangan anda,saya percaya dan yakin jika anda telah berkuasa nanti,tidak akan ada satu pun yang anda tapuk itu akan anda perjuangkan. Tetapi yang ada hanyalah untuk membuncitkan perut anda.sesuai gelaran YB (yang buncit).
apa yang kita perkatakan biarlah datang dari akal fikiran yang jelas dan bukannya bercakap menggunakan perasaan.itulah yang akan membezakan kita dengan yang palsu.
Bagi saya….suara seperti c bung moktar adalah lantang menyuarakan pendapat….. Beliau kelihatan sangat berkeyakinan dan petah berkata-kata….ini hanya lah pandangan saya la……jangan marah la ar..
Memang MP Kinabatangan itu lantang bersuara. Baldi kosong kalau diketuk mengeluarkan suara yang kuat dari yang berisi. Lantang menyuarakan kata-kata lucah, kata-kata kesat, bertengkah, menyindir, mengutuk. Itulah suara lantang MP Kinabatangan ketika sesi sidang Parlimen.
Kita perlu MP yang lebih berkualiti. Berkualiti menyuara, berkualiti menyusul cadangan, berkualiti berbahas( bukan bertenkar). Kalau ia turut dihormati pihak bertentangan, inilah watak atau personaliti seorang MP yang berjaya.
Kalau nama MP Kinabatangan pun kita sebut-sebut atau disanjung, tidak hairanlah Sabah masih jauh ketinggalan walaupun negeri ini dipenuhi kekayaan keberkatan Tuhan. Permintaan terhadap tahap kualiti pemimpin yang begitu rendah menyebabkan negeri ini diwakili pemimpin-pemimpin ‘low grade’ seperti MP Kinabatagan yang dipilih oleh tangan Sabahan sendiri.
Bila kita benar-benar sedar?
Boleh kita harapkan Bung Moktar?
Boleh kita harapkan DR. Jeffrey?
Harapan
hallo…let visit this site…
http://dayakbaru.com/weblog08/2009/11/17/are-you-happy-with-5-share-from-petronas/comment-page-1/#comment-17128