DUN Kota Seputeh diisytihar kosong

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan membuka laluan kepada pilihan raya kecil jika penyandangnya dari Umno, Datuk Abu Hassan Sarif gagal dalam rayuannya.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

DUN Kedah akan bersidang esok untuk meluluskan bajet kerajaan PAS negeri itu.

Abu Hassan boleh memfailkan rayuan. Permohonan lisannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mahkamah itu tidak dibenarkan hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah akan mendengar permohonan formalnya Jumaat ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Abu Hassan mendapat 8,160 undi manakala Ismail mendapat 7,665 undi.

Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, November 16th, 2009 dalam kategori berita, kedah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

2 Responses to “DUN Kota Seputeh diisytihar kosong”

  1. gayaratau on November 17th, 2009 at 7:46 am

    Inilah satu contoh kelibat SPR yang berat sebelah kerana sebelum ini SPR kata DUN Seputih tidak kosong kerana wakil rakyatnya tidak buat salah….sekarang Mahkamah telah memutuskan bahawa DUN Seputih kosong ekoran YBnya telah melanggar peraturan DUN. Bermakna tindakan dan keputusan Speaker DUN Kedah dan kerajaan PR adalah benar.

    Malangnya…YB terbabit buat rayuan…jadi biasanya kalau buat rayuan ini, keputusan itu akan tumbang semula…banyak contoh yang PR menang kes seperti Perak diMahkamah tapi bila rayuan tumbang semula keputusan Hakim…..maklumlah Najiblah katakannnn…??

  2. Daeng on November 17th, 2009 at 9:15 am

    Saya sokong 200 peratus apa yang saudara tulis ni memang mahkamah takut dengan orang bernama Najib ni

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites