EX-USNO akan tentang Shafie habis-habisan

MERUJUK kepada laporan Sabah kini yang memberitakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersingkir dari Kabinet Najib dalam masa terdekat ini disebabkan kes VVIP di Hong Kong dan juga laporan KPI yang bakal dikeluarkan.

Pihak kami akan berbuat sesuatu untuk menghadapi kemungkinan ini jika berlaku Pilihanraya Kecil di Sabah. Nampaknya Ahli-Ahli Politik dari Kumpulan Ex-USNO yang di singkirkan oleh Kumpulan Sakaran yang majoritinya dari Kumpulan Tun Mustapha tidak akan membiarkan Shafie terus mara ke Sabah.

Pantai Timur Sabah yang dianggap sebagai kawasan dan kubu USNO sebelum ini akan menjadi pertarungan hebat kepada dua kumpulan ini. Ayuh kita lihat sejauh mana kehebatan mereka untuk membelenggu para pejuang USNO yang telah disingkirkan lantaran kelicikan mereka untuk mendapat Kuasa daripada rakyat dengan menghalalkan cara, termasuk mencipta legasi palsu.

Bagi maksud ini beberapa mesyuarat telah diadakan sejak awal tahun sebaik sehaja pilihanraya PRU 12 selesai 2008, bagi menghadapi kemungkinan ini berlaku dan menghadapi Piliharanraya ke 13 di Sabah.

Ex-UNSO juga tidak ingin terlibat dalam masalah di antara KUMPULAN SHAFIE dan KUMPULAN MUSA di SABAH bagi mengekalkan kuasa dan kekangan terhadap harta kekayaaan negeri ini, sebaliknya kami akan berjuang untuk rakyat Negeri Sabah supaya mendapat HAK dan KEADILANnya yang selama ini dinafikan oleh KERAJAAN ISLAM HADARI dan KERAJAAN 1 MALAYSIA.

Kami akan berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan pihak pembangkang di Sabah samada ‘National Base’ atau ‘Sabah Base’ bagi mendapatkan laluan menghadapi pilihanraya kecil berkenaan dan jika boleh pertarungan satu lawan satu EX-USNO vs SHAFIE APDAL atau sesiapaun yang diletak oleh kroni-kroni mereka di sana nanti.

Saya yakin mereka akan ‘divert’ isu bahawa Shafie adalah mangsa Musa jika berlaku kemungkinan ini dan meminta masyarakat pantai Timur supaya bersatu berjuang bersamanya bagi mendapat pembelaan.

Shafie sebagai Penasihat sebuah N.G.O iaitu USBO juga akan menggunakan kekuatan USBO di Sabah bagi merealisasikan cita-citanya yang diusahakan sejak sekian lama kerana perkara ini bukanlah rahsia bagi masyarakat Semporna dan kroni-kroninya.

Masyarakat Daerah Semporna dan orang di sekelilingnya telah ditanamkan satu kepercayaan bahawa Shafie akan menjadi Ketua Menteri Sabah dan Tun Sakaran Menjadi TYT semula.

“ Tunggulah jika Shafie jadi Ketua Menteri barulah giliran kita pula. “

Perkara ini diganyang oleh kumpulannya bagi meyakinkan usahanya untuk menuju puncak, sehingga kita lupa pada masa yang sama kegiatan membolot kekayaan, pangkat dan harta di kalangan mereka dan kroni-kroninya dari kumpulan masing-masing berleluasa seperti mana dilaporkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua di ruang legar parlimen baru-baru ini.

Penentangan EX-USNO kepada Shafie Afdal tidak bermakna bahawa Ex-USNO tidak menyukainya secara peribadi, perkara ini lebih kepada masalah KPI dan Perilaku keterlaluan seperti mana di laporkan dan warta-warta Nasional, negeri dan sumber berita siber.

Andai kata Shafie diletakan sebagai calon pilihanraya kecil itu oleh BN di Sabah, bukan ke ini satu perkara yang amat menyedihkan dan sangat janggal. Seorang yang dianggap mempunyai salah laku dan KPI rendah dihantar pula ke Sabah untuk merosakkan negeri ini?.

Jadi semua ‘pelakon’ dan Wakil kerajaan BN di Sabah yang dianggap ‘DAMAGE CONTROL’ ini kenapa dilonggokkan di SABAH. Adakah negeri Sabah ini dianggap seperti Benua Australia zaman dulu oleh British yang menjadi tempat pembuangan penjenayah, pembunuh, perompak, penjahat dan penipu?

Ex-USNO akan bangkit untuk menentang mereka seperti mana rakyat negeri ini yang pernah di bawah pimpinan KERAJAAN NEGERI KAYA , Kerajaan BERDISIPLIN, Kerajaan yang lebih mengutamakan kepentingan Rakyat daripada kepentingan individu.

Kami berbangga jika ada pemimpin seperti Allahyarham Tun Mustapha yang telah pergi meninggal kita dalam keadaan tidak membawa bersamanya kekayaan dan harta benda, bahkan kita dikejutkan dengan ‘Perlelongan’ Rumah mantan Pemimpin Agung ini oleh Mahkamah.

Bukan ke ini satu contoh pimpinan yang harus menjadi teladan kepada kita, tidak membolot kekayaan rakyat dan negerinya untuk diri sendiri dan keluarganya sehaja.

Rasullullah S.A.W sendiri tidak meninggalkan kekayaan dan kuasa atau menunjuk pengganti sebagai penerus legasinya terhadap umat Islam setelah pemergiannya, bahkan dikisahkan Rasullullah S.A.W hanya meninggalkan 8 riyal wang kepada anak kesayangannya, Sitti Fatimah.

Semoga kita sama-sama mendapat pengajaran dan iktibar dari peristiwa ini, dua contoh pimpinannya ini dan janganlah pula ada yang melabel dirinya sebagai ‘Ulama’ tetapi sibuk mengumpul kekayaan dengan cara haram dan sibuk pula mengurus dan mempersiapkan legasinya untuk menunjuk-nunjuk kepada umat manusia sebelum pemergiannya.

Oleh: ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, November 11th, 2009 dalam kategori berita, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

18 Responses to “EX-USNO akan tentang Shafie habis-habisan”

  1. Urang Sabah bah on November 11th, 2009 at 9:33 am

    entah saya ndak nampak apa-apa masalah dgn brader shafie ni. Skrg ni mungkin masyarakat muda ingin melihat PR Vs BN! Bukan Ex-USNO atau apa-apa EX Vs BN. EX maksudnya mantan atau telah berlalu. So yg lepas tu biarlah berlalu, sekrg ni kita kena fikir tentang masa depan generasi muda yg mana masa depan semakin gelap akibat keputusan yg lampau!

  2. dashlyn on November 11th, 2009 at 10:18 am

    What this? Now Shaffiee!!! ?? still blur!!!!

  3. gloria on November 11th, 2009 at 10:20 am

    Whatever la!!! BN still the best among others party…:)

  4. anak utan on November 11th, 2009 at 1:48 pm

    Napa juga Ex USNO ni mau hantam c Shafie?Mesti da something da buat ni…siou tompinai semua..sa x berapa tau sal ni crita.:)

  5. JOJO on November 11th, 2009 at 2:57 pm

    tiada-tiada mah -.-..bongo

  6. machoman sabah on November 11th, 2009 at 4:25 pm

    kalu suda ada kekuatan hidupkan semula usno la lawan umno okey..

  7. kecewa pendirian pemimpin Usno. on November 11th, 2009 at 5:18 pm

    Ini Ex Usno bikin kacau aje, kamu bilang bagus itu umno jual itu usno dapat ung banyak2 injoi sini sana, berlaga orang berada nah sekarang mau itu sno lagi,nada lah itu sno dah kamu kubur dengan tangan kamu sendiri, kamu yang bunuh itu Usno, kamu yang kubur, puji itu Umno.Saya pun orang kuat usno dulu, tetapi, tidak tahu manahu rancangan pemimpin usno jual itu parti tukar umno.

  8. sdk provok on November 11th, 2009 at 6:33 pm

    nah kan ketara sangat lah betapa risaunya sesetengah pihak bila ada kumpulan lain dari majoriti islam cuba bangun, awal-awal lagi mau di kondem sebab takut nanti akan potong stim usaha kumpulan………….untuk menguasai ini sabah dari BN, Apa salahnya kalau kita bersatu dibawah satu bumbung parti yang berbentuk nasinal berbanding parti yang hanya berjuang untuk negeri(konon) padahal untuk suku serta kaum kerabat
    sahaja, sebenarnya parti dan orang sebeginilah yang mewujudkan unsur-unsur perkauman tetapi mereka bertopeng di sebalik hak rakyat, jadi marilah kita terima usaha EX-usno ni bersama PR. kamon ex-usno join PR

  9. Puncak Kinabalu on November 11th, 2009 at 8:09 pm

    Ex-USNO tu perasan betul, mcmlah ada ahli? Berapa org saja dorang tu, semua gila projek. Balik2 yg dorang cakap dorang tu tersingkir, tersingkir,tersingkir… tersingkir dr apa? dari siapa?

    Semua dorang tu geng2 yg tidak kena pakai tapi perasaan ada penyokong, ada kekuatan, mau projek tapi tumpang nama USNO. Beza USNO dgn ex-USNO terlalu jauh. Perjuangan USNO utk kemerdekaan Sabah, perjuanagn ex-USNO utk projek, nama dan pangkat. Cerita ex-USNO mau ugut BN supaya diberi projek sebenarnya satu dunia sudah tau…

  10. perkara 20 on November 11th, 2009 at 11:44 pm

    x-USNO….sudah la tu….USNO & BNUMNO sama ja ba tu, merekalah yang menyebabkan kebanjiran PTI di sabah. …Sebenarnya USNO&BNUMNO menang di sabah atas sumbangan pengundi hantu(PTI) dan selebihnya disebabkan oleh kebodohan rakyat SABAH sendiri….

  11. Milosusu on November 12th, 2009 at 9:54 am

    betul tu perkara 20 punya cakap, diaorang usno dan umno guna PTI hujung2 rakyat sabah jadi pendatang ditanah air sendiri. Orang2 umno kaya raya kalau ada apa2 diaorang lari keluar negara. tengoklah anak2 diaorang sekolah dimana? semua di luar negara kan?aduhai rakyat sabah bangkit dan tentang habis-habisan umno/bn sebab tentang mereka ertinya tentang PTI. selagi umno hidup dibumi sabah selagi PTI bermaharajarela. rakyat sabah harus tahu diaorang kena kasih mykad dan jadi ahli pari umno dan jadi pengundi..bacalah buku si Mutalib ada bukti2 yang kukuh polis pun tidak ambil tindakan kan…..kalau begitu berterusan habislah kita rakyat sabah jadi rakyat minoriti di bumi sendiri..

  12. Dashee on November 12th, 2009 at 10:45 am

    Parti mana yang ada skang, parti itu saja lah yang kita undi…manaa2 kelemahan yang ada kita sama2 perbaiki, kita sama berusaha untuk menjadikan parti tersebut disukai ramai disamping berkualiti tinggi… :)

  13. Loly on November 12th, 2009 at 10:46 am

    Parti mana yang ada skang, parti itu saja lah yang kita undi…manaa2 kelemahan yang ada kita sama2 perbaiki, kita sama berusaha untuk menjadikan parti tersebut disukai ramai disamping berkualiti tinggi… :)

  14. Dashee on November 12th, 2009 at 11:01 am

    Minta maaf terpapar dua komen…..terdapat gangguan tidak dapat guna my nickname (Dashee) just now so i try to change it then this what i get! ignore it guys…the 2 name above Dashee and Loly is Mine (Dashee)

  15. 1 world on November 12th, 2009 at 3:04 pm

    Saya lebih suka USNO BARU bkn EX-USNO sbb ex-usno ni sebenarnya kumpulan yang kecewa dlam UMNO tidak dapat apa2 jawatan atau kontrak. Kalau la ex-USNO ikhlas dlm memperjuangkan nasib rakyat SABAH mereka lebih sesuai menjadi penasihat kpd USNO BARU kalau ada, dgn perkataan lain cuba tonjolkan generasi baru menjadi pemimpin yang berjiwa dan selari dengan hasrat USNO dulu2.

  16. Leon on November 12th, 2009 at 3:25 pm

    X-USNO against Shafie this time?

    Apa dorang mo kasi hidup balik USNO ka nei?

    Dorang nda tau ka Founder parti USNO yg menyebabkan terlalu byk illegal immigrant di Sabah?

    Suda2 lah..Nanti sma jg pakai formula Tun Mustapha nei..Haish..

  17. Aryaa on November 12th, 2009 at 3:29 pm

    Kalo gitew, ada PRU lah nei?

    Hebat..Rombakan kabinet lagi sekali..:\

  18. sam on November 13th, 2009 at 6:28 pm

    try your best lah.Jika org tua-tua ex-USNO ingat perjuangan USNO dan kenang jasa aruah Tun Mustapha mungkin ada cerita,tetapi budak-budah baru yg boleh mengundi ini,entah diorg tau kah sejarah USNO dan para pejuang USNO.Di sinilah letaknya kemenangan berpihak kepada parti mana pilihan para pengundi.Tapi jika para pengundi kabur mata nampak RM,tiada cerita,habis lah USNO.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites