Oleh: GONOD
KEMUNGKINAN BESAR mantan Naib Presiden PKR Kebangsaan Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak akan melayani apa apa pun bentuk hasil keputusan ‘pelan damai’ yang diilhamkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa minggu lalu, yang menyebabkan Datuk Dr Jeffrey (DDJ) mendiamkan diri seketika sebagai menghormati kata dua DSAI yang mahukan DDJ terus berada dalam kepimpinan PKR.
Meskipun keputusan perbincangan di TVRC pada November 5,2009 yang dihadiri kira kira lebih 200 pemimpin akar umbi yang datangnya daripada bahagian bahagian ( kecuali Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Tawau tidak dapat hadir kerana kesuntukkan masa) rata rata memberi bayangan bahawa DDJ perlu menubuhkan parti baru sebagai kesinambungan perjuangan mereka sebelum ini, kerana merasakan bahawa PKR sudah tidak bertempat dihati mereka.
SEBELUM PRU12!…DDJ menerima ratusan borang keahlian mantan AJK PBS
Malahan beberapa pemimpin bahagian tanpa segan silu dan tidak berselindung lagi menyuarakan pelbagai pandangan dan cadangan keperluan sebuah parti baru ditubuhkan adalah kerana setelah PKR yang sudah tidak relevan lagi digunakan sebagai landasan perjuangan untuk membetulkan ‘kecalaruan kuasa autonomi politik’ yang dipelopori Umno sehingga Sabah perlu mendapatkan restu Kuala Lumpur dalam pelbagai keputusan yang dikatakan ada persamaan dengan kepimpinan PKR. Jika tidak keadaan yang sama akan terus berlaku sepertimana sekarang jika pun PKR yang membentuk kerajaan diSabah. Kerana semuanya akan ditentukan KL termasuklah siapa akan menjawat Ketua Menteri kelak.
KETIKA PRU12…DDJ pasti turun padang berkempen dan mendapat sambutan
pada itu, DDJ sendiri difahamkan telah membayangkan akan berbuat sedemikian seandainya ‘pelan damai’ tidak membuahkan hasil maksudnya pendemokrasian kepimpinan PKR tidak berubah dan terus bertahan dalam sistem lama seiras dengan sistem yang ada dengan UMNO.
Menurut sumber rapat dengan kem DDJ, beberapa siri mesyuarat telah pun diadakan di Sokid Villa iaitu selepas perbincangan ‘pelan damai’ tamat tempohnya yang diberikan DDJ kepada MP Batu Tian Chua (Wakil perunding DSAI), dimana telah dihadiri kira kira 18 bahagian PKR yang masih setia dengan beliau telah membincang dan merumuskan hala tuju perjuangan parti baru yang mungkin akan memperolehi kelulusan rasmi pendaftaran seawal tahun depan (2010).
Sumber rapat dengan DDJ itu berkata, bahawa panel Peguam DDJ kini sedang beriya iya menanti pengumuman ROS berhubung pendaftaran parti baru itu, tetapi mereka pasti akan memperolehinya sekurang kurangnya Januari, 2010 jamin seorang daripada panel Peguam itu.
Sumber itu juga tidak memberitahu sama ada parti baru itu berstatus nasional atau state, tetapi hanya memberi andaian bahawa kemungkinan ia berstatus state. Bagaimana pun tambahnya lagi, imej kepimpinan parti baru sangat menarik kerana bukan sahaja ia dibarisi dikalangan professional dan korporat dari golongan muda, bahkan ia turut dibarisi dari pelbagai suku kaum yang ada di Sabah.
Teras perjuangan parti baru kemungkinan tertumpu kepada intipati ‘Deklarasi Tambunan’ dan memperjuangkan hak hak rakyat Sabah berbilang bangsa dan keturunan sepertimana yang terkandung didalam 20 Perkara. Selain itu usaha membanteras RASUAH DAN PENYELEWENGAN, fokus perjuangan juga turut tertumpu kepada kaedah penyelesaian ekonomi yang semakin merudum diSabah, pengangguran, kemiskinan, dan mengkaji semula projek projek mega yang sedang dan telah dilaksanakan kerajaan BN yang tidak berstatus keutamaan ditangguhkan, jelas sumber itu.
Ketika ditanya satu soalan kepada sumber berkenaan sama ada parti baru yang bakal didaftarkan apakah ia akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) atau SAPP yang bukan dalam PR untuk menumbangkan BN pada PRU ke-13 sumber itu berkata, sudah tentu itulah misi dan visi parti baru pimpinan DDJ, kerana apa yang penting kerajaan BN dan Umno akan tumbang diSabah.
Kepada soalan lain, apakah benar desas desus DDJ akan membawa parti baru itu untuk bersekongkol dengan BN pada atau selepas PRU13 sumber itu berkata, semua itu spekulasi semata mata kerana tiada kemungkinan akan berlaku, dimana DDJ telah mempersetujui kehendak dan suara barisan kepimpinan parti baru bahawa apa pun yang dilakukan beliau selaku Presiden hendaklah mendapat persetujuan suara 2/3 daripada akar umbi.
Sumber itu juga turut menepis beberapa andaian dari pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab yang sengaja merendah rendahkan kredibiliti DDJ kononnya DDJ sudah hilang sokongan masyarakat KDM malah DDJ dianggap seorang pemimpin yang tidak boleh diharap, semua itu sengaja dicetuskan oleh mereka yang dalam barisan ‘seteru politik’ dengan DDJ yang hanya mewakili dirinya sahaja yang bermotif agenda lain untuk menghakiskan pengaruh DDJ diarena Politik.
Tambahnya lagi, kita akan lihat dan saksikannya sendiri apabila tiba masanya nanti dimana disitu kita akan lihat dan kagum dengan perjuangan pelapis muda sudah berada di barisan hadapan untuk sama sama berjuang dengan DDJ bagi menentukan hala tuju dan masa depan generasi muda kita dinegeri dibawah bayu Sabah yang suatu ketika dahulu sebuah negeri yang kaya dan aman damai.























Tahniah dan syabas DDJ.Semoga rancangan kamu berjaya.
Tahniah…tambah lagi satu party baru,kalo kalah semua pembangkang di Sabah , buat lagi parti yang lagi baru. Ini lah masaalah politik Sabah , semua mo jadi ketua menteri sudala kita dikenali km terbanyak , parti politik terbanyak , masaalah tidak selesai PTI ganti jadi towkey , orang dusun jadi pekerja buruh .
Sudahlah dengan pandangan politik yang sempit tu…tiada tempat untuk parti perkauman di alaf baru tanpa sempadan , pelapis muda terpelajar suda keluar dari politik lapuk mengarah alaf cyber .
Syabas dan tahniah!!..itulah jalan sebaik baiknya daripada terus bercakaran sesama sendiri. Kalau lah benar barisan kepimpinan parti baru itu daripada golongan muda, cendikiawan dan pelbagai kesukuan…itu sangat baik dalam amaln politik negara kita seperti 1Malaysia.
Hmmmmmm…mbaaa! bagus juga etu supaya sanang kita mailih! musim politik ekonomi pun bagus. karita buruk jadi baru samata mata mo undi kio? mba umbalai tokou e Gaparo boh!
nak tubuh parti baru.. em… Saya seorang penyokong DDj keningau.. saya tak setuju DDJ nak tubuh parti baru, Kalau nak tubuh parti juga.. tubuh lah,,,,,, kami tetap kekal denga PKR..
saya sebagai penyokong PKR menyokong tdakan si DDJ utk tubuh parti baru yg bteraskan KDM dan saya akan menasihatkan DSAI supaya bhenti dari memujuk si DDJ kemudian tumpukan kepada perancangan mperkukuhkan PKR di sabah di bawah kepimpinan baru saudara Thamrin yg dilihat lebih mantap dan tidak pkauman
Wow,as I said..finally he came up with something positive.Congrats then.
Tubuh parti baru?Hmm..harap2 apa yang diidamkan akan menjadi kenyataan.Sebab ni benda pun blum rasmi lagi..jadi adalah baik jika benda yang positif harus dikekalkan sebegitu.Jangan pula tiba2 bilang teda..
What more can I say?Keep up the good work then.May J realizes his dream after a long battle in PKR..
Betul kaini?Apalah nama parti baru dia ni?Hmm..hak KDM patut diperjuangkan sebenarnya.Jangan memperhambakan KDM yang sememangnya memberi sokongan jitu dan padu kepada mereka..
A new party..again?Wish to know what name it would be. Stop sulking for the past failures.
Kalau benar kepimpinan PKR serupa dengan yang dilakukan oleh UMNO menggunakan remote control drp. KL, saya setuju DDJ tubuhkan sebuah party berbilang kaum dan ugama dgn berteraskan Deklarasi Tambunan dan berintipatikan 20 perkara penubuhan Malaysia. Teruskan DJJ kamu tidak keseorangan.
Ini PANDANGAN SAYA: Biar apa pun cara yang digunakan oleh pemimpin terdahulu, sekarang dan munkin akan datang bagi sya mereka ini sama saja,,, tiada apa2 perubahan terutama bagi bumiputra sabah ini yang sentiasa di belakang dibiarkan oleh pemimpin lemah sebelum ini , sekarang atau munkin akan datang mereka ini sama saja pentingkan diri sendiri,,, tapi tdk mengapa lah apakan daya itulah lumrah pemimpin sabah yang lemah, bijak dan berkaliber,, tahniah buat pemimpin lemah sabah ini… KASIAN ORANG SABAH ADA PELUANG PEKERJAAN DINEGERI SENDIRI TAPI DI BAGI KEPADA ORANG SEMENANJING DENGAN KEBENARAN PEMIMPIN LEMAH DAN BIJAK INI.
Siapa mo bertupa…sia bilang kalo bertanding P/R 13 ini calon calon parti baru semua akan ” Lost Deposit ” …hm..hm… tunggu dan lihat .
Democracy at its best, form as many Political Parties as possible and let the people be confused which Party to support come next GE….
Hehehe!!!..kami setuju parti baru DDJ..issss mada oku PKR parti mantad KL masam Umno juga tu..?
UMNO SARJANA AGUNG DALAM BERBOHONG
Salam hormat warga sabahdaily,
Tatacara politik UMNO adalah parasit kepada warga Sabah. Justeru, warga Sabah wajar sekali menjauhi citra politik UMNO yang dengan sendirinya menjelaskan sikap mereka sebagai ‘sarjana agung dalam berbohong’.
Nafsu serakah UMNO untuk meraih kuasa dengan cara yang jijik sentiasa mendorong mereka untuk berbohong, termasuklah kelakuan mereka yang memaksa Sabah dan Sarawak, yang pada mulanya adalah sebuah negara, disamakan tarafnya dengan negeri-negeri di Malaya sebgai adil dalam konteks Persekutuan Malaysia.
Yang demikan, saya amat setuju dengan rancangan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang hendak menubuhkan parti baru untuk Sabah. Namun begitu, parti baru yang bakal ditubuhkan itu sewajarnya ada kaitan dengan perpaduan, tegasnya ‘Unity Party’.
Betapa Datuk Dr. Jeffrey memiliki wibawa untuk menjadi seorang pemimpin yang dinamik dan komprehensif bagi Sabah. Dalam bidang akademik contohnya, beliau diakui sebagai bijaksana antarabangsa, hatta teori beliau tentang Kelok Ekonomi Makro digunapakai seantero dunia.
Lantaran itu, hanya kerana perangai busuk UMNO yang menerajui pimpinan negara, dalam konteks Persekutuan Malaysia ke atas Sabah, yang serupa dengan perangai busuk kerajaan Israel ke atas warga Palestin, yang menghalang pacuan keintelektualan warga Sabah dari terus mara kehadapan.
WARGA SABAH BIAR ADA HARGA DIRI
- Naspazi
Again, again and again. When will he stop?
Not in a while. Perhaps never. Roxy.
Roxy..agi idup agi nglaban kata Iban..tiada siapa boleh kasih baranti
Dr J masih tidak berpuas hati lagi ke?
Still hanging on to the idea of gaining benefits from the people. Haven’t you had enough?
komulakan, Apa boleh buat?
Seriously, are the people still convinced with Jeffrey?
Kalaula pengaruh DJK ni kuat sudah tentu dapat sekurang2nya satu adun dlm pr12 lalu. Tapi memang org politik masing2 dia kata kuat so tubuh parti baru dialu2kan.
Hari itu saya lupa bagi komen ttg Musa Aman yang dilaknat oleh org miskin. Ada org itu maybe coz duit dia cadangkan jadi BAPA PEMBANGUNAN SABAH, Sebenarnya saya sokong jadi BAPA SABAH tapi bukan BAPA PEMBANGUNAN SABAH, Saya sokong jadi BAPA PERASUAH SABAH.
saya amat menyanjungi dn menghormati keputusan DDJK utk menubuhkan Parti baru..nyamun sya sbgai AJK PKR CABANG KENINGAU akan tetap dengan pendirian sya dan sya berhak utk menentukan keputusan sya utk memperjuangkan dan menentukan halatuju politik sya.Terusterang sy katakan kpd ddjk sy tinggalkan UMNO dan menyertai PKR slpas DDJK mengumumkan utk menyertai PKR krn sya amat tertarik dgn perjuangan ddjk utk mengembalikan hak2 rakyat sabah sperti yg termaktub d dalam PERJANJIAN semasa NEGARA SABAH menyertai/bersetuju utk membentuk Negara MALAYSIA.Apa yg sya lihat skrag DDJK melepaskan jwatan dlm PKR sterusnya menubuhkan parti baru hnya d sebabkan ketidakpuasan d dlm perlantikan AHMAD THAMRIN sbgai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah oleh Pimpinan Pusat.UMUM Mengetahui bhwa DDJK sblum ini memegang Jwatan tertinggi sbgai Naib PRESIDEN PKR Pusat.Persoalan sya kenapa DDJ melatakkan jwatn dn sterusnya ingin menubuhkan PARTI bru hnya d sebabkan ketidakpuasan perlantikan YBhg AHMAD THMRIN sbgai PPN PKR Sabah..?Adakah perjuangan DDJ utk mengembalikan hak2 rkyat sabah semasa menyertai PKR seperti yg d sebut dalam Deklarasi Tambunan benar2 ikhlas..?Kenapa DDJK tdk berbuat demikian semasa Ansari Abdullah.DSAI dan Azmin Ali sbgi PPN PKR Sabah..UMUM mengetahui telah bermula ketidakpuasan DDJK semasa nama2 seperti yg d sebut menjawat jwatan sbgai PPN PKR SABAH..YBhg DDJK sekali lagi sya ulangi saYA amat mengerhomati keputusan DDJ sya..sbgai AJK CABANG KGAU d bwh kepimpinan DDJ AKAN TETAP DGN PENDIRIAN SYA utk meneruskan PERJUANGAN DDJ semasa menyertai PKR melalui PKR..Sya amat menghormati dn bersetuju apapun perubahan yg d lakukan olh kepimpinan pusat terhadap kepimpinan PKR SABAH krn itu adalah satu perubahan yg tanpa kta sedari yg akan membawa HARAPAN BARU utk rakyat SABAH..yakinlah…
apa lagu jefrey sila tubuh parti baru. kalau setakat hampa sebab tak dapat apa yg dihajati dalam politik terus meninggalkan rakan seperjuangan lebih baik jgn berjuang. penulis artikel ini menyatakan sebelum pru12 jefrey mendapat sambutan rakyat tapi mengapa kalah teruk ..
boleh ba…cuba nasib. mantau ada chan jdi km..sekurang-kurangnya jgn kita kena perintah keturunan pti..haha
PKR di bawah pimpinan Thamrin mampu menarik lebih ramai Bumi-Islam menyertai parti tersebut. Untuk memenangi PRU13, PKR perlu berpakat dengan Chinese based Party seperti DAP atau SAPP dan juga sebuah KDM based Party. Malangnya, setakat ini semua KDM based Party berada dalam BN . Oleh itu, Party baru yang di tubuhkan oleh Dr Jeffery mampu diketengahkah sebagai alternatif kepada Party KDM sediaada. Hanya masa yang menentukan halatuju Party baru DDJ dan sekiranya Party tersebut bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, apakah DDJ sanggup berkompromi dan menyerahkan jawatan KM kepada Thamrin?
SALAM SEMUA…Saya penyokong senyap DDJK dari dahulu sampai kini…walau pelbagai gelaran diberi kepada DDJK ,namun saya ibaratkan beliau sebagai Hang Jebat di zaman dahulu…pemikirannya membatasi masa cuma orang x faham…yang sesetengah orang puji dan puja pemimpin kini hanya seperti Hang Tuah yang tahu menurut perintah tidak kenal saudara…fikirkanlah. dlm isu membentuk parti baru pula, Kena jelas apakah punca sebenar kenapa DDJK ingin membentuk parti baru…kalau seperti yg dinyatakan sebelum ni ( PKR pusat sama mcm UMNO )WAJAR SEKALI DDJK membentuk parti baru. Tapi kalau sekadar KECEWA TIDAK
menjadi Ketua…kena fikir lagi dan DDJK ja yang boleh jawab soal itu..Tapi kenapa DDJK mendapat sokongan mejoriti Perwakilan di peringkat akar umbi ( maklumat awal ) tapi tidak boleh jadi KETUA PERHUBUNGAN. Apa masalah???…setakat ini PKR pusat tidak menyatakan dengan jelas..!
KDM…KDM…KDM..DDJ..KDM..DDJ..KDM…………………SEDARLH WAHAI DDJK…UMNO ADA PENGUNDI KDM..PBS & UPKO PARTI KDM DAN BNYAK KERUSI D MENANGI OLEH PBS & UPKO DLM KWASAN KDM SEMASA PRU12…PBRS MEWAKILI KDM JGA DN PBRS MEWAKILI DUA KERUSI DLM KWSAN KDM..SEDARLH WAHAI DDJ ANDA BUKANLAH PEMIMPIN KDM..JANGAN LH FIKIR BILA DDJ KELUAR PKR SEMUA KWSAN KDM AKN MENYOKONG DDJ……Wahai UMNO/BN SABAH JANGANLAH ANDA TLU EGO DGN SOKONGAN KDM SEMASA PRU12..SEJARAH MEMBUKTIKAN BHWA SOKONGAN KDM KPD U/BN SMSA PRU12 MENURUN DGN BEGITU DRASTIK..INGATLH PRU13 AKN MENENTUKAN SOKONGAN KDM SEBENARNYA..SAMADA U/BN,PKR ATAU DDJ YG PASTI PKR SEMAKIN DEKAT D HATI RAKYAT TANPA MENGIRA KAUM D BAWAH KEPIMPINAN SDRA AHMAD THAMRIN..
Sdra machoman…
Sblum DDJ menyertai PKR SABAH…(keADILan) dan d kenali sbgai PKR skrg ini telah pun bertapak d sabah dan utk pengetahuan sdra machoman semua calun2 keADIlan (PKR) tidak mendapat sokongan malah hilang deposit (Wang Pertaruhan) dlm p/raya sebelum PRU12…sya katakan bahawa sokongan pkr bertambah kuat setelah kemasukan ddj dlm pkr sehingga tiada seorang calun pun yg hilang dposit semasa pru12 w/pun semuanya kalah..ini menunjukkan pertambahan sokongan kpd pkr setelah kemasukan ddj dlm pkr..
Saya hilang hormat terhadap DDJ sebab beliau tidak habis-habis menjelajah dari satu parti ke satu parti..tiada kerja lain selaian daripada untuk memecah belah dalam parti yang pernah dia masuki, sekarang mau tubuh parti baru lagi kah? jadi mau kasih pecah-pecah parti yang sedia ada? untung lah BN dalam PRU13. kita kasih nokta sama DDj lah, cukup sudah orang bilang ‘ batu yang sentiasa bergolek tidak akan menggumpulkan lumut ‘ sia-sia saja.
Melihat kepada senario politik sekarang, kalau mau lawan BN dan dapatkan ‘autonomi’ Sabah kita perlu tengok parti yang berwibawa dan ‘well organised party’, pemimpin yang berani dan tegas membuat keputusan untuk rakyat sabah.
Sudah sampai masanya rakyat dan pemimpin sabah harus bersatu hati dalam satu parti tempatan (Sabah base Party) yang berbilang kaum untuk menentukan masa depan sabah supaya tidak terus dijajah oleh orang politik semenanjung dan pengundi hantu(PTI).yang diterajui oleh UMNO (projek IC).
Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa SAPP boleh jadi alternatif yang baik sebagai wadah perjuangan untuk mengembalikan ‘autonomi’ Sabah. pemimpin2 SAPP konsisten dalam perjuangannya, dan satu-satunya parti yang berani menentang PM dan BN sebelum dan selepas dalam BN.
Budaya politik dangki mendangki dan politik perkauman sudah berlalu, kita harus bangkit dan bersatu hati gunakan satu platform parti berbilangkaum yang kukuh untuk menentang musuh yang telah ‘menjajah kita’ dan peralatankan kita dalam gagasan persekutuan selama 46 tahun sehingga kita pula jadi negeri yang termiskin di malaysia.
Selepas 15 bulan SAPP meninggalkan BN, mereka tidak berhenti2 membangkitkan isu-isu Sabah yang releven dan semakin hari semakin ramai ahli baru yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum menyertai parti berkenaan, saya lihat Parti ini ada potensi yang baik sebagai Parti alternatif kepada rakyat sabah.
Saya bukan orang politik tetapi saya sudah bosan tengok politik katak DDJ selama ini tidak membawa apa2 kebaikan kepada rakyat Sabah. Terbukti tujuan dia adalah kepentingan peribadi nya, selagi dia tidak jadi ketua selagi itu lah dia buat hal yang tidak pernah ada noktanya. sudah sampai masanya bagus kita pilih pemimpin yang serius dan yang sanggup berkorban daripada ‘zon selesa’ dalam BN dulu dan keluar daripada BN untuk memperjuangkan hak dan autonomi Sabah, Di sini kita dapat lihat dua perbandingan yang ketara diantara DDJ dengan YTL..saya tidak katakan DDJ saja ada kelemahan dan YTL tiada kelemahan, tetapi secara perbandingan kepimpinan dan perjuangan diantara mereka tentu rakyat dapat menilainya. semua manusia ada kelemahan apatah lagi orang politik, tetapi kita harus melihat daripada kaca mata yang lebih luas dan jauh untuk kita mahu mencari formula memperbaiki keadaan kita di sabah.
Kita buang yang keruh ambil yang jernih sama2 kita mengharapkan pemimpin2 Sabah dapat bangkit untuk kepentingan rakyat Sabah dan bukan kepentingan diri sendiri. Kita lihatlah sekeliling kita pemipin2 UMNO/BN kereta 3 atau 4 buah kereta mewah, rumah bangalow amat besar, cara hidup yang melebihi pendapat mereka. seperti orang2 barat hidup macam ‘ the rich and famous’. Hisap sigar (curut) yang berharga ratusan ringgit sebatang..BN janji berbilion2 ringgit peruntukan untuk rakyat sabah tetapi hanya projek2 untuk kroni2 UMNO/BN jadi kaya raya, rakyat masih miskin, pembangunan di luar bandar masih jauh ketinggalan. Tun Mahathir cakap UMNO dan pemimpin2nya lah yang rasuah…jadi kalau sudah begitu apa lagi rakyat Sabah mahu tunggu..”TIME FOR CHANGE”
mari renung bersama propaganda dalam sabahdaily.
Mana ada wujud KDM dalam satu kesatuan kaum,ia sebenarnya terdiri dari :
KDM = kadazan , dusun , murut
K= kumpulan yang menguasai politik dan kekayaan dan bijak-pandai yang biasa memanipulasi suku kaum lain untuk kepentingan sendiri,. penempatan mereka selalunya dikawasan pinggiran bandar atau dipekan yang agak selesa
D= Suku asal yang ketinggalan dalam banyak perkara tetapi selalu dipergunakan oleh bijak-pandai dari kalangan mereka, biasanya berada di kawasan pedalaman atau luar bandar serta mundur
M= Tidak ada kaitan pun dengan KD kecuali kerana perkahwinan dan persamaan agama tetapi sering dikaitkan oleh KD untuk mendapatkan sokongan namun sebenarnya tetap akan akan dipinggirkan dari segi peluang.
I don’t have any problem for this…if he want to make another party then go ahead…he has the right to do so…
For thosse who are still voting and still put their trust in him go on then and those who are not just ignore him…
Tunggu dan lihat…..sekurang-kurangnya merancakkan lagi suasana politik d Sabah…
Semangatbaru, memang benar apa yang anda katakan.
Kepada Di Luar Kotak, KDM adalah satu kumpulan yang sama dan banyak persamaan dalam budaya hidup. Oleh itu mereka lebih selesa dalam kesatuan KDM apa tah lagi kini asimilasi kaum ini sudah sebati. Namun setiap K,D, dan M mempunyai pemimpin masing-masing.
Malang nya pemimpin-pemimpin Murut yang mempunyai kuasa masakini sangat lemah… tidak tahu merancang, tiada wawasan dan boleh saya katakan tidak layak menjadi pemimpin Murut walhal banyak lagi orang-orang Murut yang lebih layak tetapi tak diberi peluang. Apabila mereka cuba untuk memberi pendapat mengenai pembangunan Murut, mereka kerapkali dicop sebagai pengkhianat dan dilabel pula cuba untuk merebut jawatan mereka. Ini lah dilemma orang-orang Murut.
Kalau pun dia nie buat parti baru mana saya mau ikut dia lagi….cukup2 la….dia ini selalu pandai berubah2…..cuma itu saja la psal 20perkara…dari dlu sampai sekarang dia masih lagi pertahankan….tapi tidak la mungkin dia nie ble buat sesuatu sebab lain ba cara dia nie…. Suka hati dia la mau tubuh parti baru…..
I wish him luck then. May GOD gives him insight on his next move.
J,hopefully your dream will come true.
PKRKgau sdra Risam Mail…jangan keliru dengan perjuangan DDJ tubuh parti baru kerana Deklarasi Tambunan tetap menjadi teras perjuangannya. DDJ keluar PKR bukan kerana bermusuhan dengan Thamrin tapi pendemokrasian kepimpinan PKR oleh pusat tidak betul dan mirip dengan cara Umno buat keputusan iaitu semua keputusan dibuat oleh pemimpin KL.Mereka tidak menghormati suara majoriti akar umbi. Keputusan sdra Risam untuk terus berada dalam PKR tiada masalah sila teruskan sahaja kerana itu adalah hak anda.
jika kita melihat dan merenung apa dia politik,akhirnya kita akan mendapat jawapannya.Seperti yang kita ketahui, semua manusia di muka bumi ini tidak lari dari politik dan politik itu sendiri yang akan merubah cara hidup manusia.Pendemokrasian dalam PKR sebenarnya adalah sesuatu yang mustahil dan tidak akan berubah.Selama ini kita telah disajikan dengan muslihat demokrasi PKR yang palsu, sehinggakan kita meletakkan harapan tinggi. Pembongkaran sistem PKR yang sama dengan Umno telah menyedarkan rakyat dan juga pemimpin kita,betapa harapan yang kita letakkan itu adalah sia2.Parti baru,nafas baru dan perjuangan tulin yang berlandaskan deklarasi Tambunan dan 20 perkara saya kira adalah peluang untuk rakyat berubah.
Kita tidak tamak dengan jawatan,tetapi kita harus tamak dengan 20 perkara.Jika kita tamak dengan jawatan,sudah tentu DRJ tidak letak jawatan.Tetapi perjuangan dan prinsip pertama itulah yang paling penting.
Sdra komulakanBingkor…sy amat mengenali saudara dn saudara adalah sahabat sy..sy amat sanjung sdra krn sdra la satu2ny bkl pemimpin yg akn mewakilii rkyat utk memperjuangkan hak2 rkyat yg selama ini tlh d abaikan olh kerajaan UBN dn sy yakin sdra tentu paham apa yg sy maksudkn ttg kata2 yg sy sebutkan tdi (diabaikan)..Kebangkitan sdra utk brpolitik ats ksedaran sdra utk mengembalikan hak2 rakyat spt yg terkandung dalam perjanjian 20 PERKARA..Yg mana perjuangan ini yg telah menyababkn DDJ d kenakan tahanan ISA.Sdra komulakanBingkor DDJK adalah pejuang sebenar utk rakyat sabah sehingga beliau sanggup d penjarakan krn mempertahankan hak rkyat rkyat sabah.SDRA kta lihat kebangikatan rakyat bermula setelah kemasukan DDJK kedalam PKR wpun dlm PRU12 semua calun2 pkr kalah namun begitu pertambahan undi kepada pembangkang terutamanya pkr begitu ketara sekali..sy tahu SDRA komulakanbingkor menyertai pkr setelah kemasukan ddj kedalam pkr..sdra..DDJK seringkali berkata dalam ucapan2nya bhwa hnya melalui parti pkr kta dapat mengembalikan hak2 rakyat sabah yg terkandung d dalam perjanjian 20 perkara..sdra sy ta nak panjangkan kata2 d dlm blog ini wbgaimanapun sy berharab kta dapat bertemu dgn lebih lanjut agar kta dpt bercerita lebih panjang mengenai perjuangan politik demi untuk KEBAIKAN rakyat sabah..utk pengetahuan sdra perjuangan sy tetap satu seperti perjuangan DDJ NAMUN BEGITU SYA TETAP DGN PENDIRIAN SY UTK MENERUSKAN PERJUANGAN SY MELALUI PARTI PKR….Sy berharap penubuhan parti baru ddj ini tdk akn memecahbelahkan sokongan rkyat sabah kepada pembangkang sehingga ianya membawa kebaikan kepada parti UBN.
harapan kami agar DDJ tidak meneruskan hasratnya untuk menubuhkan parti baru.. sekiranya ada salah faham bawalah berbincang.. pasti ada penyelesaian.. kami sayang akan Dtuk DDJ , namun andainya penubuhan parti baru adalah pilihan datuk ..
terserah… kami, akan terus berjuang melaluai PKR..
tokou ngawi ti… mantad KGU.
apabila tidak ada nilai demokrasi dalam PKR,dan sistemnya juga yang sangat mirip dengan UMNO, saya harap rakyat sabah juga boleh menilainya.Apakah kita perlu terus tinggal dalam PKR atau kita perlu berubah? Semua jawapan pada persoalan itu ada pada diri kita. Jadilah pejuang hak2 rakyat sabah.
Saya setuju dengan pandangan kamu nahagan, pandangan yang mengandungi KOPIYOH ( kosuhut koi dati komoyon do MONONGKOPIYOH abpinai ). Saya yakin DDJ tidak tamakkan jawatan dan kedudukan, kerana kalau dia tamak sudah tentu dia tidak lepaskan jawatannya dalam PKR. Sebagai seorang yang bijak tidak semudah itu dia bertindak nekad, tentu sahaja dia terhidu kepalsuan dalam perjuangan PKR terutama di Sabah. DDJ memeluk erat Deklarasi Tambunan dan Perjanjian 20 perkara pembentukan Malaysia maka itu adalah sangat wajar dan patut. Sebab seorang rakyat Sabah tulin patut menggenggamnya dengan erat, hanya gulungan PATI yang ditaja oleh UBN yang sanggup menafikannya. Bagi fahaman saya pemimpin yang mendiam diri padahal dia tahu yang benar, tapi takut menyatakannya, mereka inilah yang sebenarnya tamakkan jawatan dan kedudukan. Nahagan, patut pemimpin- pemimpin kita jangan potungkorogom, diam membisu hanya menanti sebagai Pak Turut. Nyatakan yang benar walaupun pahit. Kamu telah diamanatkan bukan semata-mata untuk mebena jalanraya, jambatan gatong dan sebagainya yang penting kamu suarakan hak negeri ini. Kalau semua pemimpin Sabah bersuara sebagaimana yang disuarakan oleh DDJ saya fikir KL tidak berbuat sebagaimana yang kita rasa sekarang. Malanagnya didalam hati pemimpin- pemimpin Sabah mempunyai penyakit.
DDJ mahu buat parti biarlah ba, kan kah negara kita demokrasi? sudah terbukti dia memang tidak boleh menang pilihanraya, si aman kurup pun dia kalah dan si justin Guka pun dia tidak boleh menang, Independent yang dia pimpin habis kalah, dan PKR yang dia pimpin juga makan telor! pendek kata tidak boleh lagi
A new party is coming forward. I bet he’s ‘anxiously’ waiting for his newborn baby. LOL. Well done to you J.
DDJ teruskan cita menubuhkan sebuah party politik kalau boleh biar dia Malaysia Base Party. Jangan dipedulikan ijikan orang. Cuma saya minta kamu luangkan masa berjumpa dengan orang- orang lama mungkin mereka boleh hiburkan kamu dengan tiupan tohori sompoton atau dengan petikan tongkungon sundatang mereka.
Oh yes, a new party will be born. I wonder what will be the name. Haha..would it be a unity theme party??Hmm…thinkin thinkin.
I don’t care what kind of party he will be setting up. I just need them to probe every single problem that we have been facing for the past few decades. If we want to make Sabah as one of the achievable state by 2015..then please do something.I need solutions instead of scratching someone’s face.
Bah J..bila kau mau kasi tubuh parti baru ni? Bukan apa, sa memang boring sudah tinguk benda yang sama ja di Sabah..cam teda perubahan.Bila mau perubahan,adalah plak yang bising2.Sa x marah drg cuma kalau mau buat Sabah kekal aman sebegini, mesti da sesuatu yang boleh menjamin benda itu.Bukan main hantam ja dlam newspaper..c anu tidak sukung c anu..alah,masalah di Sabah sepa2 pun boleh muntah satu baldi. Jadi tulunglah..jan fikir sal agenda sendiri..fikir pasal kami yang sama2 menderita di sini ni.Banyak betul benda yang skt2 mau sumbat orang di ISA.
He is counting the days, I guess. Dr J, don’t forget our deals. To make Sabah as we desired is not a hard thing to do. We can work it out together.But please…leave all those unrelated intentions..it make me pissed off!
I aint your fan but I believe in your chorus. I need you to revive and give us back all things that originally belong to us.
Hehe..DDJ won’t easily giving up. 9 years of battleships in PKR but ended badly. It is time for you to stand up and scream out loud…I CAN DO IT!! Impossible is nothing..Hehe.
Dr J..I support your move but with one condition. Please do something to make Sabah as the state that we all desired. I’m tired to see PTI roaring around with their things. I need the original Sabah.
I don’t give a damn on his newly party..Opps, I mean the coming party. I totally supports all positive comments above..Please address Sabahan’s issue closely. All are urgents.
I know he’s one of people who struggle for Sabahans in many ways….and i do hope he will make a better move in a next run….
Bagi saya..PKR ni bagus di peringkat nasional terutamanya utk negeri2 di semenanjung kerana mereka teda 20 perkara & hak2 setiap kaum akan dipertahankan oleh pemimpin2 kaum mereka walaupun mereka berbeza parti politik. kerana itu la di semenanjung mereka tidak ada parti berdasarkan negeri seperti di sabah & sarawak.
Untuk itu..adalah menjadi hak DDJ yang mendapat sokongan akar umbi menubuhkan parti baru berasaskan negeri. cuma terpulang kpd ROS untuk meluluskan atau menolak permohonan mereka menubuhkan parti baru.
Jika kita melihat kandungan dlm 20 perkara pun, jelas mengatakan politik di sabah & sarawak adalah ditentukan oleh penduduk di kedua2 negeri tersebut & parti politik dari semenanjung (UMNO,PKR,DAP,MCA,MIC,PPP,PAS,Gerakan @ Makal Sakti) tidak seharusnya berada di negeri ini sepertimana penduduk semenanjung harus memohon pasport perjalanan terhad untuk memasuki sabah.
Ini kerana, wujudnya Malaysia kerana jemputan Tanah Melayu kepada Sabah, Sarawak, Brunei & Singapura untuk membentuk Malaysia. Oleh itu setelah rundingan yang berterusan antara pemimpin2 yang terlibat Sabah, Sarawak & Singapura setuju untuk MENYERTAI & BERGABUNG untuk membentuk MALAYSIA dengan PERLEMBAGAAN termasuk 20 PERKARA yang menjamin setiap hak rakyat di dalam negeri mahupun negara. kalau Sabah & Sarawak tolak jemputan Tanah Melayu macamana??? mungkin juga Sbah & Sarawak ni maju mcm Singapura & Tanah Melayu pula miskin..
oleh itu pada pandangan saya..jika parti dari semenanjung mau beroperasi di sabah mereka seharusnya mendaftarkan parti mereka menjadi parti berasaskan negeri sabah contohnya PKR Sabah, UMNO Sabah, MCA Sabah, MIC Sabah dll.. Jika tidak mereka ini melanggar PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan boleh dikenakan tindakan Undang2..
Apapun kpd DDJ..teruskan usaha anda..jgn tunduk kpd KL kerana jelas anda ada hak seperti apa yang hendak diperjuangkan anda..tapi jgn timbulkan isu mau keluar dari Malaysia tau sebab dlm 20 perkara Sabah tak boleh keluar dari malaysia. dijemput masuk tapi tak boleh keluar2 lagi tau..igt 2.
Mungkin dia mempunyai strategi yang lebih proaktif berbanding sebelum ini. Terlalu banyak kontroversi yang membingitkan telinga.
Wahai DI LUAR KOTAK…bukan da sahaja yang anti Islam..tapi akakah tujuan saudara berkata demikian?
Your majesty, may your wish be granted.
He dare to talk..and he is open for everything. I don’t like him but I like his way of doing things. That’s all.Go go power J J!:D
Don’t underestimate his will power. He is able to do something grand. Setting up a new party is one of the good examples.
Give him a big clap.Seems like he is confident with his words.
ramai orang mengatakan,yang kita tidak boleh berfikiran sempit dalam politik,dan kita perlulah menyertai politik kebangsaan.Secara jujur dan telus jawapannya adalah ya.Tetapi,sebelum kita melangkah kearah yang lebih jauh dan luas,kita tidak seharusnya melupakan pula apa yang sebenarnya, kita perjuangkan dinegeri ini.
anak2 muda, anda adalah generasi yang akan melihat bagaimana negeri kita bergerak kedepan, dan semua itu adalah ditangan anda.Jika anda menggilapnya dengan baik maka ia akan bersinar dan begitulah sebaliknya. Jadi apa yang perlu kita lakukan?
Jika kita boleh berpidato dengan baik sekalipun ,tetapi kita tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, kita sama seperti tin kosong, dan anda juga adalah orang2 yang sebenarnya bersubahat menghancurkan negeri ini.
MEMBANGUN KEBERANIAN MENGGAPAI IMPIAN
(keadilan dalam sistem bernegara persekutuan)
Salam hormat warga sabahdaily,
Pandangan ini saya dedikasikan buat warga sabahdaily. Pertama sekali kita melangkah kepada konsep bermasyarakat dalam tatacara bernegara yang berpandukan kepada sebuah persekutuan, tegasnya Persekutuan Malaysia yang menjadi intipati kepada pandangan ringkas ini yang tentunya memerlukan ketenangan dhamir dalam konteks orientasi pimpinan, apa yang dinamakan sebagai Pimpinan Pusat Persekutuan Malaysia dengan Pimpinan Negara Sabah dan Sarawak yang telah bersetuju untuk bergabung dalam usaha menubuhkan Persekutuan Malaysia menjadi antara negara baru di dunia yang telah ditandatangani pembentukannya pada 9 Julai 1963 dan dimasyhurkan kewujudannya pada 16 September 1963.
Betapa pada mulanya, Persekutuan Malaysia ditubuhkan atas nama empat buah negara, iaitu Malaya (Tanah Melayu), Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapura. Namun, atas sebab-sebab tertentu pada pertimbangan dan rasional Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di London telah mengeluarkan Singapura dari gabungan Persekutuan Malaysia. Justeru, selepas Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia, sah Persekutuan Malaysia kini hanya tinggal tiga buah negara sahaja lagi, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.
Justeru adalah jelas, bahawa Persekutuan Malaysia dibentuk bukan atas nama ‘Tiga Belas Buah Negeri’. Mengapakah kini Persekutuan Malaysia tiba-tiba menjadi 13 buah negeri? Sebab itu saya pernah katakan, bahawa status atau standard Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia telah diturunkan tarafnya kepada standard negeri, sedangkan Malaya tetap berdiri sebagai sebuah negara.
Yang demikian, apabila ‘Tiga Buah Negara’ ini bergabung atas nama Persekutuan Malaysia, dan status Sabah dan Sarawak diturunkan kepada standard negeri, sepatutnya Malaya juga sewajarnya diturunkan statusnya kepada negeri juga, atas nama negeri Malaya. Sebab, Persekutuan Malaysia bukan dibentuk atas nama 13 buah negeri.
Mengapa saya mengatakan, bahawa Sabah dan Sarawak tidak sewajarnya dijatuhkan standardnya kepada sebuah negeri laksana pecahan negeri-negeri yang membentuk Malaya? Pada pandangan saya, kedudukan Sabah dan Sarawak adalah setaraf dengan Malaya dalam konteks dan konsep penubuhan Persekutuan Malaysia. Bahkan, betapa konsep Persekutuan Malaysia tidak jauh bezanya dengan konsep Persekutuan Great Britain.
Penubuhan Persekutuan Great Britain menggabungkan beberapa buah negara yang saling berasingan dan berjauhan, antaranya seperti Australia, Canada, England dan New Zealand yang menjadikan wilayah Persekutuan Great Britain merupakan yang terbesar sekali di muka bumi ketika ini. Sesungguhnya, betapa Persekutuan Great Britain dari sudut antarabangsa, hubungan negara-negara ini disahkan sebagai Confederation [Persekutuan] dan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara.
Walau bagaimanapun, tugas Ratu Elizabeth II di Australia, Canada dan New Zealand berbeza dengan tugas Baginda Ratu di England. Tegasnya, tugas Baginda Ratu Elizabeth II di Australia, Canada dan New Zealand diwakili oleh seorang ‘Governor General’. Maksudnya, seorang Governor General bagi Australia, seorang Governor General bagi Canada dan seorang Governor General bagi New Zealand yang menjalankan tugas bagi pihak Ratu Elizabeth II di ketiga-tiga negara tersebut. Dengan ungkapan lain, fungsi Governor General bagi Australia, Canada dan New Zealand ada persamaan dengan tugas dan fungsi TYT di Sabah dan Sarawak.
Kembali kepada Persekutuan Malaysia. Gagasan penubuhan atau pembentukan Persekutuan Malaysia sebenarnya diterima dengan tanggapan yang kurang selesa oleh pimpinan tempatan Sabah dan Sarawak. Namun, memandangkan bahawa pembentukan Persekutuan Malaysia lebih kepada kehendak bersungguh-sungguh Amerika Syarikat dan Great Britain atas pertimbangan politik rantau Asia Tenggara yang sedang mengalami gelombang pertembungan ideologi antara Capitalist dengan Communist, maka Sabah dan Sarawak akhirnya bersetuju bergabung dengan Malaya bagi menjayakan penubuhan Persekutuan Malaysia.
Persoalannya adalah, ada atau tidak kelainan atau tiada kesamaan Persekutuan Malaysia dengan Persekutuan Great Britain? Justeru, jika mengambil kira struktur dan polisi pentadbiran Persekutuan Great Britain, saya menanggapinya sebagai wujud persamaan dan kelainan struktur puncak bernegara antara Persekutuan Malaysia dengan Persekutuan Great Britain.
Mari kita tinjau persamaan dan kelainan sistem pemerintahan puncak bernegara Persekutuan Malaysia dengan sistem pemerintahan puncak bernegara Persekutuan Great Britain. Sebagai contoh ketua negara, Ketua Negara bagi Persekutuan Great Britain ialah Ratu Elizabeth II. Sementara Ketua Negara bagi Persekutuan Malaysia ialah, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Demikian juga dengan Governor General bagi Australia, Canada dan New Zealand ada persamaan dengan TYT di Sabah dan Sarawak.
Namun begitu, apabila menyentuh dan sampai kepada soal struktur pentadbiran yang berkaitan dengan kementerian dan fungsinya, termasuklah dalam soal hal ehwal hubungan antarabangsa (Catatan: isu ini memerlukan kupasan mendalam yang ada kaitan dengan sistem pemerintahan), antara Sabah dan Sarawak dengan Australia, Canada dan New Zealand dalam konteks bernegara persekutuan, antara Persekutuan Great Britain dengan Persekutuan Malaysia sungguh jauh berbeza. Dalam hal ini, contoh yang paling mudah dan ketara ialah dalam sistem ketua pemerintahan. Adalah jelas bahawa, Ketua Pemerintahan bagi Australia, Canada, England dan New Zealand dalam konteks dan semangat Persekutuan Great Britain, masing-masing digelar Perdana Menteri.
Sedangkan ketua pemerintahan bagi Sabah dan Sarawak dalam konteks sistem persekutuan yang serupa, tegasnya dalam konteks sistem dan semangat Persekutuan Malaysia hanya bergelar Ketua Menteri dan bukannya Perdana Menteri. Sebab itu saya kata, antara Persekutuan Great Britain dengan Persekutuan Malaysia, sekali pun ada sedikit persamaan, namun perbezaan yang wujud amat ketara, walau pun kedua-dua negara ini mendakwa sebagai Negara Bersekutu. Akhirnya, yang mana satu kaedah bermasyarakat dan bernegara antara Persekutuan Great Britain dengan Persekutuan Malaysia yang lebih menepati kehendak sistem persekutuan tulen?
WARGA SABAH BIAR ADA HARGA DIRI
- Naspazi
Mantap la ko naspazi…tap napa la ko p kait2 dgn great britain??? da tau Great Britain 2 lain dgn Malaysia..ko cakap pjg2 mcm 2pn takda yang kisah sbb kita mau situasi yg sebenar di malaysia. Perlembagaan malaysia da cukup utk menjamin hak setiap penduduk di malaysia…cuma sama ada pemimpin2 tertentu hormat kpd perlembagaan atau tidak 2je..
Dari aspek penjelasan Naspazi tepat dan padat dalam memperjelaskan isu Pembentukkan Malaysia termasuklah isu 20 Perkara sehingga terpaksa memberi perbandingan bagaimana Great Britain terbentuk dan juga sistem pemerintahannya mempunyai kelainan sedikit di Malaysia.
saya rasa bagus ddj tatap sama pkr… lagi bagus lagi tamba kuat pkr dan lagi….
Bagus juga kalau tubuh partri baru,biar wakil Sabah jadi pengasasnya….saya sokong dengan keputusannya……mudah-mudahan berjaya dan akan menjadi KMS satu hari nanti……
Seperti kata Nahagan, kita mesti sedia untuk memilih yang terbaik buat Sabah. Kita la harapan bangsa dan negara. Jangan sekadar bercakap ingin menyokong tapi sebaliknya pula yang berlaku. DDJ telah memberi peluang kepada anda.Pilihlah yang terbaik.
Datuk Jeffery the choice is in your hand….No matter what will your choice, hope it will make you a better person to voicing up on behalf of Sabahans…
Let this Guy Do Whatever He want…..Give Him Some Space..
Yeah true,
He can do whatever he likes. But we have the rights to chose whether or not we wanted to support him or not. Have tolerance.
Soalnya DDJ mahu tubuhkan parti baru berasaskan negeri, bukan KDM..jika diamati betul2..konsepnya serupa dgn PKR sebab DDJ tidak ada masalah dengan Perlembagaan PKR cuma tidak senang dan hilang keyakinan terhadap cara DSAI mengurus PKR terutamanya dalam hal2 pelantikan pemimpin2 PKR negeri Sabah.
DDJ mahu Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dilantik berdasarkan suara majoriti tetapi DSAI sebaliknya..DSAI sememangnya individu yang suka membuat keputusan menentang arus..tapi harus diingat tidak semua yang dicanang akan membuahkan hasil..
Apapun sama ada hendak keluar PKR dan menubuhkan parti baru adalah haknya yg sememangnya jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia jika cukup syarat..Soal mendapat sokongan atau tidak itu perkara kedua…so mau cakap apa lagi???
Tumpung, that’s why I’m not going to say anything about this anymore. Him forming a party is one thing. Whether or not he will gain our support is another thing. Let him be.
So, the guy is back eh? Hah~
I’d say, let’s leave him alone with his “work”.
It’s not like we’re joining anyway.
sia ini orang sabah,tatap sokong sama DDJ, kalau mau tengok pemimpim asli sabah inilah dia DDJ,tidak takut ditanah sendiri,bukan macam pemimpm lain ada jawatn sikol tidak sudah banyak cerita..dua tiga tahun bini banyak kereta banyak rumah banyak tapi orang kampung,kampungan juga..nah kan gia batul sia cakap, jadi lain kali kalu ada pemimpim begini macam DDJ baru sabah maju, jangan dapat jawatan,gaji lupa asal usul..bah dangar kamu sia ni parna jadi bomoh jadijadian, sia boleh ramal, kamu tengok banyak parti sakarang bagaduh..nah itu sia ramal yang paling baik ialah sokonglah DDJ anak jati bumi tanah tumpah darah sabah…..nah…,,,,,,jangan ikut2 cakap orng tida sikol cakap limpas gunun kinabalu, tapi masih juga macam itu…jadi god bless DDJ,kami semua bomoh2 skong cma DDJ dan rakan-rakan tengok lah 2013, tatapi DDJ CM sabah, ka ta pacaya… nah sia da ramal banyak parti..smua batul….
ada bernar juga cakap ko bungkau..ada pemimpin yg belum ada jawatan bising sini sana..hari2 kuar news..hari2 buat panas..kunun dia lah pejuang anak bangsa sejati kepada kaum, agama, negeri, hak asasi & negara kita yang tercinta…tp bila d bagi jawatan tinggi ckit terus diam..mcm mulutnya terkunci mungkin d jahit kali..ni barulah jelas pemimpin yang bising sbb mau jawatan ja..PEMIMPIN GILA BABI MCM SYAITAN NI NAMANYA!!!
I wish DDJ good luck…he has his own way how to deal with PKR but most importantly serve the rakyat with dignity and sincererity. Sabahan are looking forward a new political culture…Sabah base party with strong leadership as an alternative to BN. SAPP? SETIA? BERSEKUTU? PASOK?…sabahan are mature to make a right choice..
Gud Luck then
I think there’s a lot of people who still support Datuk J… as long as people put their trust in him…he will stand again…and again….
Like others opinion…And as my early post… we should let this Guy do what he want to do…
Whatever he does, it’s up to himself. The people can choose to support or not.
This story is so yesterday. But I will give credit to his effort though.
Yeah, the important matter is to let him be. He is old enough to make decision.
Good luck DJK. All the best with the new party.
Now people..Decision is in your hands.
Either support him or support other leaders.
It’s your call. I’d rather observe him and his soon-to-be-party and see the outcome.
Just let the others make their own decisions. We have no control over other people’s preference. All we can do is tolerate and respect other people’s choices.
Politics is just like religion. Both are sensitive topics. We must have great deal of self control and respect with other people’s preference.
He is old enough to decide the best move he could take. I wouldn’t count on his words until he meant it so.
Just wish him the best once and for all.Hasta luego mi amigo!
Salam hormat saudara Tumpung dan Ayamsarama,
Biarlah Sang Harimau mengaum, terpulanglah kepada Sang Kambing sama ada menghiraukannya atau tidak. Namun, mana-mana negara selamanya tidak menjadi perkasa tanpa kewujudan pemimpin yang punya keberanian menggapai harapan. Amerika Syarikat menjadi perkasa kerana wujudnya George Washington sebagai Presiden. Jepun menjadi perkasa kerana hadirnya Meiji sebagai Maharaja.
Justeru, seakan menjadi satu kewajaran mendesak bagi warga tulen Sabah agar serius dan dedikasi mencari pemimpin yang punya wibawa dinamik dan komprehensif mengangkat martabat warga Sabah, waima di persada antarabangsa sebagai Sabah Baru yang berkualiti. Hence, jika mengambil kira disiplin kesarjanaan tinggi, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, memiliki standard yang saya maksudkan…
“MEMBANGUN KEBERANIAN MENGGAPAI IMPIAN”
- Naspazi