KENAPA SIASAT SAN SAHAJA? IC PALSU BAGAIMANA?

KELANTANGAN Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya mempersoal kelayakan Jimmy Wong Adun DAP Sri Tanjung bagaimana beliau mendapat ‘Sijil Anak Negeri’ (SAN) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri baru baru ini, sungguh menarik perhatian umum malah isu tersebut menjadi ‘panas’ dikalangan rakyat Sabah yang ingin tahu siapakah dalang disebaliknya.

Malahan sepatutnya bukan sekadar isu SAN yang perlu disiasat tetapi juga kepada isu kontroversi lain yang sehingga kini belum ada penghujungnya iaitu masih tergantung seperti pengeluaran Kad Pengenalan Palsu sepertimana yang dibongkarkan oleh penulis terkenal Sdra Mutalib MD.

SAN yang dibekukan oleh kerajaan negeri semasa era pemerintahan Parti Berjaya pimpinan mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh, disifatkan oleh segenap lapisan rakyat Sabah satu satunya pemimpin yang tegas dan berani serta berpandangan jauh, telah dapat menghidu kesan buruknya secara jangka panjang keatas keselamatan negeri ini jika SAN terus dipergunakan dan diperkudakan oleh golongan tertentu untuk meraih keistemewaannya.

Malangnya Adun Sekong hanya sempat berkokok didalam DUN yang bertamingkan imuniti DUN, dan mengapa suara lantang itu tidak disusuli dengan tindakan luar dewan supaya banyak perkara lain dapat dirongkai satu persatu, tetapi mengapa sekadar ibarat menjadi ‘penyampai berita terkini’ didalam dewan dan selepas itu pula ‘cuci tangan dan mulut’.

KINI gendang dan rebana Umno/BN sudah dipalu Samsudin, dan mungkinkah tindakan ‘laporan Polis’ Pergerakan Pemuda Umno Sabah dan UPKO sekadar menjerat kaki pemimpin DAP Sri Tanjung itu, sekaligus menjinakkan kelibatnya dari terus berkelakuan ‘celupar’ didewan yang selama ini gelagat beliau membuatkan ramai pemimpin ‘Back bencher’ BN tidak selesa duduk.

Umum berpendapat bahawa Jimmy Wong yang dirujuk kepada Jawatankuasa Khas DUN kerana didakwa tidak berintergriti bukanlah suatu tindakan yang sebijak bijaknya kerana kalau pun disebabkan pemilikan SAN yang dikhuatiri ada unsur keraguan ketidak tulinan dokumen itu sedangkan menurut Wong SAN telah diperolehinya lebih 30 tahun lalu.

Ramai berpendapat bahawa kes Wong yang memiliki SAN seolah olah lebih serius daripada ratusan ribu PTI yang telah mendapat ‘IC Palsu’ termasuk pemalsuan kerakyatan asing, dimana isu ini bukan lagi suatu perkara yang baru bagi negeri ini atau suatu andaian semata mata kerana maklumat kabur dan samar samar untuk dipercayai, tetapi ia telah menjadi kenyataan apabila beberapa ahli politik yang ditahan dibawah ISA kerana membocorkan rahsia apa yang dipanggil ‘Projek IC’ dan sebagainya.

Untuk berlaku adil kepada Jimmy yang telah menjadi kambing hitam dalam isu ini, pemimpin BN hendaklah mengetengah isu kerakyatan atau SAN didalam persidangan DUN akan datang termasuklah usaha usaha kerajaan menangani masalah pemberian kad pengenalan kepada PTI dan pengeluaran ‘IC Palsu’ tanpa memilih bulu, kerana selagi isu tersebut tidak ditangani sepenuhnya rakyat tidak akan diam malah senantiasa ‘berkokok’ untuk menyelar kerajaan BN disetiap sudut kelemahannya.

Oleh: GONOD

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, November 23rd, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

14 Responses to “KENAPA SIASAT SAN SAHAJA? IC PALSU BAGAIMANA?”

  1. Daeng on November 23rd, 2009 at 9:35 am

    Jangan lupa bukan hanya orang indonesia dan piliphino saja memiliki IC palsu tapi pendatang Cina jugak ramai yang dapat IC segera pun dikira palsu jugak tu….kena tegas sebab cina semakin ramai kahwin ngan KDM demi kelangsungan dan kekayaan yang mereka kecapi di sabah ini.Wahai KDM jangan pandang sebelah mata saja….apa takutkah dengan ini tauke tauke cina yang penyamun sebenarnya…..lu fikirlah sendiri….

  2. seluardalamcapT on November 23rd, 2009 at 11:39 am

    Memang betul itu…jangan pilih kasih siasatlah semua terutama sekali IC Palsu dan juga pemalsuan kerakyatan di Sabah. Kalau ada pemimpin yang bantu mereka ini dari belakang tangkap YB itu dan dakwa dia diMahkamah mengikut undang undang yang ada tanpa memilih bulu barulah negara kita aman dan bersih.

  3. kalaukaubolehbah on November 23rd, 2009 at 11:48 am

    Saya setuju dengan pendapat Daeng dan seluardalamcap T. Tangkap semua orang yang memiliki Mykad palsu. Orang Cina yang datang sini pun memang ada dan ada pula yang menjadi Ah Long. Asalkan dia bersalah, tangkap bah kan…..

  4. Daeng on November 23rd, 2009 at 12:19 pm

    Selagi ada UMNOBN,PDRM,SPRM dan RM di belakang mereka semuanya hanyalah cakap2 kosong saja,sekadar melepas batuk ditangga kerana Raja dimalaysia adalah Ringgit Malaysia semua boleh beli tanpa ragu dan sangsi…..

    Itulah yang merimaskan kita sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan sejagat demi anak bangsa malaysia yang merdeka dari segala galanya termasuk penindasan kaum yang nyata berlaku di sabah ini…..siapa makan cili dia rasa pedaslah kalau tidak berusaha dari sekarang selamanya akan tertindas selagi mana kerajaan sabah duduk dibawah ketiak UMNOBN yang memang menindas hak2 rakyat sabah dan peribuminya yang palui kerana menjadi pengundi tegar UMNOBN…..

  5. machoman sabah on November 23rd, 2009 at 12:26 pm

    kita halau umno dari sabah ni sebab mereka ni lah yang buat masalah kepada sabah selama ni. kami mau seperti semangat sabahan dulu. TANPA UMNO SABAH MEWAH DAN PTI. apa kejadah si shafie apdal bawa slogan BN MENANG KEDAH SENANG..tempat sendiripun mcm pekan koboi saja mau majukan Kedah pula ..

  6. sdk Provok on November 23rd, 2009 at 2:12 pm

    Indonesian dan Philipin adalah isu serumpun yang sedikit sebanyak menyukarkan penarafan kerakyatan di sabah tapi ape ke halnya orang cina dan pakistan dengan mudah dapat IC silap-silap jadi pemimpin pulak tu, apa macam pula hak rakyat dan anak-anak orang sabah yang berkahwin dengan orang semenanjung atau orang semenanjung yang dah berdekad menetap di sabah ni.

  7. Tulun Tokou on November 23rd, 2009 at 3:17 pm

    saya setuju dengan pendapat Daeng dan sdk Provok 524.22 peratus.. yang control ekonomi sabah bukan PTI indon dan Philip tapi orang cina semenanjung dan cina sarawak… dan sedikit PTI Cina China dan PTI Cina Singapore.. Mereka menguasai haratanah di bandar-bandar dan mereka juga membeli tanah Ratus Ribu Hektar di luar bandar. Penguasaan ekonomi mereka ini sangat menyeluruh dan berstrategi dan kawin campur dengan KDM ini salah satu saja dari strategi mereka…dan lahirlah istilah sino dan surat anak negeri ..

    orang KDM banyak yang bekerja dengan taukeh-taukeh ni termasuk yang di jabatan tanah dan hasil bumi.. orang cina boleh urus geran tanah dalam masa 3 bulan saja yang orang tempatan perlu 30 tahun urus.. saya cakap atas dasar pengalaman pribadi.. taukeh boleh call direct pengarah jabatan tanah dan hasil bumi macam call pekerja dia .. kamurang boleh check di jabatan tanah dan hasil bumi barapa peratus tanah milik orang tempatan dari Pensiangan sampai Tawau? kamurang akan tau mainan young teck lee masa jadi ketua menteri sabah? kalau di jabatan pendaftaran dan imegresen orang cina dengan seluar pendek boleh masuk terus jumpa bos jabatan.. orang kampung macam kami orang ni terpaksa tunggu berjam-jam di luar ..yang aki-aki dan edu-edu siap kena bentak-bentak lagi oleh pegawai pendaftaran.. ancaman PTI Cina lebih berbahaya… Kita bukan Racist untuk membuat penilaian tapi kalau cara untuk kaya sama macam Umno-BN dan memijak-mijak hak rakyat temapatan.. Kami lawan tetap lawan!!…

  8. Janji setia on November 23rd, 2009 at 3:53 pm

    Janla asyik menghentam orang cina bah..bangsa kita pun bukan bagus sampai mana juga..hormatilah bangsa lain..tapi seumur hidup ni sa tiamau hormati PTIs..

  9. sansaluiyon on November 23rd, 2009 at 4:22 pm

    Oooopppsss..! saya satuju no kapada IC palasu..no kapada SAN..tangkap siapa saja yang salah undang ndang..YBkah? Datukkah? antau siap? kasi pulang samua itu along along dari KL…tapi janganlah kita bangkit bangkit orang sina Sabah orang kita juga..sissss! nda bagus bah masa itu. Yang banggali samua kasi balik kampong diorang..apa juga diorang disini, janggut saja tabal!

  10. C Cinta on November 24th, 2009 at 9:59 am

    hahaaha naaaa cua ko tgo ba tu pilak2 sudah la hitam, bida, pengutur..!!!! buat semak d cni…buat sial saja…hahahah bikin kasih samak mata..

    kalau cina cantik putih pandai bisness, ble tolong ka c naik ekonomi sabah…..pandai urus hidup…

    tgo ba beza dia….hahahahha

  11. Andray on November 24th, 2009 at 3:13 pm

    I don’t care who you are as long as you did not disturb us then, should be ok…. Together we make this land peace and free from PTI.

  12. Salim on November 26th, 2009 at 10:23 am

    Of course cannot give them fake I/C la. But most of our field work and plantations are relying on the PTI’s and foreign labors. Without them, no one will work.

  13. Sardines on November 28th, 2009 at 11:54 pm

    So hows the story goin? Still on court?

  14. Vios is me on November 28th, 2009 at 11:56 pm

    Jimmy Wong, the truth speaks later. Don’t worry folk.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites