KM P.Pinang kesal polis biarkan demo di luar Dun

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menempelak pasukan polis kerana membiarkan samseng jalanan tajaan Barisan Nasional (BN) membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

“Berdemo dibolehkan kerana ia adalah hak rakyat untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan tetapi biarlah bersopan bukan seperti samseng jalanan tanpa menghormati dewan yang sedang bersidang.

“Polis hendaklah bertindak wajar dengan tugasan mereka menjagai keamanan. Bukan membiarkan pendemo bertindak sesuka hati, riuh rendah dan memalukan, ” terangnya dalam sidang akhbar ketika masa berehat Persidangan Kali Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Penggal Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke Dua Belas pagi tadi.

Lim mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo dan membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Selain menghamburkan kata-kata kesat, mereka juga membakar gambar Lim Guan Eng serta menaikkan sepanduk kononnya Lim menipu kaum India dalam isu Kampung Buah Pala.

Lim berharap polis tidak berat sebelah dalam menanganu demontrasi yang dijalankan oleh pendokong Pakatan Rakyat di mana juga selepas ini.

Sebelum ini, apa yang berlaku adalah, bila pendokong Pakatan Rakyat berdemo, pihak polis cepat bertindak menahan, menangkap serta bertindak kasar atau mengurung mereka dalam lokap atau diletakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lebih malang lagi ada yang cedera dipukul bertalu-talu oleh pasukan polis yang tidak berunifom.

Keadaan ini berbeza terhadap apa yang terjadi di hadapan Dun Pulau Pinang pihak polis seakan membiarkan pendemo mengeluarkan kata-kata keat terhadap kepimpinan negeri yang jelas mengamalkan sikap Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT).

Beliau hairan kenapa isu yang telah lama selesai khususnya Kampung Buah Pala ditimbulkan kembali di waktu persidangan dewan dan tentunya ada usaha merosakan nama baik Kerajaan Negeri yang sedaya upaya merancang sebuah negeri berkebajikan.

“Kerajaan Negeri sudah terbukti berjaya melakukan kelainan dengan kerajaan BN yang memerintah sebelum ini apabila mendapat pengiftirafan daripada badan anti rasuah dunia.

“BN patut akur dengan pengiftirafan tersebut kerana sepanjang mereka memerintah bukan rasuah
berkurangan bahkan berleluasa, ” tegasnya.

Baru-baru ini, Tranperancy International telah mengiktiraf Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersungguh-sungguh dalam menangani rasuah.

Turut serta dalam sidang media pagi tadi ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy. -Harakahdaily

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, November 30th, 2009 dalam kategori berita, pulau pinang. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

2 Responses to “KM P.Pinang kesal polis biarkan demo di luar Dun”

  1. OAG on November 30th, 2009 at 7:00 pm

    POLIS DIRAJA MALAYSIA ADALAH SAMA DENGAN 1MALAYSIA,,, Mereka Ini Kuda Tunggangan UMNO Yang Bergelar King oF Ring

  2. sam on December 2nd, 2009 at 10:35 am

    jika Parti Pembangkang buat demo polis tangkap,polis pukul,polis sembur dgn air,polis dakwa,polis tembak dgn pemedih mata, kononnya parti pembangkang tidak ada kebenaran untuk berdemo dan tidak ada permit, tetapi jika BN berdemo semua boleh.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites