KONSEP PEMBANGUNAN PEKAN KECIL MELALAP

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Kewujudan Pekan Kecil Melalap amat bermakna dari aspek ekonomi bagi penduduk sekitarnya kira kira lebih lima ribu orang yang merupakan pekan kedua penting disini sebagai pekan alternatif untuk membelibelah, selain dapat mengurangkan kesesakan dibandar disebabkan kepesatan pembangunan yang kini sedang rancak berlaku ketika ini.

Pekan kecil Melalap yang mempunyai kesan kesan sejarah peninggalan kerajaan British yang dapat dibuktikan menerusi bangunan bangunan bentuk lama seperti sederet kedai papan tiga pintu, stesen keritapi, gudang menyimpan barangan ekspot seperti binatang ternakan kerbau, damar dan getah ke hilir pedalaman untuk dihantar ke Brunei dan Labuan melalui perkhidmatan keritapi wap.

CERAMAH…Henry Bating sedang syok menjelaskan sesuatu kepada para JKKK

Demikian dijelaskan Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Fakulti Penyelidikan Sastera dan Budaya Henry Bating ketika memberi taklimat kepada para JKKK Mukim Melalap pada Sabtu.

Henry yang menyampaikan satu kertas kerja bertajuk “Konsep Pembangunan Pekan Kecil Melalap” atas jemputan Gabungan JKKK Mukim Melalap, yang turut dihadiri Naib Ketua Bahagian UPKO Tenom Junik Bajit, para pemimpin masyarakat tempatan dan beberapa individu yang berminat mengikuti taklimat tersebut.

Pengerusi Penganjur Juarib Ebin yang juga Pengerusi Gabungan JKKK Mukim Melalap seterusnya menjelaskan bahawa taklimat itu diadakan antara lain bertujuan untuk menyedarkan masyarakat disitu betapa pentingnya sejarah kegemilangan Pekan kecil Melalap dizaman tahun 1950an dan 1960an yang telah pudar, perlu dikenang semula agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Kegemilangan Pekan Kecil Melalap yang berakhir pada sekitar tahun 1970an menyifatkan suatu kejayaan cemerlang bagi syarikat perladangan River Estate dan Harrison & Crossfield yang mempelopori perladangan getah dengan jumlah pekerja yang ramai mencecah lebih tiga ribu pekerja menjadikan pekan disitu terus menjadi pesat dan tumpuan orang luar daerah, tegas Henry.

“ Mungkin pertanyaan akan timbul…apa istimewanya Pekan Kecil Melalap diwujudkan? Tetapi bukan sekadar kesan sejarah silam…malahan pekan ini mempunyai sumber asas dalam kepelbagaian ekonomi khususnya sektor pelancongan dan pusat pusat riadah yang menarik dengan keaslian flora dan fauna,” jelas Henry.

“ Selain Pusat Kebudayaan Murut, pusat pusat riadah lain juga terdapat disini seperti pusat riadah air terjun Taman Crocker Range Ulu Sumbiling, berkayak White Water Rafting sungai Pegalan dan berbasikal keliling antara pekan Melalap ke Jawa Sumbiling dan balik ke Pekan Melalap,” tambahnya lagi.

Beliau berkata, kerajaan mahu pun kuasa kuasa tempatan tidak perlu membina bangunan baru sebagai tambahan kerana bangunan bangunan yang lama masih kukuh untuk terus digunakan seperti bangunan stesen keritapi, gudang dan pasar lama.

Apa yang perlu tambah Henry, bangunan bangunan tersebut perlu direnovat (renovation) supaya kelihatan lebih kemas dan indah disamping turut mengekalkan bentuk asal bangunan agar menampakkan keasliannya.

Manakala halaman kawasan pekan tegas Henry lagi, selain meletakkan beberapa lanskap yang menarik dikawasan disitu, pengekalan tumbuhan seperti kayu kayan yang sedia ada juga perlu diteruskan supaya ia dapat membantu pengurangan haba dan menghasilkan penghijauan persekitarannya.

“ Pusat informasi juga perlu dibina sebagai galeri gambar gambar bersejarah, pameran, brosur pakej pakej pelancongan yang dikendalikan oleh urusetia JKKK Mukim Melalap dengan mendapat sumber dana dari pelbagai pihak,” cadang Henry lagi.

Terdahulu, Pengerusi JKKK Mukim Melalap Juarib Ebin memberitahu bahawa memrondaum Pekan Kecil Melalap yang telah dipersetujui oleh 19 JKKK disini telah pun disampaikan kepada Menteri Persekutuan Tan Sri Bernard Dompok untuk disampaikan kepada Pengurusan Syarikat Perladangan Sime Darby Sdn Bhd berhubung tuntutan pelepasan kira kira 50 ekar tanah syarikat tersebut sebagai tapak Pekan Melalap.

KENANGAN…para JKKK mengabadikan potrait mereka mebelakang pokok sebagai mercu tanda pekan kecil Melalap.

Juarib mengharapkan agar tujuan mereka tidak disalah anggap oleh pihak pihak tertentu sebagai membelakangi kerajaan, namun apa yang mereka lakukan adalah semata mata untuk membantu kerajaan merealisasikan janji pemimpin mereka kepada rakyat sebelum ini.

“ Kita tiada agenda lain yang bertentangan dengan dasar kerajaan…tetapi apa yang kami lakukan adalah semata mata untuk memesatkan pembangunan dikawasan ini dapat dicapai dengan sewajarnya,” tegas Juarib.
Ends///..

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Sunday, November 29th, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

10 Responses to “KONSEP PEMBANGUNAN PEKAN KECIL MELALAP”

  1. Ayamsarama on November 29th, 2009 at 5:27 pm

    Inilah kelemahan wakil rakyat DUN elalap dan MP Tenom. Lihat kedua dua mereka berdiam diri…dan terpaksalah pemimpin akar umbi memainkan peranan untuk membantu mereka…kalau tidak habis kena baling telur busuk apabila melawat kawasan…itu pun kalau berani?

    Gelagat Raimie Unggi berlainan pula…selepas dianugerah PGDK yang membawa gelaran ‘Datuk” terus dipasangnya papan iklan yang bertamingkan ‘Sayangilah budaya kita Bahasa Jiwa Bangsa’ dimana namanya ada terpampang diatas Datuk Raimie Unggi, Ahli Parlimen Tenom…kenapa takutkah orang tidak tahu sudah dapat ‘Datuk’

  2. tok iskandar on November 29th, 2009 at 7:39 pm

    Jemaah pas kat sini kena beringat sikit bila puak gerombolan atau cybertroopers licik cuba memecahbelahkan PAS dalam isu UG,menantu TG Nik Aziz.
    Barangkali terdapat kerisauan jika Pakatan Rakyat berjaya didaftarkan dan TG Nik Aziz jadi peneraju atau ikon Pakatan Rakyat.
    Tuntutan royalti minyak dengan Kuli sebagai ketua kaukus menyentak terus jantung puak gerombolan.
    tak heranlah kena TG Nik Aziz diserang.ketika inilah jemaah PAS perlu bersatu dan menyerang balas dengan menjawab komen tak bermaruah dan jijik oleh sesumpah yang menyamar ahli PAS di setiap ruangan komen blog pro pakatan rakyat sedang mereka giat jadi batu api.
    marilah kita bersama-sama pertahankan parti dari diserang algojo-algojo politik ini yang cuba mendapat political mileage jika dun perak dibubarkan

  3. Pemerhati Bebas... on November 29th, 2009 at 7:57 pm

    Sampai bila pemimpin kita terus berubah demi untuk kemajuan tempat yang meraka wakili…sepatutnya mereka perlu memahatkan nama mereka dikala mereka sebagai wakil rakyat…tetapi saya yakin mereka sedang memperjuangkan agenda ini..namun sejauhmana keikhlasan mereka..tepuk dada tanya selera…..ingat…kita sentiasa di hakimi…kalau bukan sesama manusia..tetapi yang totalnya adalah dari Tuhan…politik tetap politik…tapi kita ingatlah juga kepada Nya…suatu hari kita akan menemui Dia..apa kita jawab!

  4. Lauria L on November 29th, 2009 at 9:14 pm

    I am proud to our local uni UMS…in part of helping this village people truly developed..

  5. mytenom on November 30th, 2009 at 2:59 am

    saudara pengarang….gambar-gambar itu sangat kurang sesuailah…macam pelakon saja dan macam cover album lagu murut saja itu…tiada gambar sewaktu seminar kah ? sekurang-kurangnya na tengok juga berapa ramai peserta…

    Sebenarnya pembangunan pekan tenom bukan sekadar pembangunan fizikal untuk pekan melalap saja, sepatutnya meliputi semua aspek khususnya dari segi perubahan sikap masyarakat tenom khususnya golongan bumiputera tertua di sabah iaitu Murut.

    sepatutnya para pemimpin Murut mengambil inisiatif seperti kempen kesedaran di kalangan bumiputera Murut tentang pentingnya pendidikan anak-anak, peluang-peluang ekonomi oleh agensi-agensi kerajaan, bukan setakat melawat kampung dan memberi sumbangan baiki zink dewan raya, buat jambatan baru.

    saya sangat sedih lah melihat keadaan bumiputera Murut yang semakin ketinggalan dalam pelbagai kegiatan ekonomi sedang bumiputera Murut merupakan pejuang terawal di Sabah semasa penentangan Rundum pada tahun 1915 lagi..

    berapa ramai bumiputera Murut menjadi pemilik / pengusaha premis perniagaan selain menjual tapai saja? berapa bumiputera Murut merupakan golongan profesional seperti doktor, arkitek, peguam, QS selain daripada penjawat awam di Malaysia?

    Persoalan kenapa dan mengapa bumiputera Murut ketinggalan inilah sepatutnya menjadi agenda utama para pemimpin bumiputera Murut di Tenom kerana Wawasan 2020 hanya tinggal 10 tahun saja lagi…

  6. Andray on November 30th, 2009 at 2:35 pm

    This actually good…together we share and together we brings happiness here in Sabah..

  7. Busta! on November 30th, 2009 at 4:11 pm

    Well done…Good one…helping each other!

  8. Punggit on November 30th, 2009 at 4:16 pm

    Kerajaan perlu memandang serius hal ini dan jangan beri peluang kepada pihak lain untuk menjadikan isu ini lebih hangat lagi….

  9. Andray on November 30th, 2009 at 4:22 pm

    This is what we call togetherness brings benefits for all… keep it up!

  10. Ayamsarama on November 30th, 2009 at 5:04 pm

    Oh! yahkan mytenom betul itu tapi mungkin ada sebab sebab pengarang buat begitu…maklumlah YB Melalap epar dia bah?

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites