PENAMPANG: Gabungan 19 JKKK Mukim Melalap pada Sabtu secara rasminya mengemukakan Memorandum 7 Perkara pembangunan Pekan Kecil Melalap kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman dan Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam.
Pengerusi Gabungan itu, Juarib Ebin berkata pihaknya mengemukakan memorandum berkenaan melalui Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Persekutuan sempena konvensyen parti itu berakhir Ahad.
“Kami telah mendapat jaminan bahawa pucuk pimpinan Upko menyokong penuh kandungan memo berkenaan di mana pihak ibu pejabat Upko akan memanjangkan perkara itu kepada pejabat Ketua Menteri dan Pengerusi Sime Darby,” kata Juarib.
Menurut Juarib, yang juga Naib Ketua Bahagian Upko Tenom, perhatian pihak pengurusan Sime Darby sangat penting kerana tapak pekan Melalap yang dicadangkan terletak dalam kawasan perladangan kelapa sawit syarikat berkaitan Kerajaan itu.
Turut mengiringi Juarib menyampaikan memorandum kepada Bernard ialah Ketua Bahagian Upko Tenom, Biou Suyan, Timbalan Ketua Lucas Umbol dan Naib Ketua, Junik Bajit.
Timbalan Presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing turut bersama Bernard menerima memorandum berkenaan.
Juarib seterusnya menegaskan, pembangunan pekan kecil Melalap akan dapat membantu kampung-kampung di mukim berkenaan menjana ekonomi melalui kewujudan pusat setempat di samping memudahkan penduduk menyelesaikan sebahagian urusan rasmi tanpa perlu ke pekan Tenom.
Awal bulan lalu, 19 JKKK berkenaan mengadakan perjumpaan di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Melalap dan telah merumuskan tujuh perkara untuk disampaikan kepada Musa bagi memohon campur tangan Ketua Menteri melaksanakan pembangunan pekan kecil Melalap sebelum pilihan raya umum akan datang.
Antara kandungan memorandum itu ialah meminta syarikat perladangan Sime Darby mengeluarkan 50 ekar sebagai tapak pekan, meminta Kerajaan Negeri mendirikan rumah kedai, meluluskan pembinaan SMK Melalap, menaik taraf Dispensary Melalap menjadi hospital, mewujudkan pusat pengumpulan FAMA dan membuka khidmat Mahkamah Anak Negeri.
Juarib memberitahu pihak wakil rakyat dan pejabat daerah turut diberikan salinan memorandum itu agar dapat membantu mempercepatkan proses pengujudan pekan kecil itu.





















Mudah-mudahan kamu punya MEMORANDUM itu tidak kana buat jarut kering dilanci, kiat urang sudah lama tunggu Melalap mahu balik kegemilangannya dahulu.
kalau bukan pembangkang bising pasal pekan melalap kmu diam2 la tu kan gaman UPKO….naahh bgus kau ikut pembangkang gaman rkyat tdk akan melupakan kau..c gosibin jga yg kmu tggu melenting bru kamu brsuara…
So thanks to Pembangkang for this and we hope that Govt will do their job in pekan Melalap. And yeah govt will not let Sabahans people left behind!
Itu Memorandum JKKK itu bikin samak fail si Bernard Dompok saja itu, paling2 pun layanan itu hanya sekita aje dihadapann mereka semasa menyarahkan saja, kalau ompok dah balik KUALA LUMPUR, mana lagi dia ingat itu Memorandum, percayalah kamurang.
Saya harap memorandum 7-pekara itu dapat menarik perhatian KM dan seterusnya mengambil tindakan atas permintaan dalam memorandum itu.
Kerajaan BN adalah kerajaan yang perihatin pada rakyat.
Rakyat didahulukan.
Pembangunan diutamakan.
Ini bukan tema semata-mata.
Bukan janji manis kosong.
Kita menanti-nantikan hasrat rakyat Melalap dikotakan.
Bah kenapa pula JKKK yang hantar memorandum? Mana bah kamu punya YB-YB. Bukan kah kamu sudah kasi menang mereka? Sepatutnya mereka lah yang menghilamkan perancangan pembangunan bukan sahaja di Melalap tetapi juga disemua kawasan yang diwakili mereka.
Apa YB-YB kamu buat? Tidur sahaja kah dan makan sedap-sedap sebab sekarang ini YB-YB disana semuanya sihat-sihat. Gemuk-gemuk sudah sementara rakyat makin menjadi kurus kering. Janganlah bah kamu susah-susah. Kamu yang undi mereka kan?
mana pi YB-YB kawasan ni mungkin diaorang sibuk tu di KL mau lobi lagi agar dapat jadi YB pru13 nanti kan. duduk hotel 20 bintang lagi tu. aduh..
musa aman mana lagi mahu ingat itu memorandum, tentang melalap, sebab kalaubatul itu cerita dalm Sabahkini.net Safie Abdal mahu digugur dalam rombakan kabinet Najib, sudah tentu safie bekal menjadi Ketua Menteri Sabah, wahhh.. sekarang BN pun macam bekal bermasalah juga. jadi saya rasa2 itu surat JKKK macam surat memori saja.
Bah kalau tidak silap ramalan saya pilihan raya ke 13 ini mungkin serantak dengan pilihan raya di Sarawak, untuk menyeleraskan konsep 1Malaysia ciptaan Najib, jadi Memorandum gabungan JKKKK berhubung pekan kecil Melalap saya rasa2 tiada lah itu kena layaan, tetapi, rakyat orang disana kawasan Melalap perlu bijak supaya buat lagi memorandum pasal tukan calon dikawasan itu, kalau mahu menang BN sebab kamu punya wakil rakyat dayus sangat tekut turun pangkat tidak bernai jumpa MUasa Aman minta peruntukan, sedangkan BN banyak peruntukan bah.
Ba kita kasi pensen saja itu YB 18 tahun sudah jadi YB apa dia sudah buat di Tenom/melalap?..adalah tung-tung tangki air bila dekat2 pilihanraya, projek keci2 pun semua dia guna kontraktor dia saja..percayalah sampai PR13 pun belum selesai masalah pekan kecil melalap..dia tahu menyanyi saja ba menghibur orang kampung…mana sudah duit BN berbilion-bilion?? apa wakil rakyat kita buat? ketinggalan saja kita di Tenom..kasi cuba pembangkanglah kali ini.
Itu durian 24 macam Mat Jenin sahaja. Kuat berangan-angan. Brother, 1Malaysia itu gimmik sahaja. Ia tidak akan terlaksana. Percaya lah. Kau masih ingat kah… dulu UMNO/BN janji rakyat Sabah dengan slogan Sabah Baru dan menjelang tahun 2000 semua rakyat Sabah akan mempunyai rumah. Mereka kata zero-setinggan bah. Sekarang apa jadi? Bukan sahaja semuanya janji terang bulan tetapi Sabah kini menjadi negeri termiskin.. Sabah baru pun tiada, setinggan makin banyak dan PTI semakin berleluasa…..
Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang leper tidak akan datang melayang. hanya dua kaedah bagaimana pekan kecil Malalap boleh direalisasikan jika kerajaan serius membangunkannya.
1. Kerajaan Negeri kenalah berunding dengan pihak pengurusan Sime Daby
2. Kerajaan negeri mengambil tanah (secara pampasan) atas
kepentingan umum
apapun semuanya bergantung kepada alasan yang kuat dan rayuan oleh pemimpin2 tempatan di Tenom terutamanya YB2.
apabila KM bersetuju dan mengumumkan pembinaan pekan kecil Melalap semasa PRU12 yang lalu, mengapakah YB2 masih berlengah? ataukah mungkin YB2 masih tidur? tolonglah YB2. kepada orang2 kaki ampu YB2 tolong bangunkan bos kamu, sebab jika perahu kamu keram kamu semua akan lemas. salam……
Betul tu kau punya cakap kalaukaubolehbah, 15 tahun BN memerintah Sabah masih juga negeri yang termiskin.. Kelantan negeri pembangkang lebih baik daripada kita. diaorang orang2 UMNO/BN buat projek untuk untung sendiri saja.. 1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan slogan ini tidak boleh pakai di Sabah. di sini PTI didahulukan anak negeri di belakangkan. projek untuk UMNO/BN didahulukan dan kimiskinan dibelakangkan..kalau ikut KPI semua menteri dan KM BN kena letak jawatan sebab gagal KPI untuk membela nasib rakyat Sabah. apa lagi wakil rakyat Melalap repot kad KPI nya tetap MERAH/gagal ba. dulu PBS tariak2 marah BN sekarang sudah dalam BN masing2 jaga periuk dan kedudukan pangkat dan darjat. lupa sudah janji2 untuk rakyat…
Yakah Kelantan better than Sabah? Bagi saya Sabah lagi better dari kelantan. Di kelantan tidak terdapat shopping complex…tidak banyak pilihan..pembanggunan kurang….kemodenan hidup pun kurang….tidak ada orang guna ninja king…vigo….if ada pun kurang….dan satu lagi tidak ada hiburan….makan babi pun susah…. pegang tangan di khalayak ramai pun susah!!!
cuba di bandingkan dengan Sabah….????
But hey whatever it is Gov already take an action to this matter. We should be grateful for this.. Stop making noise….!!! Govt go their job already so please….
dashlyn jangan terlalu optimistik dengan YB2 dan BN cakap tidak serupa bikin ba..saya baca surat khabar jambatan kena umum CM 3 tahun pun belum kena buat lagi. wakil rakyat tidak ada keupayaan, lemah dan jaga kedudukan sendiri saja. syabas kepada wakil UPKO di melalap ada follow up dengan memorandum kepada Dompok. PBS tidur sebab tu tiada pembangunan yang boleh dibanggakan selama 18 tahun tu YB jadi wakil rakyat sana, bagus sokong upko jadi calun PRU13!! kami tetap sokong!!
No this is not about me optimistic but hey they do their job so what? can we just thank to this other than just making noise complain on enything!
Huit..
I hope that Pekan Melalap will be revived soon so that it is easier for the people.
Phuiii.kamurang samu pun sakap inda butul! c dsilin bilang kita kana diam diorang sedang buat…jadi sia mo tanya dasilin berapa lama lagi rayat mo diam sudah mo tiga panggal bn parinta…ko faham ka? kalu baru dua bulan antau satu taun mangkali buli diam..tapi suda bataun taun masam mana buli diam..mangkin diam mangkin diorang tatidur masam sarita pakan talupid…bagus lagi pakan koboi? ini apa..jamban mo birak pun kalangis boh! Sia kasi tau ko Dasilin..mangkali ko rapat sama yb yb dimalalopantau mangkali sudara kau..kasi pandangan dia..kalu mo lagi tanding akan datng gioton noh karusi nu..ommm kalu inda sia mo boh!
You in a right track, people make a noise, apalagi if you are in a wrong track lagi la orang melenting!!! Please la no one is perfect! remember that. Now govt do their job then you should thank for this la….cuba la bersyukur skit…
Sudah-sudah la mengkomen disini nie…xda apa2 suda mau d komen…
Memorandum ni bagi saya memang bagus… Apapun yang paling penting ia tidak dieksploitasi oleh mana2 pihak untuk kepentingan individu tertentu.
Memang bukan semua perkara yang dijanjikan oleh BN tertunai… tapi sekurang-kurangnya kita nampak mereka buat kerja…
Kalau masih tak puas hati, next GE ikut lah bertanding.. Kalau menang & jadi ketua baru kamu tau tu langit tinggi ka rendah… hehheee
Saya pilih untuk berfikir optimis… Selagi kita bernafas, selagi itu lah ada harapan
Jadi saya harap perkara ini dapat perhatian yang sewajarnya dan saya yakin CM pasti akan bantu orang Sabah yang betul-betul memerlukan
Saya yakin CM pasti akan beri perhatian jika memorandum ni sampai ke tangan beliau..
Melainkan ada alasan tertentu utk tidak melaksanakn memorandum ni, itu lain cerita…
Yang saya tahu CM kita ni berjiwa rakyat dan pasti beliau bersedia mencari jalan untuk tolong rakyat
Saya harap kerajaan beri perhatian dan buat tindakan lanjut secepat mungkin sebelum perkara ni dimanipulasi sehingga memburukkan nama baik kerajaan.
So kepada Musa, teruskan perjuangan membangunkan negeri Sabah dan tolong lah kami