Pengendali Siber cafe digesa patuhi arahan Majlis Daerah Tenom

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Flavius Robert 35,(gambar) menggesa pihak Majlis Daerah disini agar berpendirian tegas dalam menangani masalah siber café yang dikatakan sukar dikawal kerana keujudannya berlambak bagaikan cendawan tumbuh diwaktu hujan malah mereka (pengusaha) tergamak mengingkari jadual masa beroperasi yang sepatutnya bermula jam 9 pagi.

Katanya, Pemuda SAPP memandang serius kejadian tersebut lebih lebih lagi perilaku yang tidak menghormati garis panduan kerajaan, dan sudah tentulah pihak Majlis tidak lagi boleh berlembut, jika tidak masalah sosial akan bertambah serius dan berterusan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Ahad sebagai mengulas laporan media yang mengatakan terdapat siber café disini, yang tidak mematuhi jadual masa beroperasi yang sepatutnya bermula jam 9 pagi setiap hari tetapi sebaliknya siber terbabit memulakan operasinya jam 8 pagi.

Isu tersebut ditimbulkan hadirin yang menghadiri perbincangan bulanan meja bulat diantara Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat yang juga Ketua Pemuda Umno disini Jamawi Jaafar pada minggu lepas, yang turut dihadiri Pegawai Daerah Siriman Basir dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tenom Wolfred Maaruf Gentiu.

Flavius berkata, ada keperluan pihak majlis mengenakan tindakan yang lebih tegas dalam isu tersebut kerana ia bukan sahaja menjadi masalah sosial dikalangan remaja, tetapi telah turut membabitkan masa depan pelajar pelajar sekolah yang lebih terdorong kepada sesuatu permainan ‘game’ disiber.

“ Kita sering dapat melihat pelajar pelajar berduyun duyun ke siber dengan pakaian seragam sekolah ketika selepas sahaja sesi pagi…dan kadangkala ada juga pelajar yang datang awal sebelum jam 8 pagi mengintai di siber kalau kalau dibenarkan masuk,” jelas Flavius.

Bagaimana pun, Pegawai Eksekutif Majlis Wolfred Gentiu menjelaskan bahawa pihak Majlis telah pun memanggil pengusaha pengusaha siber disini untuk memberi kata dua berbentuk amaran lisan, dan jika mereka gagal mematuhi arahan maka tindakan tegas akan dijalankan tanpa notis.

“ Pengeluaran lesen siber dikeluarkan oleh pihak Kementerian (KKTP), dan peranan kami disini adalah memantau aktiviti mereka…tetapi jika ada pelanggaran peraturan maka kami akan maklumkan pihak Kementerian untuk tindakan lanjut…kerana ada bahagian bahagian yang akan menjalankan penguatkuasaan tindakan,” jelas Wolfred.

Menurut Ordinan PBT bahawa semua kegiatan yang berbentuk hiburan termasuklah siber café hanya akan dibenar beroperasi bermula jam 9 pagi sehingga jam 12 tengah malam, namun persoalannya mengapa sehingga kini siber café disini masih dibenarkan beroperasi jam 8 pagi sedangkan penjelasan Pegawai Eksekutif Majlis bahawa para pengusaha siber telah pun dipanggil dan diberi amaran.

Sampai bilakah keadaan sebegitu rupa akan berterusan kerana apa yang masyarakat disini inginkan ialah ketegasan bertindak pihak Majlis dan bukan sekadar alasan demi alasan diberi kepada orang awam apabila ditanya soalan berhubung perkara tersebut.
Ends///..

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, November 24th, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites