Oleh: Mail Mathew
KEPASTIAN yang tepat sudah hampir terjawab kemana arah tuju perjuangan mantan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan dalam sedikit masa lagi untuk mengikis berbagai tanggapan negatif sebelum ini oleh pelbagai pihak terhadap Dr J setelah perjuangan beliau dalam PKR dinafikan haknya.
Dr J hanya berniat untuk menduduki kekosongan kerusi teratas dalam barisan kepimpinan PKR Negeri sebaik sahaja MP Gombak Azmin Ali melepaskan jawatan itu bulan lepas, yang jelas bertujuan untuk mengukuhkan lagi jentera perjuangan PKR Negeri yang lesu dan kurang menyengat dalam persiapannya menghadapi PRU ke-13.
“ Meskipun Dr J telah mendapat sokongan suara majoriti daripada bahagian bahagian …namun hak beliau dari aspek prinsip demokrasi tetap dipinggirkan dengan menggunakan pelbagai taktik antara lain kononnya perlantikan Thamrin mengikut kuasa Presiden dan itu kita boleh terima…tetapi dari segi prinsipnya jika perkiraan itu mengutamakan suara majoriti adalah lebih baik,” kata Paul Gitang 45, mantan Penolong Kanan Pengetua SMK Sook yang juga bekas calon PKR DUN Sook semasa PRU ke-12.
MANTAP…sokongan DDJK di Kuala Tomani ketika beliau dalam PKR
Paul bekas Penolong Kanan Pengetua Sekolah Menengah Kerajaan juga merupakan calon PKR DUN Sook PRU12, meskipun tewas ditangan calon Barisan Nasional (BN), namun perolehan undi yang diraih sejumlah lebih 3000 undi boleh dijadikan ukuran bahawa sokongan penduduk Sook adalah mantap kerana telah melebehi 40 peratus daripada penduduk disitu yang menyokong beliau dan juga PKR berdasarkan pengaruh Dr J pada ketika itu.
“ Sebab itu kenyataan Dr J bertajuk KERANA JEFFREY dalam media eletronik ketika ditemubual oleh sebuah stesen TV tidak mengejutkan dan tak perlu dipertikaikan maksudnya…tapi tak tahu lah kalau kawasan itu bukan KDM atau mungkin kawasan campur mungkin ada yang tak setuju,” tambah Paul Gitang.
Beliau yang berpendidikkan Sarjana Muda dibidang Sains Pendidikan di Universit Sains Malaysia (USM) dan seterusnya berjaya menyelesaikan Izazah Sarjana dibidang Sains Politik dan Kemasyarakatan di UNISEL menganggap penglibatan Dr J dalam politik sejak lebih 20 tahun lalu, banyak berkisar kepada suatu usaha beliau untuk menagih pembaharuan sistem pentadbiran Negara ini yang hampir menyisihkan hak hak rakyat Sabah ketika ini.
TEGUH!!…sokongan PKR diTenom sebelum PRU12..KERANA JEFFREY!
Katanya, Dr J telah berusaha dipelabagai sudut untuk memperjuangkan misi dan visinya kearah yang lebih demokratik menerusi perjuangan politik (tetapi disalah tafsirkan dan dieksploitasikan oleh segelintir pemimpin BN) supaya prinsip prinsip yang terkandung didalam 20 perkara ketika Sabah menyertai gagasan Malaysia pada tahun 1963, dikaji semula dan dihormati.
“ Saya melihat disetiap blog dan portal…boleh dikatakan setiap hari memaparkan isu dan masalah Dr J dalam PKR…tetapi tak kurang juga komen yang sensitif yang berbentuk peribadi yang tak perlu diambilkira…namun komen keseluruhannya mereka mahukan Dr J terus memperjuangkan misi dan visi beliau..tetapi dengan menggunakan parti beliau sendiri,” tambah Paul lagi.
“ Saya pernah juga mengusulkan pandangan kepada Dr J…apakah kemunculan satu lagi parti dalam barisan pembangkang yang berada diluar gagasan PR akan mengukuhkan pembangkang dan mampu menumbangkan kerajaan BN…Dr J menjawab dengan sepotong perkataan…perjuangan ke medan perang memerlukan kenderaan yang cukup dan apabila sampai dimedan perang kita akan sampai kesuatu tahap perbincangan lagi sebelum menghadapi musuh,” kata beliau.
Menurut sumber dalaman kem Dr J difahamkan para pegawai parti dan kakitangannya sedang giat melakukan kerja kerja terakhir sebagai persiapan untuk melancarkan parti baru sekitar penghujung minggu ini. Sumber itu lagi menambah, bahawa dijangka lebih 10 ribu penyokong parti baru itu akan berkampung disebuah tempat yang masih dirahsiakan itu sebagai tapak pelancarannya.
Ends//






















Sekadar pandangan…,jika pengundi Sook mengundi Paul lebih 3000 berdasarkan kepada kekuatan DR J dan jika kehadiran menggalakkan di Kemabong dan juga Tenom juga kerana kekuatan DR J,apa hal pula DR J kalah memalukan di DUN Bingkor dengan kelebihan undi YB Justin lebih 100? Justin ketika itu tidak mempunyai kekuatan sebagai calon.Dah duit tak ada,markaspun ditutup gara-gara petugas tak dapat dibayar.
Dari satu sudut,kekuatan berpihak kepada DR J tetapi ternyata beliau kalah di 6 daerah mengundi dan menang di 4 kawasan daerah mengundi.Saya minta kepastian,ke mana silapnya.Jangan kata ada penipuan kerana walaupun saya berpihak kpd PKR tetapi jelas saya melihat tidak berlaku penipuan seperti yg diwar-warkan.
butul juga itu gaman? tapi yang sia tau c gapari kena senok oleh salun DAP bah gaman..dap dapat lebih sikit 200 undi bah itulah dia punya pasal..lagi c gusti guka biar pun tiada duit tapi dalam bn boh gia itu umno yang bantu dia mositi punya bah,,sabab eh torongou ku nga eh aman pairin pun bantu c tompinai sairin di liawan kalo nda lingkup ba c sairin…jadi si sairin pula tolong c guka lah kunun kunun atas tombiruo misompuru bn. aaaahhh1 jangan kau susah itu tanganak bulan,,nanti bulan puasa basar sudah kau kapal roket dap turun dibulan pas minta barai sukai pun dap nda kasi..luki butul!
Penubuhan parti baru adalah amalan lama orang-orang politik yang telah dipinggirkan alias tidak kena pakai lagi. Seperti komen-komen terdahulu saya, Inilah taktik orang-orang politik yang seniantasa mengelirukan rakyat, ashik bikin parti, orang yang memimpin itu..itu juga..apa bezanya ridai dengan balingkasa..apa bezanya manuk dengan ayam…2 x 5 = 10 sama kan jawapannya. biar berapakali buat parti namun jika kepalanya sama maka samalah jawapannya. Sayang si bekas penolong pengetua sook, kenapa tidak buat analisis mendalam dulu aman…setelah itu baru letak jawatan, nah kan tidak menang..kau dapat apa…kalau kau tidak lepas berangkali sudah jadi PENGETUA . Kalau dakwaan kamurang benar, memang kamurang boleh menang disook, di bingkor…ini drj kalah sama c YB justin. Bah kamurang tubuhlah itu parti baru..dan kamurang berjuanglah, kalau benar dakwaan DRJ berjuang untuk rakyat, maka rakyat tahu jugalah itu.
Agaknya Sdra THOMAS LAJINUN, dan orang diwakilinya, dan tulisan Englishnya yang humbang hambeh, percaya democracy dari suaranya seorang saja, tapi kecut nak berhadapan orang lain supaya democracy subur!
Hai ! Teruklah orang Thamrin ni!
Saya sokonglah kau HATIHATI. Utk DrJ kalau betul-betul mau jd pemimpin hebat dlm parti saya cadang buatlah parti baru. Lepas tu peganglah semua jawatan penting termasuk jawatan ketua pemuda dan wanita. Bukan susah, buat Perlembagaan parti ikut citarasa sendiri seperti umur ketua pemuda tidak melebihi 100 tahunkah. Kalau ok mesti DrJ jadi pemimpin parti sampai bila-bila selagi idup.
sayapun sokong hatihati. metos melulu
Sabar boh gia tompinai HATIHATI..inilah namanya perjuangan membela nasib rakyat ka bohgia…orangg bilang kita sanggup juga tunggang pariuk kerana rayat bah.tapi c Pol tunggang pariuk pun dia punya pasal..tidak juga saban ari minta beras,kopi,gula sama HATIHATI..itusamua sudah kana pikir sabulum tarajun dalam politik nda payalah HATIHATI kasi tiusyen c Pol lagi masatar gegere bah itu.. lagi kalu pasal itu…sudah payung om sebelum ujan bohgia..tapi kalo sdra HATIHATI tapigi sulap c Pol ada juga dua tiga karat ikan masin untuk pusas bah. Kalo bilang sokongan c Pol haiii…agumu boh inoh somok dot apat ngoribu..om okon ko los deposit..mba etu baru lah nda ada karisma politiknya ka dimalayu…kada simburu boh!
buatlah parti baru pun jadi mcm akar,pbrs,upko,pasok yang tkn ada sokongan yang begitu kuat kalau berjuang sendirian. kita sabahan harus menerima hakikat pemimpin sabah tkn boleh berdiri sendiri lagi tanpa bantuan pemimpin semnenanjung. kalau setakat boleh mendapat undi 3000 tapi kalah apa ertinya semua tu..walhal 1 undi pun tetap kalah..so fikir2kan lah..
Bermula dari PBS, AKAR, PBRS, memohon sebagai ahli UMNO, PKR. Akhirnya, ada khabar bahawa beliau ingin menumbuh parti baru. Dengan pengalaman dan rekod yang begitu cemerlang buat Dr. Jeffery dalam barisan parti-parti politik yang pernah beliau menyertai, pastinya parti baru yang bakal ditubuhkan itu mampu memberi impak dan gegaran yang hebat buat arena politik negeri Sabah. Yang pasti Dr Jeffrey sudah penat mencari medan mendarat bagi karier politiknya. Kini beliau sendiri membina platfom untuk mengembangkan kejaya politiknya.
Pologoson sahaja bah siondu DDJ bikin party baru mungkin ada juga yang tumanud. Mcm itu SAPP kabarnya tiada orang tapi sekarang mahu tanding 40 kawasan DUN. Nasib Tuhan yang tentukan kita hanya boleh bercakap. Ketapi saya fikir punya fikir ada baik siondu DDJ jangan terburu nafsu ITI PUGUMBALAN TAGAYO HID DIA ONDU KAD SUNSURI KADA LANGKAB DOT PKR, biarpun, katakan, hanya menjadi Ketua Cawangan sahaja teruskan cita-cita murnimu dlm PKR. Jgn peduli apa orang cakap. Kita tengok apa ketua yang dilantik itu boleh buat. Mereka juga mempunyai banyak masaalah. Nanti kamu ondu DJJ akan dinilai kesabaran ketabahan dan kebesaran jiwamu dlm perjuangan bersama PKR biarpun katakan disepelehkan nampaknya buat masa ini, tapi itu tidak selamanya demikian. Kunci kejayaan adas pada tanganmu.
Kalau betul2 ikhlas nak bantu org sabah tak perlu pegang jawatan. Naib presiden da cukup tinggi tu. Tapi sejarah telah mengesahkan bahawa Dr JK ni memang gila kuasa.
Bukan gila kuasa actually dia ni but dia ada kepentingan dia sendiri. Dalam memperjuangkan rakyat sabah Beliau juga ingin memperjuangkan kepentingan beliau (jgn lupa beliau masih ada duit di bank swiss yang kena beku)….tidak hairan la mengapa beliau ingin menjadi seseorang yang sangat berpengaruh. Ingat itu…..
Sa tida memihak kepada mana2 pihak cuma sorry to say la..memang c Jeffry ni berabis mau tulung Sabahans tapi dia sendiri pun mau kaut skt2 ‘keuntungan’.Dia ada agenda di sebalik ni..
Cuba teliti sejarah perjuangan Dr.Jeffrey, berdasarkan rekod berkenaan, kita boleh membuat rumusan bahawa cara Dr. Jeffrey berjuang untuk rakyat Sabah agak unik dan tersendiri. Kebanyakan berita beliau adalah berkaitan dengan peselisihan dan pertikahan antara Dr. Jeffrey dengan pemimpin parti yang ia menyertai pada masa itu.
Selain dari itu adalah berita berkenaan beliau meninggalkan parti dan menyertai parti. Baru -baru ini berlainan cerita. Kali ini ada khabar bahawa beliau ingin menubuhkan parti baru. Agaknya penat buat Dr. Jeffrey merantau dunia mencari sebidang bumbung untuk kejaya politiknya.
Dulu sia pun dingar bagitu juga masam kau sakap etu..tapi eang sia tau pula c gapari dua kali hantar ka ROS mau bikin parti baru tapi nda kana lulus nda tau apa pasal! dadi om dia masuklah parti parti lain dalam komponen bn..dia apalai masuk upko nda kana tarima..apalai pegi Akar kana tarima tapi ada pula masalah diujung unjung sabab dingar dingar c mandiang Makuding kasi etu presiden sama gapari dia bilang makuding pegi sikul di austaralia balajar ugama..tapi c pandikar basilat nda mau om jadi lah diaorang bapacah dalam akar..lapas itu masuk pbrs sabanarnya parti ini dia yang punya ba..tapi c kurup lisak tidak panadai malawan KL..jadi adalah orang bawah kasi juluk c gapari bagus kau lawan c kurup..nah bila lawan c kurup yang pakai saluar belbotom malawan c gapari sampailah c gapari kaluar pbrs. kali ini dia apalai masuk umno..alalala orang orang karas umno manulak nda mau kasi masuk c gapari. pasala kalau c gapari tamasuk saja dia mau etu 20 perkara dibinsang om di buka balik etu buuk supaya hak kita rakyat sabah nda kira bangsa atau ugama dia minta dikasi balik yang sikarang KL makan abis.
They is thousand ways to serve the people if you are sincere to do so but i don’t have any idea how to serve the people by hopping around to different party.
Jeffrey quits PKR because he wanted to move on to greener pastures. There is no hope in PKR in Sabah, no keuntungan to kaut. That’s why he quit. Now BN wants to welcome him back. I’m not sure if that is wise. It’s like inviting the wolf into the sheep pen. There is something questionable with this person. I won’t be so rash in putting my trust in this guy until further observation.
Dia keluar PKR sebab dia xada pengaruh suda d C 2. Tidak dapat mengetengahkan kepentingan peribadi beliau. Jadi sekarang beliau cuba untuk mencari pengaruh lain agar kepentingan dia dapat di capai….. memang bagus alasan beliau untuk membantu rakyat sabah dan memperjuangkan perkara 20 tapi saya tidak setuju dengan cara beliau.
kalau begitu baik kita ramai-ramai bersatu kita keluar dari malaysia, kita jadi macam singapore, kita bentuk negara baru iaitu negara sabah.. lagi kita maju 100 kali ganda dari malaysia. apa takut kita masih kaya telaga baru di kimanis baru buka. kalau di hitung- hitungkan keuntungan telaga minyak baru di kimanis boleh buat 8 negara malaysia. ya sabah bolehh….
we cannot simply out from Malaysia la… This because of the sultan sulu the Philippine one… they still hunting us…..they still claim Sabah as part of Philippine….remember?
Pandang dari kiri, kanan, depan, belakang. Ai……! Saya masih tidak faham bagaimana Dr. Jeffrey berjuang untuk rakyat? Dengan berpindah pindah parti?
Masuk rumah orang lain, belum lagi panas kerusi diduduk, mau rampas rumah orang pula. Mestilah kena halau.
I smell ulterior motives. No pun intended though..
How so is he fighting for the people? I’m sure he has other plans. Nice try Jeffrey but still I am not convince with your words. (:
kawan2 mungkin ramai diantara kita disini yang tidak melihat politik sabah dari sudut yang pelbagai sehinggakan komen yang anda keluarkan kadangkala tidak memberikan motivasi pada rakyat sabah.Bercakap tentang perjuangan DRJ anda kira tidak masuk akal kerana sering melompat. Saya nak tanya adakah anda dapat mencapai tahap pemikiran DRJ?Perjuangan dalam politik harusla bersandarkan kepada prinsip perjuangan tulin, dan bukannya melawan prinsip yang anda sokong dan perjuangkan selama ini.Dalam kes DRJ terbaru, adakah beliau merampas jawatan pengerusi PKR sabah? nampaknya anda tidak cukup membaca dan memahami perjalanan politik sabah sehinggakan anda membuat komen yang memalukan diri sendiri. Letak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran PKR pusat bukanla bererti beliau cuba merampas jawatan.Kita kena hormati keputusan yang dibuat oleh mereka.
Untuk memastikan pembangkang menang pada PRU13 nanti,saya menyeru kepada semua anak2 muda yang telah mencapai umur 21 tahun keatas agar mendaftarkan diri anda sebagai pengundi mulai esok.Ramai penyokong pembangkang yang tidak layak mengundi kerana tidak mendaftarkan diri.kekalahan PKR pada pilihan raya yang lalu bukan kerana tidak mendapat sokongan,sokongan tersangat kuat tetapi yang berkelaykan mengundi adalah sedikit.Ramai penyokong tidak berdaftar.Manakala penyokong tegar BN tidak berubah kerana disogok dan diugut bahawa anak2 mereka tidak akan mendapat KWAMP. Siapaka yang akan meruba nasib rakyat dan negeri ini? Semuanya terletak pada anda anak2 muda sabah.
Saya juga kecewa dan sedih kerana masih terlalu ramai lagi graduan-graduan kita yang tidak prihatin dengan politik sabah.Saya bercakap kepada mereka2 yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pengundi yang sah.Kita bersekolah tinggi-tinggi tetapi kesedaran kita terhadap negeri ini langsung tidak ada.
untuk saudara sheone,bercakap tanpa usul periksa memperjelaskan yang anda kurang pengetahuan tentang politik.DRJ da keluar PKR kah?Bila? meletak jawatan dalam parti bukan bererti keluar PKR. nah ni kerja rumah buat anda.Cari maksud letak jawatan.
parti baru di nanti-nantikan tapi mestilah yg berpotensi mengganti parti BN di sabah…..kekuatan parti samada pemimpin n penyokongnya yg di garap dgn konsep kepimpinan, konsep perjuangan n keadilan utk semua tdk mengira agama, bangsa, n kebudayaan amat penting…..
pada saya PKR sudah amat sesuai kerna mempunyi konsep yg menarik dri semua sudut….mslhnya ada pemimpinnya yg mempunyi agenda sendiri, akhirnya mengenepikan sentemen pandangan n pilihan akar umbi…..
DDJ perlu bersabar sedikit masa krna perlantikan Thamrin sbg prhubungn ngri tdk mndpt sokongn mojrti n melalui cara yg tdk mngkut slurn btul….mukin kpimpnan DSI PKR mukin ada pnylsaiannya……klu tda kta ramai2 kluar PKR
Looks like things are heating up for Jeffrey.
If he gets all the supports from the locals, he will and definitely forms a new party.
@anak anak kinabalu:
Don’t you think PKR still has his UMNO’s sense of ruling?
Is it me or is it true? Hurm.
JK hanya melepaskan jawatannya dlm PKR dan bukannya keahliaannya.
Tapi tidak mustahil, jika beliau sudah tidak yaking dengan PKR and penaungnya DSAI.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja.
Kalau ditanya samaada perjuangan Dr. Jeffrey adalah untuk rakyat Sabah atau peribadi, saya tidak pasti. Tapi kalau ditanya siapakah orang yang paling memahami mana parti politik Sabah yang benar-benar iklas berjuang untuk rakyat Sabah, saya undi Dr. Jeffrey sebab hanya beliaulah yang sanggup memikul nama katak politik dengan menyertai parti-parti politik yang berlainan untuk menguji dan mendalami sendiri tahap keiklasan dan prisip perjuagan parti berkenaan. Konklusifnya ialah, semua parti yang pernah beliau sertai tidak lulus.
Ada siapa yang boleh mengemukakan maklumat-maklumat yang menunjukan Dr.Jeffrey berjuang untuk rakyat Sabah dan bukan untuk peribadi? Saya tidak nampak apa-apa faktar yang menyokong tajuk yang diatas.
Keliru apa yang saya nampak JK ini memperjuangkan 20 perkara (perjanjian gabungan Sabah dan Malaya)…Beliau telah di masukkan ke ISA kerana mempersoalkan 20 perkara ini… Bukan sebab apa….hanya kerana beliau cuba untuk membagkitkan kemarahan penduduk sabah yang boleh mengamcam keselamatan. Sebenarnya usaha dan niat beliau ini betul tapi cara beliau berurusan saya fikir tidak begitu sesuai. Beliau terus melenting dalam memperjuangkan 20 perkara ini….. (tetapi ada juga yang mengatakan bahawa beliau ditangkap ISA sebab rasuah dan kes yayasan sabah)
Namun dalam memperjuangkan hak sabahan beliau ada kepentingannya sendiri. “menyelam sambil minum air”…
Jika benar Jeffrey berjuang untuk rakyat Sabah dan bukan untuk peribadi, tunjukkan fakta-fakta kenyataan kamu ini.
Saya masih tidak yakin jika dia mo tubuh parti baru. *annoyed*
Sejarah perjalanan seseorang itu mencerminkan perwatakan orang itu. Teliti sejarah DJK, kita akan dapat tabsiran yang jelas tentang DJK. Relaven lagi DJK atau tidak, Faham-fahamlah.
If they ask me my view on DJK i totally said
He is nothing but an empty bottle……I don’t need this kind of person! It is a disaster for Sabah if this DJK become more powerful person! Believe me….
Hey guys i got this link from a friend of mine…
Go check this http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?t=16543
Aaahh, good luck to DJK then..
JK have made his side of story in another article.
If he says he’s doing this for the people’s interest then so be it. But then some Sabahans are not that convince knowing his political history.
Like what i’ve said whoever want this DJK then just support him and whoever don’t then just let him be DJK and don’t bother
Ya la Don’t bother Him la as long as he still want to speak up behalf of Sabahan then let him be la….But me Franklyn speaking I don’t like the way he struggling for Sabahan!!!
aikss… ba betul ka tu… boleh percaya ka dia tu… hehehee
Just let him be la bah
Mahu marah pun bukan ada perubahan juga… hehehehe
as long as dia tak menyusahkan kita then OK la ba tu
Jeffrey OK tapi tu lah caranya tu kan telebih sudah bah…
Sampaikan caranya mempertahankan rakyat Sabah pun bikin curiga…
hmm tapi betul juga la komen c Elle… Kalau mahu sokong, sokong lah; Kalau tak, nda payah la paduli… hehehehee
Iya kan… kasi biar ja la ba dia kan…
nanti telebih pula dia famous dari artis… hehehehehe
Bagi saya, apapun alasan Jeffrey memang mencurigakan…
Saya takda perspektif -ve terhadap beliau sebab bagi saya apapun yang dia buat tak bagi effect dgn kemajuan Sabah… hehehehehe
Ok. He is fighting for our people’s right and future.
But the way he does is way over the line and a bit too extreme.
Hope he change that tiny wee bit extreme ways.
Kiambang on December 9th, 2009 at 9:12 pm
Hehehehe…yeah, just let him be..my guess he is already more famous than an artis because of his political history.
Huhuhuhu..If you say so Jeffrey and if it’s true you are fighting for the people of Sabah and not for personal gain, then good luck in your mission.